WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, February 2, 2011

HOMESTAY

Baru pulang dari pejabat setelah perbincangan bersama pengetua berkaitan homestay  yang akan diwujudkan oleh Sekolah Bintang. Satu lagi tugasan yang diberikan. Kerja-kerja  pengubahsuaian bekas kuarters guru sedang giat dijalankan. Untuk permulaan hanya satu unit sahaja homestay akan dibangunkan dan bergantung kepada sambutan kelak. Waduh-waduh , sudah tukar kerjaya nampaknya. Pengurus homestay la pulak. Apapun, doakanlah semoga projek ini berjaya.

Kepada rakan-rakan yang pernah menginap, atau mempunyai pengalaman menguruskan homestay, boleh ke kalau berkongsi sedikit pengalaman bersama saya? Agak-agak apa nama sesuai yang akan saya berikan? Terima kasih atas pandangan yang telah diberikan. 



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

38 GENTA RASA:

nas said...

wahhh.. homestay...
bagus gak cadangan tu..
aku xtahu sgt..
cuma penah dok homstay...
:P

latest from me:
gambar hukuman maut zaman dulu dan

kini (gambar kartun,jgn takut ea :P)

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..

paling penting dan org selalu terlepas pandang adalah kemudahan tandas..

pastikan ia diupgrade kan atau sekurang-kurang fasiliti yg asas ada..

yang lain2 takde takpe coz konsep home stay memang cenggitu tp tandas perlu diperbaiki..heater pastikan ada

ckLah@xiiinam said...

Kalau menginap di situ....boleh melawat ke asrama putera, dan makan sekali menu asrama. Okey tak cadangan tu? Errrr...megarut. Abaikan ajalah

:D

Semoga maju jaya jadi pengurus ya!

mR.sYaH said...

homestay?? sem ni bakal menginap di homestay melaka..

namakan homestay menuju bintang? ok?

IMANSHAH said...

@nas
tulah, teman pun belum pernah buat homestay, menginap ada lah sekali kat Cameron

nabilah_2908 said...

xde pengalaman pula...

besar tk kuarters guru tu.. ?

ha..apa kata namakan..

Bintang Homestay... ;)

jom ke APA KATA HATI pulak,
MENTARI MUNCUL LAGI

iKhRam said...

bila sekolah nak jadi homestay.. wah lpas ni bolehlah singgah ke sek star.. hehehe

eszol raar said...

homestay?

biar betik

homestay tu celah building dobi dulu tu ke?

homestay nama samaran utk rumah tumpangan ek?

Rozali said...

Assalamualaikum Iman

pernah duduk ajer
tapi selalu homestay kat rumah..untuk anak2 he he

Wassalam

Pn Kartini said...

Salam..
tahniah ya ditugaskan jadi pengurus homestay..pasti satu pilihan yg tepat
:)
Good luck..MOga berjaya!

Amy Syaquena said...

wah dekat dengan rumah ku..

p/s: sorry dah lame x singgah sangat busy hanya singgah blog mana yang komen je x sempat dah nak BW ikut bloglist, masa terlalu mencemburui ku huhu...

Izzah Al-Maliziyyah said...

Assalamu'alaikum wbt cikgu...

Tahniah pada STAR. Semoga berjaya melaksankannya.

Oh ya, sebelah rumah sewa saya ada seunit homestay. 4 bilik tidur & 3 bilik air = RM150/ per malam.

Pendapat saya, kemudahan homestay tak perlu crowded dan mewah set. Cukuplah selesa, bersih dan mesra pengguna. Ruang tamu, bilik tidur dan dapur seeloknya ringkas tetapi menarik. Selalunya menjadi pilihan keluarga.

Aha, setentang rumah sewa saya ada lagi dua unit homestay berkembar. Sangat luas. 8 bilik & 6 bilik air = RM200/per malam. Sesuai dilengkapi mesin basuh. Selalunya, homestay macam ni menjadi pilihan school team atau mana-mana agensi kerajaan.

Malah, kena pastikan juga ada cleaner dan technician khas yang boleh beroperasi 24 jam.

Wallahu'alam~

Tambahan:
1. Asal cuti umum dan cuti sekolah mesti berjujuk penginap yang check in check out. Meriah. Saya pula sibuk mengira kereta yang berjujuk.

2. Permintaan homestay kawasan rumah saya lebih menguntungkan. Hendak mencari rumah sewa pun sukar. Apatah lagi hendak beli rumah.

Izzah Al-Maliziyyah said...

Lupa nak cadangkan nama. Kalau sudi dipertimbangkan, MySTAR HOMESTAY~

IMANSHAH said...

@sahromnasrudinbetul sangat setuju tentang ini..tandas mesti up to date

IMANSHAH said...

@ckLah@xiiinamisy tak boleh tak boleh..mana leh tengok budak jantan berlenggeng

IMANSHAH said...

@mR.sYaHwah menuju bintang gitu..haha ok akan dipertimbangkan

IMANSHAH said...

@nabilah_2908bintang homestay??ok jugak

ok besar..2 tingkat , 3 bilik tandas dua

IMANSHAH said...

@iKhRamsila2..sangat dialu-alukan

IMANSHAH said...

@eszol raarrumah banglow cg zulkarnain dulu.,.dah takde org duduk situ..bukan kuarters pekerja..gile hapa..sempit kat situ

IMANSHAH said...

@Pn Kartinitq puan kartini..terima kasih atas sokongan

IMANSHAH said...

@Amy Syaquenatakpe..saya pun jarang ke Sinar Raudah gitu

IMANSHAH said...

@Izzah Al-Maliziyyahsetiap pandanganmu akan diambil perhatian..tentang namatu, sangat teruja

IMANSHAH said...

@Rozalitakpe, saya pun jarang duk homestay..homesick adalah

ahmad humairi said...

ASSALAMUALAIKUM,

bertambah lagilah dwet sekolah...tahniah dan selamat maju jaya.

IMANSHAH said...

@ahmad humairiduit akan masuk ke akaun koperasi, guna untuk kemudahan dan kebajikan pelajar

Dosh Saleem said...

skola bintang? star epoh.hehe satu2nya skola berbintang.

IMANSHAH said...

@Dosh Saleemeh..haha syyyyy..jangan kecoh en dosh

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Tahniah! Moga usahanya berjaya nanti..

NzA said...

bagus sgt la tu cz kalu cuti2 sk mmg byk la rombongan bw plajar g lawatan..senang kalu ada homestay mcm kt cameron highland tuuuu....

yg pnting skali tang tmpt tidur n tandas tu la. asalkan selesa oklh.

- abdul hadi abdul muti - said...

setahu saya, homestay tu mesti ada aktiviti untuk orang yang menginap kat situ. Kalau nak buat homestay kat star, tak macam serabut ke sekolah? Kenape tak upgrade hotel je?

NICK IRFAN said...

eh! ko nk pegi mne plak ni??

E.d.Y said...

xde pengalaman homestay la

cikgu isza said...

tulah tugas guru.. mana ada belajar tentang komestay ni dulu.. :)

Miecyber said...
This comment has been removed by the author.
Miecyber said...

Homestay adalah salah satu produk pelancongan yang semakin di gemari...


Rakyat Malaysia baca 2 buku setahun

siti murni said...

Homestay mesti kena ada konsep kedesaan 100%..so nama pun kena ala-ala tradisional sikit lah...
Anyway...saya suka lah tugas baru cikgu...sukaaaa sangat...:p

sissyira said...

salam pagi khamis =)

tak dapat nak nolong =)

adrenalina said...

slm ujung minggu~
walaupun adrenalina bknnya seorang pengurus homestay tp sbg org yg selalu suka traveling...apa yg kami cari bila nak pilih homestay adalah

1. harga yg berpatutan
2. layanan yg mesra oleh pengurus
3. yg penting...BERSIH..especially toilet n tempat tidur.

n last skali..promosi kene ada.kalau letak kat laman web gambar yg diupload mestilah sama dgn keadaan sebenar..hehehe

smga projek berjaya!! kat skolah pun ada jugak projek kononnya nak jadikan kuarters guru tuh homestay...tapi smpai skarang xjadi ... baru diperingkat cadangan oleh pengetua jer.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget