WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, February 3, 2011

KERETA KEMBAR TIGA

Memiliki kereta yang sama dengan kawan-kawan kadang-kadang meninggalkan kenangan yang manis juga. Di sekolah, kereta Imanshah kembar tiga bersama kereta cikgu Z dan Cikgu S.  Suatu hari, Imanshah meminta seorang pelajar Imanshah menghantar buku ke kereta. Maklumlah, tanganya ada dua sahaja. Tak mampu untuk mengangkut semua buku kerja pelajar. Setelah diberitahu letak duduknya kereta, pelajar tersebut bergerak meninggalkan Imanshah untuk menghantar buku. Tiba-tiba dalam masa sepuluh minit, pelajar tersebut kembali ke kelas, tapi masih memegang buku-buku tersebut?

Kenapa kamu tak masuk kan buku dalam kereta.?

Cikgu, kereta cikgu saya rasa remote rosaklah. Dia tak nak bukak, saya dah tekan.

Haish! Apahal pulak kereta ni. 

Bila Imanshah sampai ke sana, rupanya budak tadi salah kereta, kebetulan kereta Imanshah tak jauh dari kereta cikgu Z. Adoi, terpaksalah Imanshah angkat sendiri buku, sebab semua pelajar dah balik.

Kisah kedua baru sahaja berlaku minggu lepas. Satu hari Imanshah parking kereta di hadapan pusat sumber. Keberulan kereta-kereta kembar Imanshah berada di sebelah menyebelah. Masuk ke pusat sumber sekejap. Bila keluar, Imanshah masuk ke dalam kereta. Rupanya kereta Cikgu S tak berkunci. Imanshah selamba je masuk ke keretanya, dan  memasukkan kunci ke tempat kunci. 

Haish, kenapa tak nak masuk pulak ni??

Aish, awat bau lain ni??Macam bau daun pandan je keta ni??

Eh aku salah kereta lah..Hehe, cepat-cepat Imanshah keluar. Bukan apa takut dikatakan menceroboh. Tiba-tiba kenapa Imanshah dengar macam orang tengah gelak. Rupa-rupanya kawan-kawan semua tengok kejadian ni. Depa gelak-gelak lagi. Tak tahan nya ada yang berkata

Kalau hang nak ambik tuannya sekalipun tak pa..Kami setuju je!!

Panas je telinga, merah padam menahan malu.

p/s : Bukan nak menayang kereta ye!!


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

61 GENTA RASA:

Deeyaudeen Sabri said...

hahaha.. lawak cikgu !! :)

~Insan Biasa~ said...

hehehe...buat post pasal kereta jugak ke??

letak nama kat kereta la...gantung name kat no plat...hehe

sissyira said...

salam petang khamis =)

padan pun tertukar, kereta sama jenis laka..hahhaha

IMANSHAH said...

@Deeyaudeen Sabrilawak tahun baru ma

IMANSHAH said...

@~Insan Biasa~tulah sekala sekali kan, waktu2 cuti cam nih, tulih lah pasal apa saja

IMANSHAH said...

@sissyiratulah, sama jenis, sama kaler..plat je lain2..tapi masih AG......

ckLah@xiiinam said...

Pernah suruh murid ambilkan kunci kereta atas meja cikgu...


Dia datang bawa 'kalkulator'. Entah cikgu yang pelat atau murid tu yang 'saound trouble'.



***Sampai sekarang kalau jumpa kereta Plat XIIINAM kat jalan, anak-anak (dan ibu anak sekali) mesti teruja. Siap ambil gambar...

ckLah@xiiinam said...

erata; sound ya...(jari trouble)

mR.sYaH said...

hahah.. klaka r cikgu.. mesti kena gleak kaw2 punya..

nur aisya humaira said...

Assalam cikgu...:)
nak gelak jugak...hak2
blh plak kete tk kunci...tk tahan laa cikgu,nk gelak...klu ade kt tempat kejadian ni,mau sakit perut duk gelak..wakaka

Dinas Aldi said...

kahkahkah lawak nih! dahla kembar 3, kaler pun sama semua tu, patutla student & tuan keta sekalipun boleh tersilap!

Badboy91 said...

haha lawak2~
terlalu serupa semua kete..
kene wat something~
letak nama or something la cikgu

Kaseh said...

hahahah sure malu giler salah masuk keta tuhh..

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Betul kata mereka tu ambik jer tuannya hehe

gadisBunga said...

haahaa!! entry terlawak hari ini!

nampaknya kene la awak gantung bear kat cermin pandang belakang tu supaya senang kenal. hihihi~

Citarasa Rinduan said...

sehati sejiwa nampak..

psst..dgn cikgu S..macam serasi sungguh.pompuankan??

(gelak jahat dgn lawak cikgu di CNY..ehhehe)

-•»Á®ÐZMÀ®Ñ«•- said...

nasib baik kereta.. kalau dapat isteri kembar tiga.. tak ke haru.. hahaha..

NuR si CiKGu RiBeNa said...

keta kat tengah tu mcm kecik skit ek...
hehe... jadi bahan usikan sokmo la

=)

nub said...

auww..cikgu melawak..suka kami anak2 murid. ghahaha

ummuaimi said...

Ha..ha..ha Akak setuju dengan komen akhir yang diboldkan tu.... citarasa sudah sama...
Kat sekolah sini pun ada 3 kembar tu tapi tak sama...

selamat tahun baru.

NzA said...

bagus gak kalu dpt tuan kereta skali...boleh jd kembar 2 lak.....mmg serasikan...

eszol raar said...

cikgu S cikgu Z tu sape cikgu?

IMANSHAH said...

@ckLah@xiiinamhaha muda2 pun sound rosak dah..hehe

tulah try jugak intai Xiiinam kat jalan raya..mana tau terserempak

lillies said...

senang je klau x nak tertukar...tukar baju kete tu warna pink...kompom x silap dah...hehehe..

penah gak jadi kat saya...tapi bukan kat skolah, kat pasaraya...nasibla kete yang salah tu tak mengaum alarmnye...kalau x kes naya je org tuduh nak curi kete dia...hehehe...

ingat tau saranan sy tu...tukar kaler pink..hehehe...

IMANSHAH said...

@mR.sYaHmemang ar, dah digelak pun..hehe

IMANSHAH said...

@lilliesmentang-mentang dia minat pink..haha

xkan sesekali tukar pink..mak tak suka pink nyah...wahaha

IMANSHAH said...

@eszol raardah2..cg jawabkan kat post engkau..pg tengok

IMANSHAH said...

@NzAhaha, pandailah..kami tak serasi kak..perangai macam langit ngan bumi..wahaha

IMANSHAH said...

@ummuaimikenapa semua orang menyokong ni??owh katakan tidak

IMANSHAH said...

@nubwahaha bukan kau tak pernah tengok aku melawak masa kau sekolah dulu??

IMANSHAH said...

@NuR si CiKGu RiBeNasama je saiz dia, tapi dalam gambo nampak kecik..eh btul lah..hahaha

IMANSHAH said...

@-•»Á®ÐZMÀ®Ñ«•-haha tu tak tahulah, sorang pun belum lekat, nikan pula tiga

IMANSHAH said...

@Citarasa Rinduanowh tidak...serasi pun tidak..kebetulan membeli kereta yang sama

IMANSHAH said...

@gadisBungagantung bear?owh tak sanggup...kenapa wanita suka sangat gantung bear??wakaka

IMANSHAH said...

@Abd Razakhurm, haha

IMANSHAH said...

@Kasehmalulah..tapi bau keta pempuan macam pelik sikit..ala2 bau pandan..ok??

IMANSHAH said...

@Badboy91ayo mau letak nama ka??kena gantung banner lah macam tu..hehehe

IMANSHAH said...

@Dinas Aldibetul2...sejibik sejebon

IMANSHAH said...

@nur aisya humairacek gelak sikit-sikit dah lah ye..tulah saya pun sellau gak lupa kunci keta..tapi dalam sekolah kan..selalunya selamat

lillies said...

hehehe...pink itu menawanla dear...klu tukar meh sy yg tlg drivekan..nak??hehehe...

IMANSHAH said...

@lillieshaha menawan ke??boleh je..keta saya keta auto..mudah, cepat

Citarasa Rinduan said...

psst: ayu tak mampu nak pandu keter mcm cikgu...tahniah cikgu...

tak serasi?>
tak cuba mana tau??

IMANSHAH said...

@Citarasa Rinduaneh..haha..keta biasa je tu ayu..tak tak tak

white rose said...

fuyyooohhh...kete cikgu2 sekolah bintang ni canggih2 laa...
import mali maaa...

IMANSHAH said...

@white rosehaha canggih manggih...senang bergerak..cukup lah

kakcik said...

Buleh seghope pulok kete deme... :)

Ikmal Fayadh said...

Kalau hang nak ambik tuannya sekalipun tak pa..Kami setuju je!!

lain macam je cikgu..haha

::FAIZ FARISH:: said...

wow Honda tu..... hehehe

ikan emas said...

kalau nak tuannya sekali pun boleh ??

hah bila ?
nak mintak akak IE tolong pinangkan ??

IMANSHAH said...

@kakciktule, macam berjanji2 pulak kami kan..wahaha

IMANSHAH said...

@Ikmal Fayadhlain macam mana tu, mai habaq mai

IMANSHAH said...

@::FAIZ FARISH::honda ke, kancil ka, sama je

IMANSHAH said...

@ikan emashehe pinangkan orang2 negeri sembilan boleh??wahaha

Kalamhati said...

hihihi kes haru lagu ni..
tapi takpe la..sama skolah..dah kenal pun kan

IMANSHAH said...

@Kalamhatikenal lah, ada salah sorang tu kawan baik..kami sama2 beli

ijatnuar87 said...

heheheh..kelakor la plak...hah,dah ada cadangan tu cikgu,aper lagi...xnk ambik ker?hehehe

Afida Anuar said...

Aduhh shah, mentang2 tak balik kg, sehari update sampai berpuluh2 entry!.....

Boleh pulak salah masuk kereta orang lain eh, tapi kan, kenapa kereta tengah tu nampak kurus sket, kurang makan ker? hehe

cik bebel sentiasa said...

hahahahah...lawaksss...

IMANSHAH said...

@ijatnuar87eh eh haha

takpe2

IMANSHAH said...

@Afida Anuarwahaha, bukan sellau leh update kencang cam gini kan

IMANSHAH said...

@cik bebel sentiasalawaks le sekala sekali

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget