WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, February 8, 2011

DIARI HAIKAL DI MESIR : THANKS TUDM

Diari pelajar saya di MESIR diteruskan untuk hari-hari berikutnya. Seperti biasa untuk mengunjungi blog Haikal, sila KLIK DI SINI.

Inilah pengalaman yang paling berharga saya kira sepanjang 12 hari darurat di Egypt.saya dapat menaiki pesawat TUDM dari Cairo ke Jeddah. Kapal terbang yang kami naiki Charlie 6.
Saya akan cuba sampaikan pengalaman berharga ini dengan cara comparative dengan layanan yang diterima semasa menaiki pesawat commercial. Dan untuk pengetahuan umum, saya menulis entry ini semasa saya dalam pesawat TUDM!
Pintu Masuk
(Pesawat Commercial)
Akan disediakan tangga dan pintu di bahagian sisi pesawat.

(Pesawat tentera)
Kami perlu masuk melalui bontot pesawat! Seronok gila! First time masuk ikut pungkoq kapal terbang.

Sambutan
(Pesawat Commercial)
Akan ada pramugari-pramugari lawa menunggu di pintu masuk pesawat untuk menyambut kita dan berkata 'welcome to *** airlines, can i see your ticket sir? Owh ok your seat on the left hand side'.

(Pesawat TUDM)
Kami disambut oleh tuan tentera dan ayat pertama keluar dari mulut mereka 'hoi! Jangan ambek gambar..Kang aku pecahkan handphone tuh!tutup semua handphone'.
Makanan
(Pesawat Commercial)
Pramugari akan bertanya  Sir what do you want? We have fish, chicken and lamb.

(Pesawat TUDM)
Sebelum masuk ke dalam pesawat kami dibekalkan dengan sebungkus makananan yang didalamnya ada buah campuran+air mineral+sandwich 3+muffin. Time dah take off baru makan.Nak makan sandwich tuh pon terketar-ketar mcm orang kene parkinson. Bukan kami yang berpenyakit, tapi kapal terbang bergegar
Seat
(Pesawat Commercial)
Siapa yang kaya boleh membeli seat business class, tempat duduk selesa dan luas ataupun paling cikai naik economy class.

(Pesawat TUDM)
Kami di minta masuk ke dalam pesawat melalui pintu belakang dan beratur dalam 6 barisan. Saya ingatkan kami akan duduk di kerusi jaring yang terdapat di sisi kiri dan kanan pesawat seperti dalam movie Hollywood tapi agak hairan, kalau kerusi jaring ini digunakan, takkan muat 200 orang dalam ruang yang sebesar 15 kaki lebar dan 40 meter panjang.tak masuk akal pulak kalau kami berdiri sepanjang perjalanan ke Jeddah yang mengambil masa 2 jam. Akhirnya kami diminta duduk bersila di atas lantai! Mungkin ada yang masih tak percaya.kami memang duduk di atas lantai seperti ada kenduri. Selamat tak ada talam dan lauk di tengah.kalau tak memang jadi kenduri doa selamat. Kami duduk di atas lantai bersila tanpa sebarang tali pinggang keledar.smart?
take off
(Pesawat Commercial)
Kapten pesawat akan memperkenalkan diri dan memberi maklumat penting tentang perjalanan.serta panduan keselamatan akan ditunjukkan oleh pramugari-pramugari

(Pesawat TUDM)
Selepas di suruh duduk, kedengaran enjin mula dihidupkan.pintu belakang masih belum di tutup.tanpa sebarang notis..BRUM! BRUM! Pesawat mula bergerak. Tergelak saya, yela melihat pesawat ini tidak ubah seperti kereta yang bergerak sebelim menutup bonet belakang.bila pintu belakang di tutup, tiba-tiba lampu ditutup, keadaan menjadi gelap gelita dan saya sangat memuji pilot yang membuat take off, walaupun kami duduk di atas lantai tanpa sebarang tali pinggang keselematan, tidak terasa sedikitpun yang kapal terbang ini sedang take off. Bravo! Respect gila!
Movie
(Pesawat commercial)
Akan disediakan setiap seat satu tv kecil. Anda boleh menonton movie, bermain game ataupun mendengar radio.

(Pesawat TUDM)
Hanya kedengaran bunyi enjin pesawat. Hahahaha.Hangpa nk buat apa, ikut suka.Ada yang main game dalam ipod, ada yang mendengar walkman dan ada juga yang menulis entry blog. Saya rasa kalau dalam ini tidak sesak dengan 200 orang, boleh kami bermain futsal. Semasa dalam perjalanan, ada penumpang yang berdiri mungkin kerana tidak tahan duduk, lenguh kaki ataupun sudah mula rasa mabuk udara. Ada yang tidur sambil memegang dinding pesawat. Macam-macam ragam. Ada yang dari take off tadi tidak keluarkan kepala dari jaket. Sembunyi kepala dalam jaket dari awal sampai habis.
Landing time
(Pesawat commecial)
Ketua pramugari akan membuat pengumuman kepada semua penumpang perlu memakai tali pinggang. Dan memberi tahu wantu tempatan destinasi yang dituju.

(Pesawat TUDM)
Tiba-tiba kapal terbang menurun secara perlahan, semua penumpang yang berdiri duduk bersila semula, semasa mahu landing, kami semua tertunduk kehadapan. Kemudian..bump! Terhentak sekali.Dan bergegar kerana kami sudah selamat landing. Sakit la jugak punggung terhentak, tapi kalau ibu mengandung sudah 8 bulan, boleh ter beranak dalam tuh.Dapat anak nama Charlie. Haha.

Selepas semua selesai, kami diberikan satu set makanan tentera. Macam-macam ada.Alhamdulillah.Thanks TUDM



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

33 GENTA RASA:

Sham said...

alhamdullilah selamat...wei shah tukar profile pic ek...?macho seh...

Ayuni said...

erm, slamat smpai kt malaysia pun dh ok...

IMANSHAH said...

@Sham

macho ke machap??adei..haha

iqbalsyarie said...

Woooooooooo

best! best! hehe.. tak, pengalaman itu MACAM best. baguslah dia dan kawan2 yang lain okey.. kan cikgu

IMANSHAH said...

@Ayuni

tak ke jeddah je dulu

IMANSHAH said...

@iqbalsyarieAlhamdulillah, hari tu dapat chat ngan Sayut

aReTikZ said...

Syukur.. tapi sadis tul en3nya.. haha.. penuh makna.. hehe..

Azmi said...

fuh memang pengalaman the best lah...kalau aku sampai mati tak lupa...

: husna : said...

hmm pgalaman berharga tuh..bukan senang nak naik pesawat duduk bersila

iKhRam said...

adakala.. merasakan kesusahan itu adalah pengalaman yang berharga dan tak mampu untk dilupakan

mR.sYaH said...

hahah.. mcm ada makna yg tersirat jer.. keh3.. apa2pun semoga mereka semua sampai ke malaysia dgn selamat..

Raji berkata said...

alhamdulillah :)
semoga semua pelajar Malaysia dpt juga sampai ke Malaysia dgn selamat
amin..

princess laila said...

sdey lak baca. sian deme..
takpelah. ok lah da slamat smpai..
alhamdulillah~

thanx TUDM~

mie said...

pengalaman menarik tu..
bukan semua orang dapat naik flight tentera

nur aisya humaira said...

Alhamdulillah,selamat sampai ank murid cikgu...tpi agak klaka ble bace cerita diatas...blh tk nk gelak???(padahal da abis gelak pn..)

A.D.A.M. said...

Huish. Nasib la ea. Apa nk buat. :)

IMANSHAH said...

@A.D.A.M.
ahaha, berlaku sekelip mata je

IMANSHAH said...

@nur aisya humaira

huh, gelak le aisya..haha

IMANSHAH said...

@mie

setuju, xsemua orang dapat pengalaman yang sama dalam hidup

IMANSHAH said...

@princess lailaAlhamdulillah dengan izin Allah

IMANSHAH said...

@Raji berkata
InsyaAllah seronok tengok deme sampai ke KLIA

IMANSHAH said...

@mR.sYaH
bacalah dengan hati

IMANSHAH said...

@iKhRam
pengalaman tiada jua dapat dibeli dengan wang ringgit

IMANSHAH said...

@: husna :
ahah, mematangkan mereka nanti

IMANSHAH said...

@Azmi

Sepanjang jalan kenangan, akan dibawa ke masa hadapan, masnis untuk dikenang tu mie.

IMANSHAH said...

@aReTikZ

betul tu, alhamdulillah, mereka temui satu kenagan yang tiada di malaysia

Afida Anuar said...

Kalau saya diberi pilihan...saya nak naik pesawat TUDM tu....yg tu dah rasa... TUDM tak rasa lagi..kehekheke

Abd Razak said...

Alhamdulillah semuanya selamat. Pengalaman yang tak mungkin kita dapat lalui seperti mereka. Pernah juga saya naik pesawat TUDM tu tapi takderlah duduk atas lantai..

AtiqahNajwa said...

Wah.. pengalaman yg amat berharga..
Mengingatkan kita betapa kentalnya jiwa-jiwa Tentera kita. Keselesaan ditolak ketepi demi menyelesaikan misi penting negara. BRAVO!

NzA said...

adik akak pn ada msg n crita ttg penerbangan tu..dia mengambil masa lbh 3 jam...mmg mcm sardin la....bunyi engin tu mcm naik bot lama ktnya...bingit..

anti bohmau said...

alhamdulillah...apapun selamat sampai ke bumi tumpah darah tercinta. jadikan ini satu iktibar. hujan emas di negara orang, tapi lebih baik negara sendiri...

kalau tempat simpan barang depan mcm kereta volkswagen memang kita panggil 'bonnet' (bonet) tapi kalau belakang kereta kita panggil 'boot' (but). jgn silap lagi! sebab tu ada car-boot-sales bukannya car-bonnet-sales!!!

Qamarul said...

hoi! Jangan ambek gambar..Kang aku pecahkan handphone tuh!tutup semua handphone'.

hahaha....!!

sissyira said...

salam..

dah selamat kira ok dah tu.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget