WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, February 14, 2011

BEN ASHAARI TIDAK LOKEK ILMU

" nak tanya, bagaimana kalau blog kita ditegur oleh boss/ketua jabatan??rasanya blog saya ni santai je..tak mewakili mana2 pihak..tapi jadik sensasi sebab depa suka baca..dan sinis2.. " 

Blog aku , mmg dibaca oleh bos aku ... Aku ada 3 boss dan kesemuanya perempuan .. Setakat ni , alhamdulillah .. mereka tidak pernah nak halang aku dari berblog asalkan keje siap .. gulp ! Malah boss aku yang berada di Denmark sekarang ni pon sering masuk untuk mengetahui perkembangan anak buahnya.. erk.. aku la .. hehe.. Thanks Miss Lai .. Yang lain , aku tak pasti.. hehe...

Dulu aku kerap jugak bercerita mengenai rakan rakan dipejabat aku tu.. Sebarang majlis yang dibuat pon aku akan cerita dalam tu.. Tujuan adalah untuk 'rekod' peribadi.. Mana la tau tahun tahun mendatang , aku nak kenang kembali detik detik tu .. kan ? 

Cuma , ada bahagian bahagian tertentu kita TAK BOLEH cerita kerana boleh membahayakan pihak pihak tertentu secara kita tidak sedari .. Mungkin bagi kita ianya sekadar santai tetapi tidak bagi mereka..

Nasihat aku satu jer .. Blog kita , cerita kita .. elakkan bercerita mengenai mereka .. Jika nak meluahkan perasaan , elakkan letak gambar mereka atau nama mereka .. Itu lebih selamat .

Ini ialah jawapan yang diberikan oleh BEN ASHAARI kepada soalan yang Imanshah kemukakan kepada beliau dalam segmennya. kalau nak tengok ada kat SINI. Apapun, terima kasih buat Encik Ben yang sangat tidak lokek ilmu. Kalau kawan-kawan ada masalah yang sama dengan saya, bolehlah ambil nasihat beliau!!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

19 GENTA RASA:

Rozali said...

Assalamualaikum Iman

ilmu yg ada pd kita terlalu sedikit
buat apa kita lokek

tahniah Ben Ashaari

Wassalam

NzA said...

blog kita dairy kita.....so cuba elakkan menyentuh org lain..kalu nk lepaskan geram jgn guna nama sbnar or jgn letakkn pic......baru selamatkan....

Ujang9897 said...

aku tak lokek gak..hahaha

nurkass said...

bagus..bagus..
tq for sharing..

mR.sYaH said...

sharing is caringkan cikgu.. hehehe.. :D

efa said...

yeah abg ben mmg tak lokek ilmu.. =)

Citarasa Rinduan said...

selamat tghari cikgu

ben???
dia mmg tak sombong....
seronok dapat kenal dgn orang yang spotting,,
alhamdullilah..inilah hikmah berb
blog..

ayu menuntut ilmu dr dia gak....sifu ku itu......

wahida said...

tunjuk ajar ku sifu!!

Kakzakie said...

Semakin penuh ilmu seseorg itu semakin tunduk. Apa lagi bila ilmu diberikan diamalkan. Berguru kepalang ajar....

Kakzakie said...

Semakin penuh ilmu seseorg itu semakin tunduk. Apa lagi bila ilmu diberikan diamalkan. Berguru kepalang ajar....

gadisBunga said...

ben sebenarnya org yg baik. dia pun sudi jugak jawab soalan gb. :)

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

"Blog kita , cerita kita .. elakkan bercerita mengenai mereka .. Jika nak meluahkan perasaan , elakkan letak gambar mereka atau nama mereka .. Itu lebih selamat"

patik sokkong..tp kan ade kala org yg baca ni kdg kala x suke d way kite smpaikan crite...patik dh penah kne hentam dek reader kte...tp patik senang..ko klu x suke ko tekan tanda X kat atas nuuunn belah kanan...abis crite...

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..

semoga yang baik dijadikan panduan untuk kita semua...

princess laila said...

rajin bertanya tak sesat jalan ^_^
insya-Allah :)

Azmi said...

erm...bagus lah femes tak sombing dan tak kedekut ilmu

nur aisya humaira said...

ilmu perlu dishare,baru makin bertambah...kan2?:)

sissyira said...

salam

abg ben mmg baik, tak kedekut ilmu dan peramah..hahaha...

ummu said...

assalamualaikum Iman Shah
terima aksih juga atas perkongsian ilmu ini
penting juga untuk akak
maklumlah kadang kala kaka menulis sebab terasa macam nak tulis diary kat buku akak masa macam dolu2 tapi begitulah dunia tanpa sempadan ini kan Iman.hmm..nampaknya akak pun kenalah berhati-hati juga sebab majikan akak yang seblum ni,tahu ttg blog peribadi akak.sekian wassalam

DaHLia said...

blogku pernah sampai ke peringkat tuan PPD tahu.. entah macam mana boleh terlepas. Itu pun Pengetua yang tanya.. Kat sekolah xsemua tahu ada blog, tapi org atasan memang tahu lah. Sbb tu skrg mmg agak limited nak share everything yg berlaku kat sekolah dalam blog..takut ada pihak yg terasa..dan takut menjejaskan diri sendiri..last2 jadilah blog untuk informasi jer..huhuh

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget