WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, January 15, 2011

SENTUHAN KECUNDANG

Semalam merupakan perlawanan pertama buat Sekolah Bintang dalam Kejohanan Liga Hoki Perak. Kejohanan secara liga ini melibatkan pasukan-pasukan hebat di sekitar Negeri Perak. Sebanyak 10 pasukan telah mengesahkan untuk mengambil bahagian dalam kejohanan yang diajngka berlangsung selama dua bulan. Antara pasukan yang turut bertanding adalah SERATAS, Kuala Kangsar, ACS Ipoh, ANDERSON A dan B, STAR, 1 MAS A dan B, POLITEKNIK UNGKU OMAR dan MAJLIS BANDARAYA IPOH.  Dan semalam juga langkah sulung kami sumbang apabila tewas kepada pasukan yang lebih berpengalaman SERATAS. Tapi walaupun tewas, aku berpuas hati kerana rata-rata pemain yang membarisi pasukan kami adalah pemain-pemain muda. Mungkin ada kelemahan di sana-sini, insyaAllah akn cuba untuk diperbaiki dalam pertemuan seterusnya menentang Kuala Kangsar. Doakan semoga pasukan Sekolah Bintang akan terus bersinar.

Pada tahun ini, sebenarnya kami mempunyai jadual perlawanan yang agak padat.Antaranya Kejohanan Liga hoki Perak, Kejohanan MSSPK, Kejohanan Hoki SBP Sekolah Berasrama Penuh, Kejohanan Hoki 6 Sebelah-MILO Kebangsaan,  dan Kejohanan Hoki Sekolah-sekolah Primier. InsyaAllah sasaran utama ialah Kejohanan Hoki SBP nanti untuk layak ke peringkat kebangsaan. Semoga semuanya dipermudahkan.

Antara aksi menarik perlawanan dan wajah sugul selepas kekalahan.

Nota kaki Imanshah :

Mohon maaf tak sempat menjengah blog rakan-rakan. Lepas ni ada pula bahas. Pun dah mula.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

43 GENTA RASA:

white rose said...

tak mengapa...

KALAH bukan bererti MENGALAH kan cikgu kan...kan, kan...kan...
(versi kanak2 ribena)

miahahaha...


wah...HEBAT betul ABANG SHAH kita nih...
serba SERBI, serba BOLEH...

ade ciri2 calon MENANTU pilihan nih...




"mamak, TEH TARIK 1 KURANG MANIS..."

IMANSHAH said...

@white rose
Tak memahami..apa kaitan dengan teh tarik tu ye..kahkah

ckLah@xiiinam said...

Kecundang di kalangan 'yang hebat-hebat', tak apalah....

white rose said...

orang selalu bertanya kat saya, "bila nak kawin?"

jadi sy menjawab persoalan itu dengan cara berhemah...

ingat kawin ni mcm order teh tarik kat kedai mamak ke...

"mamak, teh tarik kurang manis 1...roti canai lembut2 & rangup 2 keping..."

Afida Anuar said...

Larr kalah ke....takpe2..kekalahan tu merupakan tangga-tangga ke arah kejayaan..

coach kene berusaha lebih sket kut;)

Rozali said...

Assalamualaikum Iman

Insyaallah
kejayaan akan datang

Wassalam

nurkass said...

kecundang tak beerti kalah..malah menyuntik semangat dlm diri masing2 untuk lebih hebat masa akan datang..caiyok..caiyok..

Idalara said...

takpe ini baru langkah pertama..kecundang tidak bererti terus tewas...

Awal2 tahun ni semua sekolah sibuk dgn mcm2 aktiviti sukan kan...so tentulah ciku cikginya pun jadi terlebih sibuk..

nabilah_2908 said...

tkpe la...kalah sekali bukan bererti kalah buat selamanya...

good luck utk game2 seterusnya... (^_^)

jom ke APA KATA HATI pulak,
GIVEAWAY: YANAMIB

Sham said...

dulu ada sorang member selalu cakap:"tergelincir tak semestinya jatuh..."

eh ada kena mengena ke tak..?

Qamarul said...

aku tak reti doh main hoki..
dulu main kat sekolah pun macam main tarik2 kaki kawan je.. hha

nza said...

eh...bujang baju merah nangis ke tu????? meh sini nk bagi tisu...kalah menang adat brtanding.

Muhamad Zaki Zafir said...

menang kalah adat bertanding.tak apa, smoga blh improve, jd lg baik n tabah lg mereka lps ni. :)

Adinda Amy Sensei said...

salam...

err...apa khabar?
lama sudah tidak bertanya berita
:)

Kalamhati said...

cuba lagi!jangan pernah mengalah..all de best didoakan!

IMANSHAH said...

@KalamhatiInsyaAllah, dan terima kasih atas sokongan moral

IMANSHAH said...

@Adinda Amy Sensei

Wsalam..Alhamdulillah Arjuna sihat adanya..bagaimana pula sang ratu??

IMANSHAH said...

@Muhamad Zaki Zafir
Terima kasih, hari2 suruh buat fitness..wahaha

IMANSHAH said...

@nza
hurm biasalah baru umur 14 tahun, belum cukup ranum, baru je berputik..Dan masak, dan ranum esok2 matang lah ia

IMANSHAH said...

@Qamarul
Haha, main tarik kaki orang karang kena kad hijau kang

IMANSHAH said...

@Qamarul
Haha, main tarik kaki orang karang kena kad hijau kang

IMANSHAH said...

@Sham
Tulah kalau sempat berpaut kan..wahaha..takut jatuh tak bangun2 je..woooo..mati wooo

IMANSHAH said...

@nabilah_2908Tepat sekali, kalah sekali jangan kalah berkali-kali takut tak bangun2 nanti..hehehe

IMANSHAH said...

@Idalarabetul kak..sampai lah mac nanti peringkat sekolah, then ada plak perinbgkat daerah punya..hehe

lepas bulan 6 baru aman sikit

IMANSHAH said...

@nurkasstulah depa dah berdendam ni.hehe,,dendam baik, dendam nak tebus kekalahan

IMANSHAH said...

@Rozaliterima kasih atas sokongan atuk

IMANSHAH said...

@Afida Anuarhuhu kalah la..wakaka..wikiki..kekalahan itu biasa, kemengan tu yg luar biasa..hahahahahahha

IMANSHAH said...

@ckLah@xiiinamtulah, sebagai exposure je ni

IMANSHAH said...

@white roseheh?/kana tiru ni..jawapan klise ke..hahaha

Cik SHiNJU said...

Takpe,nama pun skuad muda..
Bagi depa pendedahan dulu..
Thn depan sure champion punyer :D

IMANSHAH said...

Cik Shinju

Terima kasih, akn berusaha untuk itew

nas said...

alaaa...kesiannya budak tu...sape yang xkecewa bila tewas kan???
xpe2..next time struggle menang :)

latest entri:

Contoh hipokrit dalam masyarakat; hipokrit ini teruk?!?

adol ihsan said...

assalamualaikum, cikgu..

takpe, boleh cuba lagi..
c'mon STAR..
Sy doakan kcmerlangan STAR, huhu .. :)

IMANSHAH said...

@adol ihsanThanks Adol

Shhhh sebut sekolah bintang cukup..wakaka

IMANSHAH said...

@nas
Thanks ya..insyaAllah doakan kami esok

gadisBunga said...

dah mula dah aktiviti sekolah-sekolah.... :D

IMANSHAH said...

@gadisBunga
Tulah, sampai le bulan 6 karang..then baru pecut untuk exam plak..hehe

shahjiehan said...

macam lagu rock kapak nampk...haha... takpa..hero kalah dulu..kan kan..

cg ipin tu kawan cg iman ke?hehehe... biasa la..geng2 sbp~

IMANSHAH said...

@shahjiehanHahaha ye betul cg Ipin dan Upin..wehehe

ijatnuar87 said...

adat bertanding ada menang kalah...tapi sekali kalah,bukan utk selamanya...pantang anak murid cikgu shah berundur...kemenangan pasti dimeterai,hehehe

IMANSHAH said...

wah adat berkahwin??huhu

Azmi said...

owh dah mula dah kesibukan kau ....
tak pe2....demi anak murid terchenta kan...

sissyira said...

salam

tido ka tu..hehehhe

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget