WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, January 24, 2011

TEWAS DI TANGAN WANITA MUDA

Tajuknya pun dah kontreversi. Hehe. Semalam, sekolah Cikgu  Imanshah  mengadakan sekolah ganti sempena Tahun Baru China(CNY). Sekolah Bintang telah menganjurkan  Quarter Marathon peringkat sekolah. Apa yang menariknya, tahun ini, satu kategori baru  diwujudkan iaitu kategori jemputan wanita. Makanya beberapa buah sekolah berhampiran telah sama-sama memeriahkan suasana dengan mengahantar peserta wanita. Huhu tentu kalian boleh bayangkan bila sesekali ada bunga dalam kalangan kumbang.


Inilah wajah gadis-gadis olahragawati dari Raja Perempuan School (RPS), Ave Maria Convent dan SMK Gunung Rapat. Sama-sama bersenamerobik dengan kumbang-kumbang Sekolah Bintang. Mereka pun teruja. Hehe, maklumlah datang ke sekolah lelaki. RPS dan Ave Maria Convent pun sekolah sejenis juga.


Inilah rupanya kumbang-kumbang kami. Ada enam rumah ke semuanya, Kuning, Hijau, Putih, Merah, Biru dan Merah. Sedang rancak bersenamerobik ikut instructor yang dibawa khas dari luar. Satu dua tiga ..lapan lagi. Haha tak tahan tu muzik Bollywood pun ada. Sempatlah kami bersenamerobic diiringi muzik Bollywood ala-ala Kajol ngan Shah Rukh Khan dalam cerita Kuch-Kuch Hota Hei.


Saat mereka dilepaskan. masing-masing tak sabar, memecut dengan laju pada mulanya. namun selepas hampir separuh, masing-masing dah mula memperlahankan rentak. Hanya mereka yang teguh jati diri, tahan lasak dan memiliki stamina yang tinggi yang mampu kekal berada di depan.
Jangan tak tahu, Cikgu Imanshah pun sama-sama menjoin kan dirinya dalam perlumbaan ini. Hehe. 6.5 km tu biasa je. Tapi lama juga tak berlari. Maka cikgu Imanshah berlari dengan gigih sekali. Kita tengok mana kedudukan Cikgu Imanshah. 

Wajah Meriah sang juara, ni anak buah Cikgu Imanshah merangkap kapten hoki sekolah. Dah tu rumah Merah pulak tu, dah jadi johan claim nak makan Quater Pounder Mc D pulak. Hehe, apapun tahniah buat North Marzel. huhu. Cikgu hoki merangkap cikgu Rumah merah kamu sangat berbangga.

Berbalik kepada penyertaan Cikgu Imanshah tadi, merupakan satu-satunya peserta kategori veteren. Hehe. Tak ada pun kategori ni, saja wujudkan sendiri. Keputusannya, Cikgu Imanshah TEWAS kepada peserta wanita dari sekolah-sekolah lain. 12 peserta wanita potong Cikgu Imanshah. Lalu dalam hati berdetik, " Kau tu dah tua, mana nak lawan pucuk muda" hehe.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

95 GENTA RASA:

~Insan Biasa~ said...

menang atau kalah...apa yang penting semangat kesukanan tu....hihihi (agaknya la kan...)

white rose said...

miahahaa...

ayat rasa nak tido cepat2 malam nih...
"KAU TU DA TUA, MANA NAK LAWAN PUCUK MUDA.."

miahahaha...

jadilah tu, dari sy ni haaa, hanya mengayuh basikal merakam gambar2 kanak2 ribena...
berlumba- lumba basikal dgn guru- guru lain...GB lak naek moto, lagi hebat...

hazlin said...

kenapa tak jemput vokay manjung?

IMANSHAH said...

@~Insan Biasa~
tulah semngt gile berlari..hehe cikgu2 lain yg jaga check poit senyum je..

IMANSHAH said...

@white rose
GB naik motor tu yang tak tahan..

dah2 p tidoq pi tidoq

IMANSHAH said...

@hazlin
manjung jauh, kang kul sepuluh sampai..aevent dah habish..wahaha

si para para said...

tua bukan sebarang tua tau..hahaha
tak ada tua tak ada muda kan..

MiaZarra said...

wakakaka.....ni bkn pasal pucuk muda atau tua...tpi pasal osteoporosis....hehehe

IMANSHAH said...

@si para para

haha tulah, tua tua berisi, belum komeng lagi

IMANSHAH said...

@MiaZarraceh, tulangku masih kuat..belum rapuh lagi

sissyira said...

salam

hehehe....tua bukan sebarang tua, lelaki lagi tua lagi mahai...



Jom Baca dan Komen--cara memilih nama domain yang terbaik

eszol said...

giler best!

sape punye idea ni?

time ktorg dlu tkde pon

Mohammad Aiman said...

haha,,,, meriah nye!


(saya dan akmal baru ingat nak egi star. tapi tibe2 dpt tau yang star cuti seminggu untuk raya cina nih.. ceh)

NuSaNa NoSa 91 said...

wooo~ cikgu ngajar kt skolah yg semuanya lelaki?? ciannya.. =.="

wah3~~ tetibe rindu time dipaksa kena join marathon time zmn sekolah dulu.. huk3~ T__T

Abd Razak said...

Assalamualaikum cikgu...

Kiranya cikgulah johan dalam kategori veteran...

IMANSHAH said...

@sissyirahaha betol2..tua2 biang keladi, makin tua makin berisi

IMANSHAH said...

@eszol
idea pk koko baru..zaman korang dulu zaman kuno..ahaks

IMANSHAH said...

@Mohammad Aimantulah MIDI pun nak dtg tapi dah nak fly..kot tak sempat dtg kot

IMANSHAH said...

@NuSaNa NoSa 91
Ahah All Boys..Cian?awat nak cian..hehe best lah..hari2 mau..mau fight..hehe..banyak yg seronok handle budak lelaki ni

IMANSHAH said...

@Abd Razak
Wsalam Ustaz..of course..hehe Johan Veteren tanpa cabaran

Afida Anuar said...

Ada bunga datang singgah rupanya. Patut la...

johan veteran? johan tempat pertama dan terakhir eh? hehe

gabbana said...

uish, saya tak setuju dgn langkah nih... membuka pintu kepada perkara2 yg haram, apatah lagi perkara2 yg syubhah... =(

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..mana pic cikgu imanshah di garisan penamat????

kakcik said...

Usia sekadar angka! ;-)

Rozali said...

Assalamualaikum Iman

sepatutnya ada bunga, cikgu iman ada semangat, boleh lari kuat dan jadi juara...

tapi bagi peluang tetamukann
cikgu orang baik

Wassalam

scrlettfr said...

assalamualikum... hahahahha...kalah menang lain cerita tapi.. yang pasti semangat kesukanan juz becoz.. we are role model, right... hehehe

Lelaki Ini said...

beshnyew cikgu!
besh zaman2 masuk sukan sekolah nieyh!

Amy Syaquena said...

Kalah atau menang itu tak penting, yang penting semangat kesukanan tue..

Ujang9897 said...

kalo gua leh menang tue...

IMANSHAH said...

@Ujang9897haha ye kot..kau muda lagi

IMANSHAH said...

@Amy Syaquenabetul tu, memang semangat pun..haha

IMANSHAH said...

@Amy Syaquenabetul tu, memang semangat pun..haha

IMANSHAH said...

@Lelaki Initulah saya tiap2 tahun mengalami tiap2 tahun terinmgat..wahhaahaaa

IMANSHAH said...

@scrlettfrbetol2, guru adalah role model..eh guru juga ye?

IMANSHAH said...

@Rozalitulah bagi peluang kat tetamu menang..kalau tak tahun hadapan depa tak datang lagi..hehe

IMANSHAH said...

@kakcikbetul tapi kudrat juga hal yang berbeza

IMANSHAH said...

@sahromnasrudintakde, pengsan aku sebelum sampai garisan penamat

IMANSHAH said...

@gabbananegara demokrasi..masih terngiang2..kita sekolah omputeh, bukan izzudin..nak kata apa??

IMANSHAH said...

@Afida Anuarhuhu johan veteren je layaknya..

mR.sYaH said...

lama dah x marathon.. selalu 2 yg terakhir.. hahah..

Citarasa Rinduan said...

cikgu

lupa minum air tongkal ali ker?

Azmi said...

man macamna tak tua...selalu je ckp kau tua..kah3,...
lupa minum tongkt ali la tuh...bak kata citarasa rinduan

♥ manje ♥ said...

salam cikgu

hehe kita tak larat nak berlari... lemah lutut... semput lagi... jalan2 boleh ar... mkn angin (^_^) ~

IMANSHAH said...

@Citarasa Rinduantulah lupa nak pekena..hehe

IMANSHAH said...

@Azmi
hehe takpe, memang tua pun..kahkah

IMANSHAH said...

@♥ manje ♥lemah lutut??bahaya tu manje..hehe

IMANSHAH said...

@mR.sYaHhuhu takpe, yang penting semangat untuk habiskan acara

nabilah_2908 said...

sure budak2 sekoalh bintang semaikn bersemngt bila tgk bunga2 dr sekolah lain join sekali kan..? hehehe..

ala...sebab dah lama tak berlari..sbb tu kalah... ;)

jom ke APA KATA HATI pulak,
NATURE CALLS

gadisBunga said...

heheh..boleh dibayangkan betapa exited nye kumbamg2 tu. sebab dulu kite pun sekolah sejenis juga...huhuhu~

AtiqahNajwa said...

Cikgu,

Teringat zaman sekolah dulu.. alangkah manisnya zaman itu!

Ikmal Fayadh said...

syok betul lah, ada perempuan. lari pun mesti nak laju aja. nak tunjuk power. haha

sicomot-comel said...

hehehe..cikgu,kapten hoki sekolah cikgu tu hensem la..
hahaha

p/s: cikgu,jom terjah blog cikgu dah kuar ;)

http://sicomot-comel.blogspot.com/2011/01/terjah-dia-6-hot-sengoti.html

Oasis said...

kategori veteran pun nmpk masih muda lagi. Hebat betul cikgu tu. Mesti murid2 bangga kan.

ibuintan said...

hahaha...kumbang muda slim lagi, kumbang tua dah boroi..tu yg tewas tu

Dinas Aldi said...

alah takpalah, kalau dema gelak ka hapa, cakap jalah cikgu bagi chance kat kamu menang, kehkehkeh

lillies said...

takpe la..seskali nk test gak kan dpt ranking ke brapa..hehehe...

ijatnuar87 said...

hakhakhak...ayat last paling takleh tahan tu,hehehe..xper la,dah tua pom berisi kan,hehehe

ckLah@xiiinam said...

ckLah pun rumah Merah (Rafflesia). Hehe..




....merahmu bara semangat wajaaa...lalala

IMANSHAH said...

@nabilah_2908betul333 (ipin dan upin) semangat lain sikitlah, bukan sebab nak tackle tapi sebab tak nak tunjuk kalah kat girls

IMANSHAH said...

@gadisBungaowh ye ke??banyak bezanya kan sekolah satu jenis ni..hehe

adol ihsan said...

assalamualaikum, cikgu ..

tahniah la buat sekolah bintang, atas kejayaan menganjurkan merathon nie..
tahniah jugak kat cikgu men'join'kan diri, tapi tewas.. takpe, kalah sekali x brmakna tewas selamanya..

first place, umah merah..
tapi yg 2nd place tu mesti umah hijau. Marwan kan? hahahaha...
kalau x silap la..

Sham said...

hang lari sampai tamat ke Shah...?macam tak caya je...heh..kalau habis betul syabas..!jauh tu 6.5km...kalau aku memang melingkup dah...

hazlin said...

tahniah kerana menamatkan larian!

iKhRam said...

bukan dulu masa jadi pucuk muda bukan ke dah selalu menang abg shah?? hehehe.. ada masa seronok jugak kan aktiviti mcm ni.. baru berbaloi buat hari sekolah ganti

shahjiehan said...

tua tua keladi, makin tua makin menjadi cikgu!! hahaha.. natijahnya, bykkan bersenam~ hahaha..

NICK IRFAN said...

kalau aku tgk2 bdk2 pmpuan join sekali dalam lumba lari ni? lemah lutut plak mmg xleh lari.. hehe

n@m@n said...

cikgu imanshah saja je nak duk belakang tu..hehe

Areef Ibn Naim said...

salam cikgu iman,

tenaga orang muda n tua pasti tak sama... tp ada gak org tua yg lbh bertenaga drpd org muda...

if berkelapangan, jom join contest di blog sy... tq!

IMANSHAH said...

@Areef Ibn Naimowh buat contest ye..insyaAllah, next week kan free seminggu, saya pasti join..hehe

IMANSHAH said...

@n@m@nisy2..tutup mata lah..depa semua pakai running vest..tak bagus2

IMANSHAH said...

@NICK IRFANtu gedik namanya..haha

IMANSHAH said...

@shahjiehanse3ntiasa..alhamdulillah selalu di padang petang hari

IMANSHAH said...

@iKhRamhuhu
sekolah ganti ni, kalau tak di plan dengan baik memang lah..bukan apa takut murid hanya datang sekadar untuk menyapu kelas sahaja

IMANSHAH said...

@hazlinterima kasih

IMANSHAH said...

@Sham
habislah, tulah, payah jugak kalau ramai yang berstatuskan ROI kan, nak bawak benda tu pun satu hal..kahkah

IMANSHAH said...

@adol ihsanahah MARWAN no 2

IMANSHAH said...

@ckLah@xiiinammerah tu selalu bahan cemburu rumah2 lain

IMANSHAH said...

@ijatnuar87haha berisi apa tu??kalau perut haha takleh2 kena buang title ROI

IMANSHAH said...

@lilliestakde rank..hahaha

silalah gelak sampai pingsan

IMANSHAH said...

@Dinas Aldimemang itu ayatnya..hehe

IMANSHAH said...

@ibuintanerk..haha tak, sila pergi jauh2 boroi dalam hidupku..ngehngeh

IMANSHAH said...

@sicomot-comelowh dah ke..terharunya..ni 1st time kot org review blog kita..thanks na

IMANSHAH said...

@Oasishaha kategori je, tuannya trang tang tang

IMANSHAH said...

@Ikmal Fayadhsyoklah jamu mata ye..tak leh2, matlamat tak halalkan cara tu..hehe..mana maunya pakai short ketat2 semua tu fayyadh

IMANSHAH said...

@AtiqahNajwasememangnya zaman sekolah saat manis untuk dikenang

NzA said...

mesti semangat makin berkobar2 bila disekeliling ada bunga.....

lillies said...

rank sendiri bagi pun kira ok la tu...(ayat cover x nak bg cedey je tu....)hehhee...

SUZIE APAI said...

hahhaaaaa.......kalah yg memalukan ke idak tu cikgu...??

hikss..tak pe, bg can kt bebudak..

mohammad said...

kesihatan kena jaga...berjogging salah satunya..

IMANSHAH said...

@mohammadbetul tu, alhamdulillah saya berjoging hampir setiap hari di padang bila turun untuk latihan hoki

IMANSHAH said...

@SUZIE APAIidok le malu sangat..haha

IMANSHAH said...

@lillieseh masuk malaysia book of record what..haha

IMANSHAH said...

@NzA
bunga bukan sebarang bunga, bunga penuh dengan duri.hehe

suraya hanis said...

sekolah nie kat ipoh kan?

CIK TOM said...

tua?tgk takdelah tua sgt...ok je...huhu...

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget