WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, February 3, 2011

JURULETIH BELUM LETIH

Pertamanya selamat bercuti untuk semua. Imanshah masih di Ipoh. Malam tadi ronda-ronda sekitar Ipoh, hampir semua kedai yang dimiliki pemilik berbangsa Tionghua tutup kerana masyaraka Tiong Hua makan besar malam tadi. Justeru, saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Happy Chinese New Year buat kawan kawan sekolah saya, Ah King, Ah Chan, Ah Cho, Ah Tan, Ah Mok, Ah Yew Kee dan Ah Ong.

Cuti kali ni juga seperti biasa Imanshah buat program bersama budak-budak bahas sekolah Imanshah. yalah kadang-kadang masa terlalu mencemburui kita. Cuti-cuti sekolah macam nilah, tumpuan seratus peratus dapat diberikan. Maklumlah jarang dapat bersama team kerana Imanshah juga sibuk dengan team hoki sekolah. Tapi mereka cepat belajar. Seronok melihat kepetahan bercakap disulamkan dengan kemahiran berfikir yang kritis, analitik dan matang. Burn lah cuti kali ni. Tapi oklah, JURULETIH belum lagi LETIH.

Oklah, satu je yang Imanshah suka budak-budak bahas ni, diaorang indipendent, walau tanpa kehadiran guru, mereka keep up training. jika ada masa terluang, pasti hidup mereka dengan bahas. . Kem ini Imanshah dan Puan Noridah kendalikan selama empat hari tiga malam. Kami menjemput bekas-bekas pembahas Sekolah Bintang yang telah meninggalkan sekolah. Yalah masa nilah mereka nak contribute semula kepada sekolah. Segala pengalaman sebagai pembahas dikongsi pula dengan adik-adik mereka di sekolah. 

Untuk tahun ini, kami memfokuskan kepada tiga kejohanan utama yang akan disertai iaitu Pertandingan Debat Sekolah-sekolah Malaysia anjuran UIAM, Bahas Piala Perdana Menteri (HKSBP di TKC) dan Pertandingan Bahas Piala Timbalan  Naib Canselor UKM. Doakanlah kejayaan kami semua. Dan tahun ini Imanshah mensasarkan untuk menjadi johan kepada ketiga-tiga kejohanan. Pejam celik-pejam celik, sudah 7 tahun Imanshah dan Puan Noridah sebagai JURULETIH merangkap guru pembimbing Bahas Bahasa Melayu Sekolah Bintang.

"Bahas bukan hanya sekadar petah berbicara, di sinilah kita membina daya fikir yang kritis dan analitik"


Terima kasih buat Bebet, Azri dan Faizs yang turun dari Kl dan Penang sama-sama membantu juruletih-juruletih yang dah tak berapa kritis dah ni. Faktor usia agaknya.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

37 GENTA RASA:

ibuintan said...

salam Iman,

memang cikgu yang berdedikasi... tahniah

masa belum letih nilah curahkan tenaga dan minda kepada mereka, akan tiba masa juga keletihan dan komitmen lain datang, maka makin kurang lagi idea dan tenaga yang dapat dicurahkan

sudah 7 tahun sepatutnya sudah ada tenaga pelapis yang lain supaya kecemerlangan sek bintang berterusan sekiranya berpindah nanti

IMANSHAH said...

ibuintan

Tulah, tapi yang ada semua tua2 macam mana?haha maksudnya yang ada asas bahas tu muda2 takde

ckLah@xiiinam said...

Moga pelatih cikgu Imanshah menang!!!!

Tahun ni, cklah pun pengurus Bahas Ala Parlimen sekolah...tapi biasanya, awal-awal dah lingkup. Kelemahan budak Convent dalam bahas BM. Kalau BI boleh sampai pkt k'saan...

Masa sekolah Taayah dulu....ckLahkalah bahas dengan STAR selepas tewaskan st Michael. Hahahaha.Masa tu SBP dan sekolah harian boleh bertanding sekali dalam bahas.




***Kat rumah bapak ckLah ada Piala (plak) Bahas Piala Perdana Menteri Peringkat kebangsaan. Abang Long ckLah punya masa dia di SM Sains Keluang 1979 duluuu kala.

Cik Mus said...

Wah, rajinnya mereka training. Semoga kejayaan milik mereka :)

Areef Ibn Naim said...

salam,

teruskan perjuangmu wahai cikgu iman...

tunjukkan pd org diluar sana, jgn igt cikgu ni bestny pd cuti je...

smg harapan cikgu iman tu akan dimakbulkan allah, amiin...

all the best to all of u...

nub said...

ceq debate paling tak reti. hahaha..
dulu cikgu noridah penah ajak p trening, saja2 la..bukan lamaran official pon ajak join. tapi x pi pon. haha. x penah nye reti nak berdedebat nih...

IMANSHAH said...

@Cik Muskena rajin, kalau tak macam mana nak menang..satu lagu inisiatif guru penting juga

IMANSHAH said...

@ckLah@xiiinamowh kiranya CkLah ni bekas pembahas jugak lah.

Tulah, la ni SBP dah tak leh masuk Piala Dato Syukur dah. Agak sedih juga. Tapi bagus juga kalau tak budak SBP jelah dok pulun PDS.

Hurm, samalah kita tahun ni jadik jurulatih lagik..haha

Tahniah, Sains Kluang la dah tukaq nama jadik Sains Johor

IMANSHAH said...

@Areef Ibn Naim
betoi2

orang kat kampung bising, awat tak balik, awat tak balik.

depa tatau kita ni manjang je sibuk

IMANSHAH said...

@nub
tapi seingat cikgu, batch 2007 memang takde debater..even bi pun..kurang bakat sungguh batch kamu..sukan kuat kot masa tu

Ujang9897 said...

aku suke gila tgk orang bertekak cmnie..hehe..kekadang lawak...caiyok2

Cik SHiNJU said...

Salam...

Ohh..ingtkan balik cuti..
Xpe la kan,demi anak2 bangsa..

Lelaki Ini said...

dulu saya pun pembahas cikgu..
best sgt2 debat2 nieyh
byk bnde current isu kita tau..
tak gitu cikgu?

TiKa LEh said...

wah, semua lelaki ke??mantap..bahas??agak xpndi nak berbahas..suka tgk je..haahah

mR.sYaH said...

suka berdebat dalam rumah jer.. keh3..

Amir Batrisya~ said...

terus galas amanah dengan baik! =)

Dinas Aldi said...

semoga beroleh kemenangan cemerlang yeh!

~Insan Biasa~ said...

tahniah....dan terima kasih sudi meluang masa untuk anak bangsa....

semoga kejayaan menyebelahi kalian.

CIK TOM said...

bagusnya imanshah...memang guru yg baik..keep it up :)

IMANSHAH said...

@Ujang9897bertekak secara ilmiah takpe..jgn bertekak sampai keluar anak tekak, tapi ya allah, bahasa..semua mencarut

IMANSHAH said...

@Cik SHiNJUhuhu tak kelik la..kesian kan

IMANSHAH said...

@Lelaki Iniye ke??bagus2..bahas membentuk jati diri dan melatih jadik pemimpin

IMANSHAH said...

@TiKa LEhsemua lelaki sebab sekolah lelaki..wahaha

IMANSHAH said...

@mR.sYaHberdebat dengan adik beradik ke berdebat dengan cicak??wehehe

IMANSHAH said...

@Amir Batrisya~insyaAllah, amanah dijunjung, tanggungjawab dipikul

IMANSHAH said...

@~Insan Biasa~terima kasih, doamu kujadikan azimat..chewah

IMANSHAH said...

@CIK TOMterima kasih cik tom, dilahirkan dengan jiwa guru..boleh??

boleh lah kot

IMANSHAH said...

@Dinas Alditq kak dinas..huhu plan nak ke penang terbantut

gadisBunga said...

selamat berdebat untuk mereka.

walaupun saya duk kat uia 5 tahun, tapi tak penah pula masuk pertandingan debat. cuma penah tgk je. masa tu juma jadi contestant. hu~

IMANSHAH said...

@gadisBungaooo datin nurjuma..huhu

saya every year ke UIA bawak budak join debate interscholl

ZWAN SABRI said...

WoW! Aktif gila ImanShah..
Btw, semoga dapat jadi johan.. ;)

IMANSHAH said...

@ZWAN SABRIowh thanks..thanks jenguk

sissyira said...

salam petang khamis =)

suka juga berbahas, tapi tidak pernah terpilih, last2 berbahas dalam blog je lah.hahah

IMANSHAH said...

@sissyiraok le tu, berbahas ni banyak caranya..islam pun suh kita mesy dulu kan..eh bahas jugak tu

faridalazim said...

jealous nyer!! nk join! confirm x leh g uia and ppm.tp kalau ppm masuk final july sy balik :):):)

moga gemilang semua adik adikku.
btw,bilik mana tu cikgu?knp nmpk buruk sgt(bersih tp part notice board pecah tu )

Afida Anuar said...

Wahhh...memang jurulatih yang tak mengenal erti letih, insyaAllah saya doakan anak2 didik shah berjaya dalam kejohanan2 tu semua..

Haziq Janudin said...

sedih tak dapat ke sana...
harap2 ada masa ade lah batang hidung...
hehe

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget