WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, February 14, 2011

JERSEY

Entri pendek sahaja. Malam tadi tiba-tiba teringat, jersey untuk digunakan dalam perlawanan petang nanti belum dibasuh. Kelam kabut dibuatnya membasuh jersey-jesey ini. Almaklumkan bau yang harum semerbak memenuhi ruang tamu rumah. Mak aii, tiga hari dalam plastik tak buka-buka. Boleh pengsan dibuatnya. Terpaksalah mendobi malam-malam buta. Mujur ada pembantu setia, mesin basuh. kipas berputar 24 jam bagi membolehkan jersey-jersey ini kering pada hari ini juga.

Petang ini sekali lagi kami turun padang untuk perlawanan ke-7 liga. Doakan kejayaan anak-anak muda Imanshah. Salam.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

22 GENTA RASA:

sahromnasrudin said...

semoga pasukan cikgu terus cemerlang ya

gadisBunga said...

bagusnye awak tolong basuhkan sume jersi tu.

ke mmg tanggungjawab cikgu ek?

Ujang9897 said...

pakai baju pagoda jer la..hehe

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

gud luck yeee ank murid imanshah...

::FAIZ FARISH:: said...

wah rajinnya tolong basuh... baju akupun dah 2 hari kat besen tu.. hehehe boleh tolong? haha

Rozali said...

Assalamualaikum Iman

maju terus maju

Wassalam

Notacomei_Warna Kehidupan said...

SELAMAT BERJAYA +_+

nurkass said...

semoga berjaya..

kalau dah terperap dlm plastik tu..huhhh..semerbak baunye..

nub said...

pe barang ckgu basuhkan.. dulu2 suma kami suh junior jaa. hahaha.

btw, bagus2, kaler jersi stil putih merah.. dulu skali kami pnah tukaq tradisi p bantai buat hitam putih..

kena marah ngan ckgu zul. gahahah

khaifaiz said...

wah.. untung budak2 skang ni.. zaman aku lu pkai ves yg ada no tu je.. xde jersey2

adrenalina said...

budak2 skarang mmg manja hohoho...teringat sbb masa hantar budak sukan dulu aku jugak lor yg basuh jersi mereka...sbb takot xsempat kering kalau diorg basuh...sbb jersi ada 1 helai jer...tapi hari perlawanan 2 hari..so lepas pakai hari ni..terus malam tu basuh spy esok pagi budak2 tuh dpt pakai jersi bersih. yg best nyer semua puji wangi sbb aku taruk softlan byk2 hahaha...nasib baik dpt no. jugak kahkah

IMANSHAH said...

@nub

haha mana bleh warna lain..last year warna biru, bantai je..peduli apa..huhu

IMANSHAH said...

@khaifaiz

zaman dah berubah bro.huhu

soffea said...

bagusnye cikgu tolong basuhkan jersey ...

IMANSHAH said...

@nurkass

berseri meri juka menahan bau..tambah2 hujan..depa kasuk masuk beg plastik semuanya..terperap 2 hari..adei

~Insan Biasa~ said...

caiyok..caiyok....Good Luck!!

Cik SHiNJU said...

Assalamualaikum...

Gud luck yer..

IMANSHAH said...

@soffea

haha bagus2..nanti soffea pun tolong basuhkan juugak

Abd Razak said...

Bagusnya teman cikgu tu, malam-malam pun sanggup tolong..

adol ihsan said...

assalamualaikum, cikgu ..

moge terus cemerlang,,
jersi 12 mmg terbaik, hahaha..

alang ridhwan said...

team hoki gune name 'Anaconda' lg ke ckg??

sissyira said...

salam

rajinnya cikgu basuh semua baju ni, awat tak p mendobi terus.hihi

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget