WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, February 7, 2011

HANYA MONYET YANG BOLEH BUANG SAMPAH SEMBARANGAN

Tadi sewaktu berjalan-jalan mencari teman di Memory Lane a.k.a lockin, kelihatan ramai sungguh manusia. Ada macam-macam jenis manusia bersama macam-macam ragam. Ada Bangla, ada Mat Indon, ada Nepal, Melayu tok sah cakap, India pun ramai. Masing-masing datang dengan tujuan masing-masing. Yang nak mecari barangan antik , yang ingin beli ubat resdung, malahan yang sengaja datang untuk bergesel-gesel dengan ribuan pengunjung pun ada. 

Imanshah datang agak lewat, sewaktu matahari  mulai meninggi. Dan ada dalam kalangan penjaja mula mengemaskan barang jualan masing-masing. Sempatlah melihat gelagat manusia. Itulah hobi Imanshah. Berjalan-jalan tanpa haluan sambil melihat gelagat manusia yang bermacam ragam. Best kan dapat kawan macam ni. Namun yang kurang menariknya apabila melihat sampah bergelimpangan di atas jalan raya. Mudah nya masyarakat kita meletakkan kebersahan sebagai perkara yang tidak begitu penting dalam hidup. Selalu sangat sampah sarap dibuang merata-rata sehingga acapkali mendapat teguran dari para pemimpin negara. Yang lebih sedih, mengaku sebagai umat Islam, namun tidak mengamalkan ajaran islam. Bukankah kebersihan itu sebahagian dari Iman?

Rasa-rasanya kalau Imanshah letak sign board macam ni ok tak bagi mengingatkan rakyat Malaysia supaya jangan sewenang-wenangnya membuang sampah di merata-rata. Kalau dalam rumah dia, mak ai, setahun lima ratus hari tak habis memarahi anak-anak yang suka membuang sampah. Tapi kalau diri sendiri, di tempat awam dan bukan di rumah sendiri, lantaklah. Bukan aku yang kena sapu..Tak gitu Cik Melah??


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

20 GENTA RASA:

Afida Anuar said...

Eh cuba letak..sah lepas ni takde orang nak buang sampah merata-rata dah!..haha

Muhamad Zaki Zafir said...

haha, klaka papan tanda tu.. :D

tp org kita bkn ambk port sgt papan tanda lrgn buang smph ni.'dilarang buang sampah di sini', tp diorg pergi buang kat sebelah sana pulak.bagus sungguh.

hysman said...

adeiii....

tp bro,klu dikate dilarang itulah org kita makin nak buat...

Mohammad Aiman said...

sila letak kat skolah :)
haha... nak tgk gak budak2 terkejut beruk bila tgk beruk je leh buang

syahbandar87 said...

heh heh heh..bgs jgk notis cani..pengajaran sket

Hasrol Nizam said...

masih ada yg suka buang sampah keluar kereta masa memandu.. ramai

IMANSHAH said...

@Hasrol Nizam

memang tak dapat dinafikan..

IMANSHAH said...

@syahbandar87

hurm, nak ke depa berubah??itu persoalannya

IMANSHAH said...

@Mohammad Aiman

tak mau lah,kang kalau depa tiba2 jadik beruk, mesti ada cikgu beruk..wahaha

IMANSHAH said...

@hysmanaku sangat bersetuju denganmu

IMANSHAH said...

@Afida Anuarmakin ramai kot..hehe

IMANSHAH said...

@Muhamad Zaki Zafirlagi ada lagi seronok..hehe

lagi dilarang merempit, lagi kuat merempit..hehe

nur aisya humaira said...

Bile da jadi tabiat, sape tegur pun buat tak thu je....Kan bagus ku jdi macam org jepun, waima kulit gula2 pn dieorang akn letak dalam poket...ble nmpak tong sampah,baru buang...

NzA said...

ha, kan dh kena tu....agak2 masih ada lg org xpaham kot.

Raji berkata said...

letak lah cikgu
bagi dorg terasa sikit
hohoho
geram jer =.="
complain Malaysia kotor tapi diri sndri xnk berubah

rainee said...

pasar Ramadhan Tambun pun same, mase sy duduk Tambun dlu.. pegi dekat Maghrib, Masha-Allah. Alasan mereka ialah 'ada cleaner'. Patut buat cam Jepun, semua orang dipertanggungjawabkan..

nabilah_2908 said...

letak la mcm mana bentuk signboard pun..

pembuangan sampah ttp berlaku..

sy pernh nampak..1 signboard..larangan membuang sampah..jika berlaku juga akan didenda..

apa yg menyedihkan..signboard itu diperlekehkan..kat situ juga la sampah2 di longgokkan..

myb..perlu dikenakan denda yg lebih berat..mcm denda mengutip sampah bersama2 pekerja majlis perbandaran..ha..dari situ baru serik.. :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
BIRTHDAY DD

makdara TERdiva said...

bagus idea tu..cuba letak..tengok ade feedback tak? :D

Wan Gerrard said...

kalau kita sorang je yg jaga kebersihan tak guna gak..kena tanamkan sikap bertanggungjawab dalam diri semua orang..denda terbaik gak, kalau tak tegur menegur sudah cukup..

sissyira said...

salam

kan bagus kalau semua tempat taruk benda alah ni..huhu

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget