WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, February 7, 2011

KEPUTUSAN PERLAWANAN LIVERPOOL MENENTANG CHELSEA (1-0)

Dalam entri lepas saya mengulas panjang mengenai Rival Chelsea-Liverpool sehinggalah kepada pemergian Torres ke Stamford Bridge. Anda boleh klik DI SINI. Dan sebagaimana perlawanan yang ditunggu-tunggu oleh jutaan peminat kedua-dua pasukan di seluruh dunia, akhirnya THE REDS membuktikan kehebatan dan kemampuan mereka apabila membenam cabaran THE BLUES 1-0. Bermakna untuk season kali ini, LIVERPOOL telah memenangi kedua-dua perlawanan. 

Dan pada malam ini, dikira sebagai perlawanan yang agak panas kerana melibatkan Fernando Torres yang dikatakan telah berpaling tadah meninggalkan Liverpool untuk bermain di Chelsea. Dan akhirnya Torres terpaksa mencatitkan sejarah penyertaan pertamanya bersama skuad bimbingan Ancelotti itu dengan kekalahan. Bahkan Torres hanya diturunkan selama 65 minit sahaja dan digantikan dengan Salomon Kalou. Ternyata penyerang yang bernilai 50 juta pound sterling ini gagal membantu pasukan barunya ini.

Dalam perlawanan ini, Liverpool memperolehi gol menerusi Raul Meireless pada minit ke- 68 hasil hantaran  silang dari kanan oleh ketua pasukan Steven Gerrard. Miireless dengan pantas menyentuh bola hantaran Gerrad berjaya menewaskan Petr Cech. 

Apapun tahniah kepada Skuad bimbingan King Daglish ini. Untuk rekod Liverpool melonjak satu anak tangga ke tangga ke -6, manakala Chelsea kekal di kedudukan ke empat liga. 



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

16 GENTA RASA:

nub said...

yahh!! kop menang!!

IMANSHAH said...

yah yah yah..apa hang ingat ayah ka?

YUL said...

haha. akhirnya torres bodoh pergi ke chelsea membawa kekalahan, kehkehkeh

Afida Anuar said...

spt yg saya jangka;)

sahromnasrudin said...

cayalah liverpool..semoga mereka terus konsisten

IMANSHAH said...

@YUL

haha hang,,jgn lah cakap bodoh, tak baik na

IMANSHAH said...

@Afida Anuar

haha, bagus jangkaan tepat

IMANSHAH said...

@sahromnasrudin

insyaallah, kop gemilang

::FAIZ FARISH:: said...

stuju ngan Sahrom

NzA said...

alahai tores.....xdpt membantu gak la....

mie said...

caya lah liverpool..
u never walk alone..
ehehee

Raji berkata said...

hohoh kesian
xpe2 bukan rezeki torres match kali ni
mngkin lain kali dia dpt lebih beraksi ;D

abid_PM said...

at the end of the storm, theres a golden sky, and a sweet silver heart of a LARK! :D

youll never walk alone :D

: husna : said...

mesti torres bengang kan? haha


xminat bola, tapi suka baca pasal bola... ^^,

Ujang9897 said...

aku sakit hati tgk game arsenal..

yg pasti aku seronok man u kalah..hahaha

Wan Gerrard said...

yeay menang, terbaik ^_^

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget