WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, February 2, 2011

BANJIR DI JOHOR KERANA PILIH BN?

Semalam aku BW ke berapa blog orang politik. Bukan selalu pun, sekadar  nak mengetahui tentang keadaan politik dan siasah negara. yelah benda-benda macam ni nak kena ambil cakna juga. Melihat kerakusan sesetengah pihak dalam berebut kuasa. yang belah kerajaan bermati-matian mempertahankan merekalah terbaik. Yang belah pembangkang pula pun sama. Masing-masing cuba menjadi juara di mata rakyat. 

Aku tertarik tapi terkilan apabila membaca statement oleh seorang ahli politik bergelar Yang Berhormat. Maaf bukan untuk berkata aku penyokong kerajaan, jauh lagi mengaku aku penyokong pembangkang. Sampai masa mengundi aku akan pulang menunaikan tanggungjawab. Tapi statement yang dikeluarkan ini rasanya menunjukkan kedangkalan dan kebodohan seorang bergelar pemimpin. Maaf ini pendapat peribadi aku. Tak bermaksud untuk menyuruh semua orang bersetuju. Inilah intipatinya :
Kalau ikutkan hati hendak juga berkata hadiah kemenangan BN kepada rakyat Johor adalah banjir besar. Tapi anggaplah ia sebagai ujian dari Allah SWT. Walau bagaimanapun begitulah kisahnya rakyat Johor atau dengan lebih tepat lagi pengundi kawasan DUN Tenang. Setelah memberi kemenangan kepada calon BN, mereka berhadapan dengan ujian yang begitu besar.
Aku  petik kata-kata ini dari blog  DIRECT FREE KICK  milik YB ISKANDAR A.SAMAD, ADUN CHEMPAKA merankap EXCO Kerajaan Negeri Selangor. Rasanya tak perlulah statement begini dikeluarkan. Mohon maaf jika sesiapa tersinggung!

 
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa ( dari kejahatan) yang dikerjakannya. ( Mereka berdoa):"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami apa yang kami tak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami. Maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. (Al-Baqarah 284-286)


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

12 GENTA RASA:

eszol raar said...

gila mengarot!!!!

dia plak yg berkuasa ckp ini itu

tu semua kun fayakun

bukan YB tu tuhan

adeh

eszol raar said...

saya da baca entry tu

mana ade cikgu

die x cakap mcm tu pon

cikgu silap ni

eszol raar said...

eh,x salah la statement YB tu

cikgu salah interpret ni

Kalamhati said...

hmm setuju..
tak perlu nak keluarkan statement begitu..
Allah lebih mengetahui segalanya..
bukan kita yg selayaknya berkata begitu..

IMANSHAH said...

@eszol raaryang bawah saya faham..memang ujian allah..cuma terdetik dalam hatinya tu..yang dia cakap ...Kalau ikutkan hati hendak juga berkata hadiah kemenangan BN kepada rakyat Johor adalah banjir besar.mana boleh kuar statement macam tu..

IMANSHAH said...

@eszol raardirect sahaja, katakan semua adalah ujian Allah..itu lebih baik..

AIMAN said...

kontroversi.. isk3.. apa2 pon, Allah lebih mengetahui
:)

Areef Ibn Naim said...

salam cikgu iman,

hujan itu rahmat, ia juga mungkin satu musibah, tp yg paling penting pasti ada pdnya hikmah...

ia hukum alam, dan mungkin juga hukum allah... so, fikir2kanlah... mudah2han kita akan dpt petunjuk atas apa yg tlh berlaku ini...

Cik SHiNJU said...

Semuanya ketentuan ALLAH...
X baik dorg wat statement gitu..
Semua negeri kat Malaysia banjir sejak ujg thn lepas smpai awal thn ni..Ape plak alasan utk kwsn lain selain Dun Tenang tu?

Uthman AG said...

isu ni pon nk dipolitikkan..dunie2..allah sentiasa mahu menguji hamba-Nya

Muhamad Zaki Zafir said...

hujan dan politik, kalau betul pun ada perkaitannya, Allah saja yg tau.buat apa dia nk buat tafsiran sendiri.

haih, patut mereka jadi contoh. :(

sissyira said...

salam pagi khamis =)



mungkinkah? daftar pemilih pun tak..hahah

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget