WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Friday, January 21, 2011

MAK, SAYA NAK KENA CUCUK

Berada di sekolah hari ini seronok juga melihat gelagat para pelajar yang kena cucuk. Seperti biasa Suntikan ATT atau nama penuhnya dikenali sebagai ‘Anti Tetanus Toxoid’ merupakan suntikan wajib untuk semua pelajar tingkatan 3. Suntikan ATT ini diberikan bertujuan adalah untuk menggelakkan mendapat penyakit ‘Kancing Gigi’ yang disebabkan oleh virus.

Nak tergelak bila ada yang panggil mak, ada yang menjerit dan tak kurang juga yang menutup mata rapat-rapat seolah-olah nak kena sunat. Apapun, terkenang pula zaman belajar dulu. Yalah di awal-awal tahun 90-an rasanya tahap kesihatan dan perkhidmatan kesihatan untuk rakyat taklah sehebat sekarang. Makanya berada di sekolah kampung dan tidak terdedah dengan kecanggihan IT dan sebagainya. Apabila pihak Pejabat Kesihatan Daerah datang ke sekolah mulalah kecut perut. Sampai pihak Pejabat Kesihatan nak datang bagi suntikan rubella pada murid-murid perempuanpun, ingatkan semua kena cucuk. Siap lari sembunyi dalam tandas lagi tu. bahkan ada yanag tak datang ke sekolah terus.


Hurm, nasihat cikgu untuk semua remaja ataupun yang dah dewasa, janganlah kita cuba-cuba  untuk cucuk sana, cucuk sini kerana diakhirnya kita juga yang merana. Sesuangguhnya dadah itu musuh durjana.
Kalau tuan pergi ke hutan
Keluar gelap pulangnya cerah
Cucuk ATT untuk kesihatan
Cucuk sendiri itu yang parah


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

73 GENTA RASA:

apezs shah said...

hahaha awatlaa yg lastu dia boleh buka luas sgt mulut.. lain macam ja. cucuk biar kuar air mata tu hehe.. gerun jarum ni..



*apezs nak jempot dtg blog JOIn contest~..;)

NzA said...

cakap kt depa tu adik2 thn 1 lg berani weh..siap ckp, "cikgu lambatla nk kena giliran kita cucuk".....wakaka.....

nabilah_2908 said...

hehehe..budak2...auta yg lebih...padahal tkde la sakit sngt...hehe... ;)

jom ke APA KATA HATI pulak,
KERETA MERAH KU

sicomot-comel said...

hahaha..
teringat masa sy kena cucuk.
Tak menjerit pown..hehe
Seronok tgk nurse tu maen cucuk2..
tak seronoklah kalau toleh tmpt lain time cucuk tu..hahaha

Miecyber said...

Cucuk bila perlu jer...

Iran haramkan penjualan hadiah Valentine Day

hysman said...

dlu tyme nk kena bcg..seminggu kwn cuti..takot konon katenyer jarum byk patah dlm..hahaha

Kalamhati said...

hihihi lawak je reaksi student tu..

gadisBunga said...

teringat zaman kene cucuk2 dulu. nasib baik sekolah dah lama lepas!

::FAIZ FARISH:: said...

haha, ni kenangan masa skolah ni..... aku igt lagi, memula berbaris depan, tetiba pandai pg blakang, last2 kene jugak. huakakaka

Lelaki Ini said...

hahaha
teringt kenangan kena cucuk dulu2!

Ujang9897 said...

dah kawin baru leh cucuk2 lain kan...opss

kembatolo™ said...

terlebih pandai sampai nak cucuk diri sendiri.. na'uzubillah.. ^^,

Rozali said...

Assalamualaikum Iman

kelakar tenguk Muhd Naim kena cucuk tuuu

Wassalam

Ummi Humaira said...

assalamualaikum cikgu imansyah...

sampai ternganga gitu, nasib baik tak digigitnya tangan nurse tu.

nurkass said...

salam..
hahaha..mmg lawak..teringat zaman dulu2..adehh..punyelah takut sampai patah jarum tu..haha..till now tak suka cucuk2 nih..

makdara TERdiva said...

ada lagi 1 cucuk!
9 bln merana..

peaceeee! :P

Kuasai minda said...

Biarkan orang yang bertauliah saja yang mencucuk...
Jangan berani2 nak cucuk sendiri...
Dadah membawa padah!

Azmi said...

kelakar gile muka budak tuh....makkkk!!!!!!!!!!!!!!!!!1

ijatnuar87 said...

heheeh..gerun tgk jarum,tapi suker derma darah,hehehe...ingat lagi dulu2,masa nk kena cucuk nih...siap ader kwn cakap kena cungkil2 la....

lillies said...

xsuka kena cucuk jarum...huhuhu.... rela makan ubt yang paling pahit sekali drpd kena cucuk...melainkan terpaksa saja...

nmpaknye bebudak star pun ada yg takut gaks ekk..hehehe..leh geng r...hehehe..

h A n Y S said...

suntikan ni lagi sakit dr BCG, teringat dulu, sy hampir menangis sebab sakit!
ehehehe
cengeng!
;p

soffea said...

hahaha.. lawak lah budak tu.. tapi tu mesti berlakon konon2 takut tu kan~

nanti sy pon nak amek gmbar budak kene cucuk jugak lah. hehe.

soffea said...

cikgu iman!!!! anda pemenang contest aku dan generasiku!!! a big congratulations cikguuu!! wah. excited sy ni.. sbb sy memang yakin cikgu boleh menang.. tak sia2 sy ajak cikgu join contest tu.. so, tahniah!! jom, belanja saya jommmm!!!!~ hehehe :)

Afida Anuar said...

Woww..cikgu shah menang contest!... bahagi 2 hadiah nak?hehehe..

aaaa, pengalaman nak kena cucuk..waktu sekolah rendah dulu, saya dan kawan, menyorok diri di kantin!...hahaha..adehh lawak bila ingatkan.

Izzah Al-Maliziyyah said...

Assalamu'alaikum wbt cikgu,

Hehe ingatkan starian hero-hero belaka. Pengecut juga ya. Mujur takde starwati, kalau tidak hilang kemachoan~

Tambahan: Seingat saya, last dicucuk tahun 2008. Kena masuk air berbotol-botol. Sekali nurse pulak tersalah cucuk. Aduh, berjejeran darah bersama air. Sakit!

white rose said...

kelmarin nurse dah dtg, budak2 tahun 1 xde pengesahan ibu ayah lagi...

biasalah, keje orang...
kita buat keje kita sudah la...

zaman sek dlu, dengar cite orang katanya cucuk rubela tu kena korek tangan tu, pastu bakar dgn api laaa, dan macam2...

rupe2nya just cucuk je...

ibuintan said...

budak tahun satu terutama perempuan, relak je kena cucuk

kekadang ada juga yang meraung , menangis... mesti budak lelaki

nub said...

wahaha..tie tu tie baru kaa ckgu?
nak sketoi..

hihhi

hazlin said...

selalu kena cucuk...ermmm

Citarasa Rinduan said...

sampai sekarang ayu tkut kena cucuk dek jarum di tangan

seriau...

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Cucuk yang memusnahkan badan tu bahaya...

IMANSHAH said...

@apezs shahInsyaAllah, akan join

IMANSHAH said...

@NzAbudak2 ni bukan takut tapi ngada2..hehehe

IMANSHAH said...

@nabilah_2908tulah belum lagi nak derma darah tu kan..auta lebih

IMANSHAH said...

@sicomot-comelkalau tersalah cucuk kena tulang camner ye

IMANSHAH said...

@Miecyberlain macam bunyiknya..hehehe

IMANSHAH said...

@hysmanwah seminggu yer..tapi last2 kena cucuk jugakkan

IMANSHAH said...

@Kalamhatieksen je lebih, nurse pun naik menyampah..hehehe

IMANSHAH said...

@gadisBungasaya hari2 terkenang sebab apa yang budak2 ni buat saya dah buat zaman sekolah..hehehe

IMANSHAH said...

@::FAIZ FARISH::nak ngelat ye, last2..kahkah

IMANSHAH said...

@Lelaki Iniaku pun teringat

IMANSHAH said...

@Ujang9897syyyy amak murid aku baca kang..wahahaha

IMANSHAH said...

@kembatolo™nauzubillah, kesian generasi kita, rosak didodoikan dengan nikmat dunia yang sementara

IMANSHAH said...

@Rozaliwah bocor sudah nama muhammad naim..kahkah

IMANSHAH said...

@Ummi Humairatulah kang digigitnya tangan nurse tu segan lah

IMANSHAH said...

@nurkasseh dah kawen kan..hahahahaaaaa

IMANSHAH said...

@makdara TERdivatu terbaik lah..hehehe

dapat zuriat tu

IMANSHAH said...

@Kuasai mindasetuju!! jangan jadi doktor sendiri

IMANSHAH said...

@ijatnuar87saya pn selalu derma darah..tapi la dah stop..masa mengaji dulu pantang ada kempen

IMANSHAH said...

@Azmini anak murid aku yang kelakar sekali kat sekolah

IMANSHAH said...

@lilliesmacam mana ye agaknya perasaan org yang memang hidup bergantung dengan suntikan sahaja..nurse mesti dah bosan kan..opps, tu eksen je, depa bukan jenis penakut..wakakaka

IMANSHAH said...

@h A n Y SEh lain ek rasanya?? Sama je tengok cucuk tang tu gak..

IMANSHAH said...

@soffeahehe ye kot, anak murid saya yang amikkan

IMANSHAH said...

@soffeaerm, ye ke??alhamdulillah

IMANSHAH said...

@Afida Anuardah tu jumpa ke cikgu carik??wahaha

nak share??ok2

IMANSHAH said...

@Izzah Al-Maliziyyahowh betul2, saya pun pernah dulu sampai lebam2 lengan...susah sebenarnya nak cari salur darah

IMANSHAH said...

@white rosepernah dengar juga, tambah2 bila tengok ada macam parut besar kan kat bahu tu..tu yang dok pikir depa korek

IMANSHAH said...

@ibuintanbudak lelaki memang macam tu...haha saya menangis jugak kot

IMANSHAH said...

@nub
xlah sama je..nampak lain ka

IMANSHAH said...

@hazlin
Cucuk yang mana tu??wakakaka

IMANSHAH said...

@Citarasa Rinduanhurm, jaga kesihatan, insyaAllah kurang kena cucuk

IMANSHAH said...

@Abd Razakwsalam ustaz, betul tu memang bahaya..ramai dah kawan saya yg meninggal

nur aisya humaira said...

aik??waktu sye form 3 dlu, tkde pn cucuk2 camni...

IMANSHAH said...

@nur aisya humairaye ke?? ada kowt..haha lupa tu

nur aisya humaira said...

@IMANSHAH
ntah,lupe kot...cepatnye lupe..
yg sye igt darjah 6 je ade bcg...

IMANSHAH said...

@nur aisya humairamanusia memang pelupa..saya pun tak ingat saya dah cucuk rubella ke belum

nunama said...

wahahaha.
tak sangka ek. mcm2 ragam.
ingatkan budak lelaki tak jerit2.
mungkin sebab semua lelaki kot, dorang x cover macho. keh3.

sissyira said...

salam

teringat dulu, lari keliling bangunan, siap nangis lagi...huhuhu

IMANSHAH said...

@nunamatulah kira aksi2 mandi di bilik air pun keluar,,melalak..sebab takde pempuan

IMANSHAH said...

@sissyirawah sampai begitu sekali..haha sambil nangis kot..hehe

Mohammad Aiman said...

pergh...
haha.. kanak2...




(saya dah tak takut sangat kene cucuk.. sebab dah macam jadi habit kena cucuk, ade alahan.. T_T)

Semarak Api said...

haha..trus gelak tgk gmba student tu.comeyy! ooo ATT ke name die ms kena cucuk form 3 tu..

IMANSHAH said...

@Semarak Apiyelah ATT le

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget