WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, February 22, 2011

HUJAN DAH TURUN..ANGKAT JEMURAN

Pagi tadi, masa terluang sedikit sebab hari ni tak kesekolah memandangkan Kejohanan Hoki MSSD sedang berlangsung, Imanshah membasuh baju. Banyak lah juga sebab biasalah stok seminggu sekali baru basuh. Usai membasuh, bergegas pula ke ampaian untuk menjemur. Tiba-tiba teringat kata-kata arwah nenek.
Kau, kalau nak tengok seseorang tu jenis teliti ke tidak, kau tengok lah cara dia menjemur pakaian. 
Nenek tidak meneruskan kata-katanya, mati di situ sahaja. Saya tak ambil pusing pun apa yang diperkatakan. Tapi bila dah berdikari, dah belajar dan bekerja, barulah terfikir semula kata-kata nenek. Saya melihat jemuran saya begitu cantik. Satu baris dijemur baju, seluar pula di barisan lain. Untuk seluar dalam, singlet, stokin pula saya susun di bahagaian lain. Nampak sungguh cantik, dan teratur. Dan saya seringkali menikmati keindahan itu. Benar, hanya dengan melihat kain dan baju tersusun cantik dan kemas di ampaian boleh membuatkan saya bahagia.

Pelikkan. Lalu saya terkenang semula nenek. Inilah yang dimaksudkan. Orang yang teliti. Hurm, selalu juga saya menegur anak buah yang suka mencampuradukkan antara pakaian bila menjemur. Tapi biasalah, jawapannya dah boleh agak. Klise sahaja.
Alah ayah Shah, susun ke tak , kering juga kan semuanya?? betul tak??
Saya tak ada jawapan untuk menafikan kata-katanya. Memang kita menjemur pakaian di ampaian adalah dengan tujuan untuk mengeringkannya. Anak-anak azaman sekarang.

Teringat pula dialog dalam cerita Pendekar Bujang Lapok.
Ani, angkat jemuran, hujan dah turunnn..

Masih kah terkenang akan wajah ini??

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

42 GENTA RASA:

n!cK said...

nt blik nie nk praktis smule la..hik3..:p

apezs shah said...

alah shah sakannya...
jgn tunjuk muka itu.. rindu dan sedih lak ase.. lama apezs xnampak shah..

nurkass said...

ye ke tersusun..leh caye ke cikgu shah ni..haha

pernah dgr jugak pasal perkara tu..ada betulnye..yg lelaki kalau nak cari calon,tu salah satu tips..hehe

IMANSHAH said...

@n!cK

bagus2..orang pempuan kena susn cantik2

IMANSHAH said...

@apezs shah

ada je, tapi tak sempat nak on9..hurm tulah ingat kat dia ni

IMANSHAH said...

@nurkass
haha, cayalah..meh tengok saya susun..

wahida said...

susah nak carik lelaki yg teliti camni..kalau hubby saya lak, tang sidai baju, mmg saya x suka...tapi kalau gosok baju...perfect!!

IMANSHAH said...

@wahida

saya lak tak suka gosok baju wahida

Citarasa Rinduan said...

cikgu..
smpai skrg saya jenis yang teliti..
kalau menyidai, selain balik2 pakaian saya perhatikan pakaian..kalau dah angkat jemuran tak perlu gosok..sbb ayu tarik tegang2 pada hujung pakaian..

kalau sidai...sluar dgn sluar...tak cmpur dgn pakaian lain..

dah terbiasa...klu nampak sesiap sidai tak betull...dgn rela hati..ayu angkat dan sidai semula..heheh

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..
petang nei nak angkat kain sat heheheee

Kamsiah said...

salam
betul kata2 org dulu2 tu
mcm akka skrg...walaupun ketika berpantang,sidai kain sendiri sbb tak puas hati
kalau anak2/suami sidaikan...mana yg patut guna hanger..mana yg patut diterbalikkan...semua tu dia org tak peduli..main sidai ja..
kain batik/pelikat..kena sama parasnya...

Lelaki Ini said...

hahah!
sgt2 setuju!
tapi sy main sidai jewk!
hahaha

nabilah_2908 said...

sy baru tahu hal ni...hmm...mcm tu yer...

pernh dgr juga...kalau nak tau org tu pembersih atau tidak...tgk bilik air rumahnya... ;)

jom ke APA KATA HATI pulak,
AUTOMATIK PING BLOG

Kakzakie said...

Teringat salah satu agenda bila ada bibik baru mesti ajar macam mana nak sidai baju agar kelihatan cantik. Sekarang ajar anak pula.....

gadisBunga said...

kamu mmg teliti...

saya teliti bab membasuh. kain lembut dgn kain lembut. yg kasar dgn yg kasar. gelap sama gelap.

bab menjemur biasanya pakai hanger je. hihihi~

NzA said...

org dulu2 kalu nk cr calon isteri p mengintai anak dara sidai kain...kalu anak bujang xtau la nk tgk apa???

khaifaiz said...

Amboi telitinya.. Kene practice dr skng cm ni

noorlara said...

Betul sgt kate nenek awak tu, bukan itu saja, cara bercakap, berjalan, makan bak kate org apa saje perbuatan hatta perkataan yg terambur dari mulut itupun mewakili perangai seseorang.
nak tahu seseorang tu pembersih antaranya lihat jari-jari kaki dan tangan...tu jugak pesan tok nenek kite dulu

mR.sYaH said...

cam mana capai dulu yang tulah saya jemur cikgu.. haha.. nmpk sgt tak teliti.. hehe..

kakcik said...

Kakcik juga suka menyidai pakaian dalam keadaan tersusun cantik - berbeza dengan suami yang katanya 'janji kering'.. :)

nur aisya humaira said...

Assalam Cikgu Iman..
aah,betul laa cikgu...Mak sye selalu je cakp camtu, org tua klu nk wak menantu kadg2 mende macam tu dieorg tgk...hehe..:)

Amy Syaquena said...

macam mane nak angkat jemuran sidai kain pun tak sini hujan hahaha..

::FAIZ FARISH:: said...

haha, ye ke ko jemur tersusun... hehe.. ni nak cari calon bini la ni kan?

white rose said...

teringat masa sy jadi juru acara sukan tahunan 2008, sy terbuat dialog ni sebab masa tu hujan secara tiba2...

hahaha...

tak bole lupe semua ayat2 dlm drama arwah p.ramlee...

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Memang cantik tengok jemuran yang tersusun indah, baju bersama baju dan seluar mengikut jenisnya tapi jarang dapat tengok pakaian di jemuran kerana semuanya orang gaji Jepun buat. Nasib baik takder mesin yang boleh lipat...hehe

My Little Diary said...

hehehe
saya jugak teliti menjemur kain...

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

1 lg kan cra nk susun bju dlm almari...amboi ade org tu muke smart tp almari cm bole ternak tikus...hambek kau!!

Ujang9897 said...

hehe..=)

Adinda Amy Sensei said...

sombongnyee org tuuu~~~~~

eszol raar said...

masuk di akal kata-kata nenek tu

terbukti sudah

Dinas Aldi said...

bagussss! boleh buat adik ipaq ni. sayang pulak takda adik pempuan, hehehe

ibuintan said...

ada ke lagi agaknya anak bujang yang pilih calon isteri berdasarkan ini..

sekarang sidai janji kering je

Izzah Al-Maliziyyah said...

Assalamu'alaikum wbt cikgu...

Itulah, ketelitian orang ada bermacam-macam jenis. Sesetengah orang, lebih teliti bahagian A, kurang teliti pula bahagian B. Sebaliknya begitu juga.

Dan sebaik-baik Al-Mutqin (yang teliti) untuk kita teladani adalah Rasulullah SAW. Baginda mengutamakan cara/ adab berpakaian~

Tambahan:
Bab jemuran. Saya suka pastikan kebersihan ampaian (tiada sisa najis burung) dan jenis jemuran di luar rumah (maklumlah anak dara).

Cik SHiNJU said...

As salam...

Kalau pakai pengering xde can la nak sidai kain ikut petua nenek awk tu..huhuh..

ape citer skuad hoki STAR?

Muhamad Zaki Zafir said...

sidai elok2, terbalikkan baju.tp mcm mana nk tgk si dia sidai baju? hehehe. :D

Qamarul said...

aku sidai pakai hanger.. camne nie???

hysman said...

baru nak ckp qamarul dah kabo..
pakai hanger jer senang...

Afida Anuar said...

Woww...serius semua tersidai elok?? betul tak tipu?? hehe.

biasanya yang selalu saya dengar, budak2 laki ni sidai baju cincai2 je. Janji sidai...errr..

ohh lupa, shah bukan budak lagi..ekekekke

Mohammad Aiman said...

so nak cakap cikgu ni cermat lah? haha

sissyira said...

salam


suka sangat dgn answer budak zaman sekarang tu...heheh

h A n Y S said...

wah! teliti sggh cikgu! sampaikan diasingkan seluar dan baju, kalau sy, bantai je, heeeeheeeeheeee..tp yg 'kecik' tu disidai asing lah.. heh heh~

Raji berkata said...

nmpk sgt aku jenis yg xteliti
kain apa2 sume jemur main hantam jer =.="

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget