WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, February 5, 2011

CATATAN PERJALANAN HAIKAL DARI ZAGAZIG KE CAIRO 3 FEBUARI 2011

Jika sesiapa yang belum membaca pengalaman sebenar anak murid saya Haikal di Mesir bolehlah baca ENTRI INI.  Hari ini Haikal sempat mengemaskini blognya menceritakan keadaannya di Zagazig, Mesir. kali ini berkaitan perpindahannya ke Rumah Malaysia di Cairo. Untuk berkunjung ke blog Haikal, bolehlah KLIK DI SINI.

3 Februari 2011

Alhamdulillah bas yang dijanjikan oleh Kedutaan Malaysia untuk tujuan evacuation tiba di Zagazig pada pukul 2 petang. 2 bas dan 3 van kecil tiba dahulu. Pelajar perempuan dan pelajar tahun satu diberi keutamaan. Kemudian dalam pukul 4 tiba lagi 6 buah bas untuk mengangkut terus semua rakyat malaysia di zagazig.namun terdapat 15-20 orang rakyat Malaysia yang mengambil jurusan agama di Universiti Al-Azhar tidak pulang tetapi mereka sudah menandatangani surat yang mengatakan mereka menangung sendiri risiko jika ada apa-apa berlaku.

Kami mula bertolak pada pukul 5 petang.ketika berhenti untuk pemeriksaan pertama tentera, terdapat semua motor yang di tunggang 2 pemuda arab meluru merempuh sekatan askar tetapi sempat di tendang oleh askar yang mengawal membuatkan mereka terlanggar bas yang membawa pelajar Malaysia dan motor mereka di gelek oleh bas tersebut.2 pemuda itu selamat tetapi ditangkap pihak tentera. rupanya mereka merempuh sekatan tentera kerana mereka mempunyai senjata api. di check point ketiga, pintu untuk masuk ke cairo, kami di escort oleh sebuah trak tentera.namun keadaan di cairo memang jauh berbeza dengan di zagazig.pemuda2 di jalanan semuanya bersenjata parang sepanjang lengan atau pun kayu.kami bukan sahaja dihentikan oleh pasukan tentera tetapi perusuh juga membuat check point mereka sendiri.kami perlu akur dan berhenti setiap kali ada segerombolan perusuh yang menyuruh kami ke bahu jalan.hanya satu persoalan saya, bagaimana perusuh dapat mengawal sebuah bandar walaupun tentera mesir di letakkan antara 10 terkuat di dunia.

Di cairo, tempat dituju adalah rumah malaysia.namun kami mengikut route berbeza untuk mengelak rusuhan.kami mengikut jalan melalui taman-taman perumahan.didambarkan jalan-jalan ini selamat, namun setiap taman perumahan di jaga oleh Rukun tetangga mereka sendiri.di sebuah taman perumahan kaya, bas kami di berhentikan, kemudian semua ahli rukun tetangga menyerbu bas yang membawa rakyat malaysia zagazig.ada penduduk yang membawa pistol di tangan,tetapi rata-rata mereka membawa kayu pemukul baseball. Rupanya mereka tidak membenarkan kami menggunakan laluan dalam kawasan perumahan mereka.
Kami tiba di ARMA ataupun rumah Malaysia pada pukul 11 malam.biasanya perjalanan dari Zagazig ke cairo hanya 1 jam setengah tetapi mala mini kami mengambil masa 6 jam. Kesimpulannya, keadaan di Cairo jauh berbeza dengan di Zagazig.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

4 GENTA RASA:

mR.sYaH said...

wow dari satu jam jadi 6 jam.. lama tu..

Afzainizam said...

۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞
Saya menyeru kepada semua sahabat untuk sama-sama kita berdoa bagi keselamatan dan kesejahteraan para pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir.Semoga Allah swt melindungi mereka semua dari segala malapetaka dan bahaya
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞

MataHati @ MH said...

perjalanan pendek terasa terlalu panjang.
ada juga yg tak mahu pulang, mesti pelajar tahun akhir

NzA said...

sama2 kita doakan agar mrk semua selamat hingga ke msia...Hanya pd Allah tmpt kita memohon....Insyallah....

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget