WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, January 27, 2011

NADAL KALAH : IMPIAN RAFA SLAM TERTUTUP

Akhirnya hasrat Rafael Nadal untuk mencatat sejarah memenangi empat kejohanan major secara berturut-turut telahpun musnah. Petang tadi, Nadal, pemain tenis nombor satu dunia tewas kepada rakan senegara David Ferrer 6-4, 6-2, 6-3 dalam peringkat suku akhir Kejohanan Grand Slam Terbuka Australia. Sebagai rekod, Nadal sedang memburu kejayaan memenangi empat grand slam berturut-turut selepas melakukannya di Terbuka Perancis, Wimbledon dan US Open. Dan nampaknya pada hari ini segala-galanya nampaknya tidak menjadi. Dikhabarkan Nadal mengalami kecederaan hamstring dalam aksi menentang Ferrer.

Sebenarnya , Cikgu Imanshah memang suka kalau Nadal kalah. Saya merupakan peminat Roger Federer dan tidak pernah putus dari menyaksikan perlawanan yang melibatkan Federer. Dan Nadal, pemain kelahiran Sepanyol ini dilihat sebagai penghalang untuk Roger Federer  mencipta kejayaan yang lebih hebat lagi. Dan kali ini, peluang terbuka cerah buat Federer untuk memenangi kejuaraan Grand Slamnya yang ke -17. Dalam aksi separuh akhir nanti Federer akan menentang Novac Djokovic. 

Maaf ya, wahai kaum wanita, malam ni memang saya nak bercerita tentang tenis, antara sukan kegemaran saya selain hoki. Dan apabila berbicara tentang pemain terbaik abad ke 21 ini, wujud pertikaian antara peminat sukan untuk memilih ikon tenis terbaik dunia. Bagi penyokong matador Rafael Nadal sememangnya akan memilih pemain kelahiran Sepanyol ini. Namun, saya tanpa syak lagi memilih Federer sebagai pemain terbaik abad ini. Sebagai perbandingan, Federer telah memenangi 16 kejuaraan Grand Slam, manakala Nadal dengan 11 kejuaraan. Namun, buat masa ini, Nadal masih meletakkan dirinya sebagai pemain nombor satu dunia.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

46 GENTA RASA:

mR.sYaH said...

saya sokong federer jugak..

Semarak Api said...

pelik2 sukan cikgu imanshah ni suke.jrg2 org suke hoki n tenis.hehe..n sy x pnh tgk pon org main tenis kcuali tertengok ms berita sukan kt tv :p

IMANSHAH said...

@mR.sYaHnice..itu yang kita mau

IMANSHAH said...

@Semarak Apiayoo apa peliknya..bola kalau makin kecil makin tinggi nilai hadiahnya..contohnya golf ngan tenis..bleh jadik jutawan woo

eszol said...

saya pon suke federer lg

Citarasa Rinduan said...

cikgu..dr dulu hingga skrg..semua games ayu tak layan..
hanya tau balapan jer.....dan ayu salah seorang atletnya

Citarasa Rinduan said...

cikgu..dr dulu hingga skrg..semua games ayu tak layan..
hanya tau balapan jer.....dan ayu salah seorang atletnya

IMANSHAH said...

@eszolnice..federer terhebat

en_me said...

penah tengok federer main kt bukit jalil 2 years ago.. uhuhu

IMANSHAH said...

@en_meteringin nak jumpa dia dari dekat..

IMANSHAH said...

@Citarasa Rinduanok lah tu pelari sekolah..hehe

Abd Razak said...

Saya pun tidak ketinggalan menyaksikan Grand Slam kali ini..

Tak sempat melihat kemuncaknya perlawanan antara Nadal dengan Ferrer petang tadi sebab dah masuk waktu maghrib..

gabbana said...

nadal hot ok. tibe. wahahaha.. ;)

(dasar budak sekolah bintang xp)

TiKa LEh said...

btol2..sokong federer jgk..nadal je yg slalu penghalang fderer nk jd juara..katanya, nadal main td mcm bkn dia yg main..xmelawan sgt..hoho..

hysman said...

federer yg terbaek...
anna kournikova? ahaks

iKhRam said...

saya sebenarnya kurang meminati dunia sukan.. itulah kekurangan yang saya fikirkan amat2 ketara sebagai seorang lelaki..

tp bila bercakap tentang tenis.. saya ada seorang rakan yang sgt obses dgn tenis.. die mungkin bukan seorang pemain handalan.. tp saya selalu menyokong dia untuk mengambil penyertaan di maktab..

saya percaya, dia memang berdedikasi dengan sukan tenis inii dan mampu menurunkan berat badan dan meningkatkan personaliti melalui sukan ini..

setiap kali menjengah ke laptopnya, mesti yang terpampang adalah laman web keputusan perlawanan tenis atau skuasy ataupun keratan akhbar online yang melibatkan kedua2 sukan itu..

sebagai kawan saya akan terus menyokong dgn mendengar sahaja dia bercerita tentang nama2 pemain yang setiap hari terpaksa dia ingatkan kerana saya amat gagal untuk mengingat nama2 pemain berbangsa inggeris..

oleh itu saya menyokong minat abgsyah saya ni.. teruskan.. kerana saya amat seronok melihat kegembiraan seseorang melalui keghairah sukan..

yang benar
ikhram

sissyira said...

salam

patut pun masa baca tajuk tadi bluurrrrr semacam..

cerita tenis rupanya.....=)

Insan Marhaen said...

herkss... IM tak minat sukan..

Afida Anuar said...

whuaaaa....opsss menguap bc entry ni, maaf shah, saya tak minat tenis. Badminton saya minat!...heh!

luahfikiran said...

SALAM,
BILA BACA N3 INI, TERINGAT DULU2 SUKA SANGAT MAIN TENIS. MASA TU, RAKET DUNLOP KAYU. BERATNYA SEMACAM !

E.d.Y said...

yeaahhh..nadal kalah

NzA said...

xminat tenis.....

mie said...

yahoo!!
akhirnya federer kembali...
ehheee

kakcik said...

Kakcik tak tahu apa2 pasal sukan! :)

Aretikz said...

Pergh ~ Tennis jadi sandaran.. hehe.. Saya minat Pete Sampras, haha.. nasib semua pemain xda skill melampau mcm cerita prince of tennis, ahakz..

IMANSHAH said...

@Abd Razaksaya tak tengok pun, kat padang tadi..tapi ok lah tu,seronok sebab federer masih bernyawa kali ini

IMANSHAH said...

@gabbanamemng dasar sekolah bintang begitew..takleh tgk yg hot..haha

IMANSHAH said...

@TiKa LEhdia injured itu yang tak melawan sangat

IMANSHAH said...

@hysman
anna mana ada ia dah lama bersara..hehe model buleh lah

IMANSHAH said...

@iKhRamhurm takpe, its ok kalau tak minat sukan..sekadar memerhati dari jauh dan memeriahkan suasanan pun dah cukup.

IMANSHAH said...

@sissyirahaha tenis lah tu..

IMANSHAH said...

@Insan Marhaen
la, ingat peminat tegar sukan..wahaha

takpe, sokong dalam hati

IMANSHAH said...

@luahfikirantulah, kemajuan teknologi akhirnya merubah segala..bola keluar masuk pun walau setengah inci akan dapat ulang tayang sebab kecanggihan teknologi..pengadil pun kena mempersiapkan diri supaya tidak membuat kptsan yang salah

IMANSHAH said...

@E.d.Ywah sukanya dia..hehe

IMANSHAH said...

@NzAminat bola jaring ye kak

IMANSHAH said...

@mieFederer memang hebat...ta disangkal oleh otak yang dangkal

IMANSHAH said...

@kakcikhuhu hubby mesti minat sukan

IMANSHAH said...

@Aretikzpete samprass sezaman andrei agasi dan boris becker

IMANSHAH said...

@Afida Anuarhuhu dah2 pi tidoq

♥ manje ♥ said...

salam cikgu

kita smpai sekarang masih terkial2 nak faham mcmana teknik permarkahan permainan tenis... ~

wahida said...

x minat...next n3 pliz!!

Mr.IX said...

dua2 nama familiar dgr jer tp x minat pn..haha

white rose said...

kalau tak kerana tajuk, dah tentu salah faham berlaku bila tengok gambar melalui blog sendiri...

miaahahaha...

NuSaNa NoSa 91 said...

1st time kot keen bc sal pemain terbaik tenis.. selama ni asyik bola sepak je.. hik3~ ^_^

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

eeemmmm lebih suka Nadal.... bak kata pepatah sepandai-pandai tupai melompat jatuh gak sesekali ke tanah kan

Sham said...

go sharapova..!hee bole tak...?

shah aku ada cite pasal limau gak ni...

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget