WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, February 6, 2011

KERJA SATU IBADAH

Salam buat semua. Hari terakhir bercuti sempena tahun baru Cina. Bagi yang bekerja, esok bermula kembali kesibukan dengan kerjaya kita. Bagi yang sedang kuliah, assingment, kuiz, tutorial dan sebagainya menanti anda. Bagi yang masih sekolah, hari ini bermula semula kesibukan menyiapkan homework, menggosok baju dan mengapur kasut sekolah. Bagi yang masih berada dalam kesesakan jalan raya, Imanshah doakan semoga semuanya berjalan lancar. Semoga perjalanan pulang anda dipermudahkan dan dilindungi. Kembali memeriahkan alam kerjaya, marilah sekali lagi kita jadikan kerja kita sebagai satu ibadah.
Imam Ghazali dalam kitabnya Ikhya' Ulumuddin menjelaskan bahawa setiap pekerjaan itu hendaklah menepati ciri-ciri berikut iaitu: 
(1) Niat dan tujuan kerja itu mestilah untuk menjunjung perintah Allah.
(2) Kerja yang dilakukan tersebut tidak bercanggah dengan syariat Allah S.W.T.
(3) Kerja yang dilakukan adalah dengan bersungguh-sungguh dan tidak memudaratkan.
(4) Kerja tersebut tidak menghalang daripada menunaikan syariat Allah S.W.T. seperti solat, puasa dan sebagainya.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

20 GENTA RASA:

Ayuni said...

hikhik, aper2 pun, kte mmg bnyk keje....

ckLah@xiiinam said...

Eh...habis dah cuti?

Sambung boleh dak?


:D

IMANSHAH said...

@ckLah@xiiinam

sambung buleh..wat sekolah sendiri le CkLah..hehe

amik CR sudah

IMANSHAH said...

@Ayuni

selamat bukak kuliah ye Ayuni

ahmad humairi said...

assalamualaikum,

selamat kembali bekerja,
bekerja kerana Allah, insyaAllah.

SiNoMoSa said...

salam iman,

lama tak bkunjung..
w/pun next week kelas saya dibuka semula selepas cuti penggal..tp sy tak perlu kapur kasut pun cikgu iman hehe

lillies said...

adoila..mula la terpikir2 apela pulak keje yang nak dapat esok..

mana dengan nak kena interview dengan foreign expert esok...huhuhu...

berdogup2 jantung den...

white rose said...

cek mai sini tgk abang shah rajin publish entry yg banyak2 dalam 1 hari...

cek tau, abg shah boring...

homework?
cikgu pun ade homework kan...

SELAMAT KEMBALI BERTUGAS...



p/s: busy melayan anak2 buah & mak ayah dorang...

princess laila said...

slamat kmbali ke skolah! eh.cam dak skola pulak.hee~

slamat kmbali btugas! :)

Kalamhati said...

InsyaAllah..
setiap yg kita buat mesti lillahi ta'ala..=)

IMANSHAH said...

@ahmad humairi

sama lah kita cikgu..untuk cikgu juga selamat bekerja

IMANSHAH said...

@SiNoMoSa

wsalam syima..kamu pun lama tak menulis..semoga sihat adanya

IMANSHAH said...

@lillies

wah tahniah..semoga berjaya interview itew

IMANSHAH said...

@white rose

hari ni je..esok2 dah bz lah,memang tak nyempat nak post lagi..semput

IMANSHAH said...

@princess lailaterima kasih laila..selamat ke kuliah untuk kamu

IMANSHAH said...

@Kalamhati

untuk kak wan juga selamat kembali mengajar

lillies said...

hehehe...interview dengan mat salleh pure..menakotkan..mlm ni kena asah communication skills...huhuhu...

nur aisya humaira said...

saya tetap merasakan kerja seorang guru paling mulia...:)

Afida Anuar said...

Alhamdulillah...selamat tiba dari kampung, jem sket kat karak highway, kat tol lanchang...

Shah.....Isnin datang lagi, insyaAllah walaupun monday blues tetap menyapa macam biasa, kerja dijalankan ikhlas kerana Allah..

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

byk buku nk kne marking ek...slamat marking la yee...heheheh

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget