WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, January 9, 2011

ORANG ASLI PUN MASUK TV GAK!

Pertama sekali, terima kasih kepada kawan-kawan yang memberi respond terhadap


Macam-macam yang komen. Sebenarnya bukan itu yang nak dihighlightkan, sebaliknya adalah tentang Kejohanan Liga Hoki Malaysia 2011. Kalau belum berkesempatan menjengah, silalah ye  berbuat sedemikian.

Apapun, hari ini ada sedikit sekuel Imanshah Masuk TV. Pagi-pagi lagi dah hot sebab budak-budak hari ni lambat. Ada latihan hoki di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah di bawah kendalian jurulatih luar untuk Program 1 MAS. Hampeh, janji 7.30, jam 7.45 baru terkedek-kedek. Yalah nak hantar depa kena ulang-ulang naik kereta walaupun stadium dekat je dengan sekolah. Bab-bab disiplin aku tak boleh kompromi, selain adengan melaser mereka dengan ayat-ayat pedas, sepuluh dua tekan tubi mesti diberikan. Sebagai pengajaran betapa manusia berpegang pada janji, sebab lembu dok kena tambat ngan tali..tak putus-putus. Depa setia ngan tali depa. Jangan hanya menanam tebu di bibir mulut. Masing-masing mencuka. Bengang agaknya, bukan lah marah sangat, tapi motivasi..hehe.Mereka dah faham dengan perangai cikgu mereka ni. Kalau tak suka , aku cakap tak suka. Takda bab nak menjaga hati sesiapa.

Usai latihan selepas 2 jam setengah, hati pun nampak sudah mau sejuk. Teringin pulak belanja mereka makan. Lama juga dah tak bagi mereka makan-makan. Duit bonus dulu memang niat nak belanja makan. Lalu kami menuju ke Restoren Sabar Menanti untuk mengepam semula oksigen yang dah habis. Wahaha, ayatnya tak boleh menahan. Dalam-dalam kami rancak bercerita, masa nilah nak bagi suntikan  semangat, motovasi dan kata-kata perangsang untuk mereka. Eh bukan ke sama je tu. Dalam dok bercerita aku dengan bangganya berkata :

"Eh, semalam cikgu tengik MHL, kat stadium. Ada live kat Astro Arena. Muka cikgu masuk TV beb.banyak kali.Haha"

"Wah glemernya cikgu!!"

"Lorgh, cikgu tak ajak kami!! Nak juga tengok Amin Rahim main.!"

Itu beberapa sambutan yang MEMUJI kan. Tapi adalah seorang anak murid aku ni. Memang loyar buruk betul.

"Cikgu masuk TV?? Biasalah tu.Minggu lepas saya tengok orang asli masuk TV cikgu..Depa tak bising pun."

Kurang asam betol. Kang ada yang balik jalan kaki ke sekolah. Apapun, inilah sebahagian gelagat pelajar-pelajar aku. Kadang-kadang sering membuatkan kita marah, terkadang bisa buat hati tersenyum riang, namun terkadang, jauh di sudut hati kita menangis hiba mengenangkan mereka gagal dibentuk menjadi insan berguna. Semoga bertemu kembali, selamat berhujung minggu.




Nota kaki Imanshah :


Budak-budak ni kalau sesekali kita belanja seronok betul depa. Kalau kita dulu, pilih makanan dan minuman semurah yang mungkin, takut menyusahkan cikgu. Tapi sekarang, bagai mengantuk disua bantal la deme. Tambah-tambah, LELAKI..haha. Tapi takpalah, berpegang pada kata-kata ini WHAT U GIVE U GET BACK!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

36 GENTA RASA:

hysman said...

ckp kat anak murid cikgu tu, klu org asli tu ade blog konfom die pon same gak.. hehe.. :p

sissyira said...

salam

tengok tutor ni

http://www.sissyira.com/2010/12/tutorial-menu-blog-yang-cantik.html

pasal fanpage tu, just ambil balik kode dia tu..dan masukkan dalam blog kita..

lillies said...

wah...baiknye cikgu mem belanja anak2 murid...heheh...beli jiwa ekk..hehhee


Restoran Sabar Menanti...aduss...terkenang2 buburnye yang enak..huhuhu..lama dah x pi ke sana..banyak memori dgn kengkawan kat situ...

biasala bebudak zaman sekarang, kalau malu sendiri yg lapar..hehehe....

IMANSHAH said...

Hysman

Depa takde blog..wahaha

IMANSHAH said...

Syira

Dah cuba tapi tak dapat..itu yang baru lah tu, masih kuar gambar FB gedabak,,haha

IMANSHAH said...

lilies

Wah dulu blaja kat Ipoh ke

lillies said...

hehehe...dulu berkursus setahun kat maktab ulu kinta nun...
sebab tu la agak taula jugak segala tempat2 makan kat sana...hehehe...

IMANSHAH said...

lilie

oh kat sinun, haha sama ngan nur cikgu ribena

Adinda Amy Sensei said...

salam awk....

omaakkkk aiii....dia pun berheader baru jugak nampaknya...hehehhee....cool header..
saya nye header tuuu....baru bertukar je..hehe...sama2 bertukarlah kite yeekkk.. :P

IMANSHAH said...

Adinda

haahaa saya nyer biasa2 aje..malas nak gambar2 haha

h A n Y S said...

"Cikgu masuk TV?? Biasalah tu.Minggu lepas saya tengok orang asli masuk TV cikgu..Depa tak bising pun."

ha! hambik! kena se das dengan anak murid..hahaha~

Bapak said...

ada tournament hoki antara sekolah dalam tempoh terdekat ke cikgu?

apezs shah said...

salam

tahniah masok TV tu.. Bukan senang kan... sekali sekala pon ngat mudah nak masok ke hehe..;)

Afida Anuar said...

Hehe, tak pasai2 dah kena!.. haa, tu la, orang asli masuk tv relek je. Cikgu Shah masuk tv, dah heboh satu dunia..heh!

gurau je Shah, jangan marah, nanti kena jual!..errrr

nub said...

untungnya junior2...kami dulu blanja diri sendiri jelah..


ada pnah skali coach kinta blanja makan.....

tapi roti canai jaa sorang sekeping..

hahah

nas said...

wah..masuk tb ea ko? best kot..tp xde maknenye sbb xleh nak ulang tayang balik..ehehe...comel2 je anak murid bro :)

ijatnuar87 said...

wah,bgusnyer cikgu...hehehe...ambe blanja eskrem jek untuk murid2,tu pom diorang dah berkerumun cam semut...nak belanja lebih2,elaun xbraper nak ader,hehehe

Azmi said...

tobat kau ni cikgu penyayang....haha...konfirm kalau diberi peluang aku nak jadik anak murid kau..
haha......

eszol said...

apsal muka cikgu separuh je?

Mr.IX said...

best dpt cikgu camni...mesti murid sayang cikgu kan..haha

IMANSHAH said...

Mr Ix

Haha, sayang kot..wahaha

IMANSHAH said...

Eszol

Salahkan kamera man..haha

IMANSHAH said...

Azmi

Haha aku pun nak jadi cg hang..wakaka

IMANSHAH said...

Ijat

Belanja lah apa2 pun, aiskrim pun ok..sesekali kan, apa salahnya sharing is caring

IMANSHAH said...

Nas

Tulah masa muda2 memang comel, cuba kalau dah 5 tahun kuar sekolah. Dapat sindrom 2B, botak dan buncit

IMANSHAH said...

Nub

haha cg Saifullah kan sayang korang dulu..hehe.Takpe ni zaman saya dah, dia dah mana ntah la ni

IMANSHAH said...

Afida

Hehe, ok lah tu sesekali kena ngan budak2 ok what

IMANSHAH said...

Apezs Shah

Haha, tulah sesekali an..bukan sonang jang

IMANSHAH said...

Bapak

Terdekat ada Perak League

Then ada Kej Hoki Msspk

Then kami ada Kej Hoki SBP

IMANSHAH said...

Hanis

Wakaka wa terkena ..

Keyrill Eduardo Willeyhem said...

erk? ada macam sifu & tonggak kah bro? heheheh... :D

IMANSHAH said...

Keyrill

Haha lebey kurang ler

saiful said...

uih!ramainya anak murid,mau rabak poket,hahaha...
xpa,mudah-mudahan dimurahkan rezki.

IMANSHAH said...

Saiful

Hehe
dekat 15 orang tu

Idalara said...

pandai gak anak2 murid ni mengenakan cikgu dia ek.tp cikgu dia pun baik hati..siap belanja anak2 murid lagi...

IMANSHAH said...

Kak Ida

Depa memang kaki kenakan orang..wahaha

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget