WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, February 1, 2011

CONTEST GURAUAN TERLAMPAU BY HANYS!

Kali ini mood bercuti ditambah dengan mood untuk berkontest bagai. Kali ini Imanshah nak sertai satu kontest yang dianjurkan oleh HANYS. Wanita ini dah ajak Imanshah join  contestnya dah lama, tapi dek kerana masa tak mengizinkan. Baru hari ini berkesempatan. Ok, terus ke tujuan utama iaitu contest.Nak tengok syarat penyertaan sila klik di SINI.


Sewaktu aku belajar di sebuah sekolah di pantai timur tanah air, aku tinggal di asrama selama lima tahun. Sepanjang lima tahun di asrama sudah tentu banyak kenangan manis dan pahit yang dikecapi dan sehingga kini masih segar dalam ingatan. Ada satu cerita yang aku masih ingat sampai kini. Sahabat baikku, Jali (bukan nama sebenar) telah dijangkiti bisul. Korang tahu bisul tu apa??Mengikut Wikipedia, bisul merupakan kumpulan nanah terkumpul di dalam rongga yang terbentuk oleh tisu akibat proses jangkitan (biasanya disebabkan oleh bakteria atau parasit) atau sebarang bahan asing (contohnya. luka tikaman/tembakan). Ia merupakan sistem ketahanan diri  tisu untuk menghalang penyebaran bahan berjangkit kepada bahagian badan yang lain.

Bisulnya pula naik kat tempat yang agak strategik iaitu di bahagian betisnya. Apa lagi bersusah payahlah si Jali berjalan dengan mengheret kakinya seperti orang tua pulak tengoknya. Kami suruh Jali ke klinik, tak nak dia. Kami nak cuba picitkan darah dan nanah  keluar, haram tak dibaginya. Akhirnya aku dan kawan-kawan bermesyuarat malam tu untuk keluarkan nanah pada bisul Jali.

Maka operasi kami bermula, kebetulan malam tu Jali tidur awal. Sebelum tidur Jali asyik merintih tentang bisulnya. Kami membiarkan Jali tidur selama sejam. Sekonyong-konyongnya selepas sejam, aku memainkan peranan dengan mengikat tangan dan kaki jali pada katil. Disebabkan ramai yang membantu Jali tak dapat berbuat apa-apa. Setelah mengikat kaki dan tangan Jali, kami sumbat mulutnya dengan kain pelikat. Sah-sah Jali tak dapat mnenjerit. Kesian pulak aku tengok Si Jali, semacam orang yang nak kena rogol pulak. Wahaha, lucah di situ. Jangan tiru!

Ok, aku yang berangan nak jadi doktor masa tu terus memainkan peranan. Dengan sekuat tenaga aku memicit bisul Jali. Wahaha. Seronok jua meneruskan aktiviti gila kami. Darah dan nanah memancut dengan banyak. Habis cadar Jali dibasahi nanah dan darah. Jali menjerit sekuat hati namun sudah terlambat. Dengan tangan dan kaki diikat, serta mulut bersumbat, Jali akhirnya pasrah. Dan kami menang juga. Akhirnya bisul Jali berjaya dipecahkan. 

Hurm, aku rasa tujuan aku dan rakan-rakan murni, mungkin caranya sahaja tidak murni. Apapun aku dan kawan-kawan memohon maaf kepada Jali. Hingga sekarang, apabila ada anak murid aku yang kena bisul, aku akan teringat pada Jali. 

Ok Hanis, ini lah karangan saya untuk awak ye. Sorry lambat, janji tetap janji kan. 

Syarat terakhir, saya nak tag :




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

21 GENTA RASA:

nub said...

hehhe..insyaAllah NANTI CEQ buat naa..

IMANSHAH said...

hang selalu macam tu..sian si apek tu

MDHAFiZ.NET said...

Salam Kenal... :)

IMANSHAH said...

@MDHAFiZ.NETthanks...

Lelaki Ini said...

ya ALLAH...
bisul kew tue?????
geli weh!
ahaks!

IMANSHAH said...

@Lelaki Inihaha tulah..geli an

mR.sYaH said...

hahha.. biasa gak buat.. selalunya jerawat.. heheh.. klu ada saya buat yerk cikgu..

IMANSHAH said...

@mR.sYaHok2, thanks

Raji berkata said...

alamak menakutkan betul cikgu nih o.O
selamat lah xduduk satu asrama..
hak2

IMANSHAH said...

@Raji berkatakahkah, kamu junior jauh dari saya...

adol ihsan said...

hoho... insyaAllah sy join ,,

thanks tag sy ,, haha..

IMANSHAH said...

@adol ihsangood2..

sissyira said...

salam malam rabu =)

sabo jelah baca n3 ni...dah la ngah makan nasi minyak ni..huhuhu

Mohammad Aiman said...

ya rabbi...

tak le bla betul siap letak gamba tuh..
haha

IMANSHAH said...

@sissyirawah makan nasik minyak, kenduri kawen ke syira

IMANSHAH said...

@Mohammad Aimankiutkan gamba tu

Solihin Zubir said...

ngeri btoi tgok! hahha.. walaupon kecik, tp sakit kowt.. heheh..

IMANSHAH said...

@Solihin Zubirsakit lah bisul, macam sakit gigi

h A n Y S said...

lawak ok! masa tgh nak pecahkan bisul tu, terbayang2! btl2 mcm nak kena rogol...ahahaha~
btw, TQ for joining cikgu..
;)

Kalamhati said...

errrk ngerii!ado dua mata tuh

♥GAdiSMeRaHJaMbU♥ said...

ngeeeeee
kesian kawan tuh. haha

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget