WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, January 6, 2011

TULANG AYAM YANG MENJERAT

Kelas bermula jam 7 setengah pagi. Habis pemeriksaan kamar di asrama lebih kurang jam 7.20, cepat-cepat ke kantin untuk mengisi perut. Sekonyong-konyong makan ayam goreng sehingga menjilat jari, dengan tulang-tulang ayam yang bahagian paling lembut aku telan. Tiba-tiba Ya Allah peritnya tekak.Rupanya tercekik tulang. Adei, selaunya tercekik tulang ikan, ini dah parah kes tercekik tulang aya. Mujor tulang tu dah hancur, taklah perit sangat kerongkong.

Disebabkan masa mencemburui dan P & P perlu dimulakan segera, aku bergegas juga ke kelas. Tapi peritnya nak bercakap. Bertahan sehingga kelas habis. Usai sahaja P & P waktu pertama dan kedua, kembali semula ke kantin. ternyata masih ramai lagi rakan-rakan yang berada di kantin. Sempat juga meminta petua dari rakan-rakan. Ada dua petua yang diberikan.

Pertama, ambil nasi yang panas, kemudian kepalkan. Dan masukkan ke dalam mulut tanpa mengunyah terus telan. Kemudian, sulamkan dengan air masak. Yang ini aku  dah cuba, susah juga tak berjaya. Kedua, ambil senduk berisi kuah gulai yang kita makan tadi dan ambil kuahnya. Kemudian baca selawat dalam senduk tadi, dan masukkan ke dalam mulut menggunakan senduk yang sama. Telan kuah tadi . Mak aii yang ni tak berani cubalah, kang naya orang lain, makan guna senduk yang mencebok gulai. hehe..Tapi katanya ini petua orang tua-tua.

Akhirnya, aku berjaya memuntahkan semua makanan dan Alhamdulillah semua isi kandungan sarapan tadi telah keluar. Baru rasa lega sikit. ada ke petua lain jika kita tercekik tulang ?? Boleh share??


Notakaki Imanshah :-

Ada bungkusan dari seorang teman blogger. Siapakah yang mengirimkannya?? Nak tengok ket ofis jap. Selamat bertugas buat semua!!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

57 GENTA RASA:

AngahSayang2314 said...

singgah sini 4llow uuuu daapt link from amy

IMANSHAH said...

oowh thanks..

ibuintan said...

syukur,

nasib baik tak apa-apa, teman sekampung ibu terpaksa dibedah sebab tercekit tulang peha ayam yang terbelah

cik bebel sentiasa said...

prggghhhh...sakit n xselesa..

cik bebel pernah kena n cik bebel kepal roti...sebab dok kepal nasi sampai habis 1 pinggan masih tersekat gak...hhahhahaha

kenyang giler di buatnya...ngeeeeee

eszol said...

apa lg

minum coke la

kan acid

nnti die hakis la

takpun telan ayam tu balik

sbb tulang nak balik ke asal die

haha

Miecyber said...

Nasib baik berjaya keluarkan tulang tu...


Talian Nur

wahida said...

tulang dlm gambar tu ke cikgu tertelan? gila banyak!!

ijatnuar87 said...

ambik roti,gumpal2,pastu telan..wat camtu jek la biasa nyer...terai la,kalu terlekat lagi...tp mintak dijauhkan la,hehehe

IMANSHAH said...

ibuintan

wah sampai begitu sekali ye..takut juga, maklumlah saya suka makan tulang ayam

IMANSHAH said...

Cik Bebel

Eh kepal roti ye..kepal nasik kan kenyang lak kan..kan gumuk lak kan

IMANSHAH said...

Eszol

Kalau nak tunggu dia halis, kembung perut dululah nak habiskan coke bergelen2

IMANSHAH said...

Eszol

Kalau nak tunggu dia halis, kembung perut dululah nak habiskan coke bergelen2

IMANSHAH said...

MieCyber

Tulah, kuasa Allah

hysman said...

len kali cikgu klu tertelan tulang ayam,gi jumpe dokter kasi kerat itu leher..
hehehhh

IMANSHAH said...

Wahida

Eh, takkan la tulang tu..haha

SUZIE APAI said...

salam cikgu,

ambe jumpa blog cikgu ni kt blog MDT.

Bila baca terus terpikir nk link.

Blog yg menarik, tertarik dan mmg dabooommmmm! Gudluck..

kelih2 la blog ambe deh...

IMANSHAH said...

Ijjat

Tulah, baru tahu roti pun bleh gak..thanks

IMANSHAH said...

Hysman

Wahaha, sampai hati hang suh potong leher cikgu

IMANSHAH said...

SUZIE APAI

Owh MDT, insyaAllah ambe akan jenguk nanti

kak wan said...

IMAN..,
Tu...la , sapa suroh makan tulang ayam, kalau makan isi ayam kan lagi sedap.

IMANSHAH said...

Kak Wan

tulang pon sodap..hehe

nurkass said...

salam imanshah..
mesti tulang yang putih lembut tu kan..haha..makan laju sgt..lain kali haruslah dikunyah 44 kali ye..hehe

IMANSHAH said...

kak nurkass

tepat sekali..tak sempat nak kunyah, masa ada 10 minit je

nza said...

aduhai dik, nasib baik xpe2...2lh cikgu, nk kejar masa smpai makan minum trkdg xsmpt.......

AfiQ said...

tetap masuk kelas n ngaja mcm biasa walaupon perit tekak tu.. huhuh.. kagum.. =D

IMANSHAH said...

nza

Hehe, tulah, kang tak masuk kelas, pengetua rotan!! wahaha

IMANSHAH said...

Afiq

Takleh tidak, core bisness kita tu

::FAIZ FARISH:: said...

tak pernah lagi tercekik tulang ayam.... hehehe

khaifaiz said...

salam.. alahai kesiannya cikgu tercekik tulang ayam.. nsb bek dah ok.. syukur3

IMANSHAH said...

Faiz Farish

Huhu, tulah, tulang ikan pernah tak

IMANSHAH said...

Khaifaiz

Hehe tulah, Alhamdulillah

Abd Razak said...

Assalamualaikum...:)

Ada orang ajar saya baca ayatul kursi sambil berjalan mengundur

sonata anak kancil said...

tulang ayam ke tulang ikan ke...
pegi aje ke hospital -

macam akak tahun lepas...puas segala petua - segala cara dicuba...tak jalan jugak...akhirnya nak keluar
RM jugak !
tak sampai 5 minit - RM60 !!!
ohhhh...lega....

gadisBunga said...

sape bagi hadiah tu? wiwit!

pasal petua, penah dgr petua minum air dlm tudung periuk kalau tercekik tulang. pernah cuba. menjadi.

Nur Misnan said...

assalamualaikum iman
ni terlupa baca bismillah kot.. hu3

nanti aku sertakan doa
tercekik tulang.. klik kat blog aku nanti.
tapi malam sikit ler...

insyaAllah.. ayat quran penyembuh segala penyakit dan masalah

IMANSHAH said...

ustaz

Owh, boleh diamalkan nanti jika tercekik lagi..hehe

IMANSHAH said...

Kak Sonata

Hehe tulah, ubatnya RM kot..nanti lah next time saya cuba lagi ye petua akak

IMANSHAH said...

GB

Eh..haha, ok2 nanti saya cuba..esok kena pekena tulang skali lagi

IMANSHAH said...

nur misnan

Tq..karang saya jenguk

gadisBunga said...

aishh..itu cari penyakit namanya. hahaha!!!

SiNoMoSa said...

salam chekgu,

petua org tua2, minta org yg lahir sonsang ambilkan air guna senduk dan beri org yg tcekik minum..
Selawat + yakin Allah yg akan menyembuhkan..
Sy pernah cuba, alhamdulillah dgn izin Allah
Tp puas plak nak cari org yg pernah lahir sonsangkan hehe..

Muhamad Zaki Zafir said...

saya mmg takde tips tercekik cikgu.first time dpt tau pun lps baca entry ni.

style sungguh gmbr last tu. :D

Kalamhati said...

ada doa terceki tulang yg boleh dibaca..

payah nak tulis bahasa melayu ni..huhu

"fasda' bimaa tu'maruu wa 'aa'ridh anil musyrikin"

fas (s tu huruf sod)

Citarasa Rinduan said...

setuju dgn cikgu kalamhati
doa..lepas tu ambil air suam...sembuh dgn ayat tersebut,,
insyallah

siti murni said...

yang I tau nasi kepal & minum air sekali nafas tu aje lah....

~Insan Biasa~ said...

aduh..pernah rasa dulu tercekik tulang ayam...cgu iman masih lagi boleh bersuara mengajar....saya....nak bercakap pun x boleh!...huhuhuhu
Allahuakhbar...seksa tul masa tu,terkapai-kapai dah rasanya...

herm...kepal nasi jugak dulu penawarnya...

Afida Anuar said...

makan kalut sangat kut, tu yang sampai terlekat tu...

hurmm..petua saya senang je shah, jolok anak tekak sampai keluar tulang belulang tu semua..heh!

IMANSHAH said...

GB

Hehe, takpe sekala sekali carik penyakit

IMANSHAH said...

Sinomosa

Haha, macam mana nak cari orang yang lahir songsang tu..mak yang melahirkan atau anak yang dilahirkan

IMANSHAH said...

Zaki

tu gambar tulang ayam kat KFC..hehe

IMANSHAH said...

Kalam hati

SUsah nor nak sebut dalam ejaan rumi,,apapun tq ya kak

IMANSHAH said...

Ayu

Tengah praktis doa ni

IMANSHAH said...

Siti Murni

tak jadi sebab nasi tu i kunyah,,hehe

IMANSHAH said...

Insan Biasa

Yelah, sikit dan kecik je tulangnya..mujor tak tercekik jagung

IMANSHAH said...

Afida

Wahaha, nak jolok menjolok ni yang payah sikit..jijik.hehe

arsal74 said...

p spital jer la... :)

iqbalsyarie said...

wooo... bahaya tu cikgu! hehe

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget