WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Friday, February 4, 2011

LEBIH BAIK MEMBUJANG

Terbaca artikel mengenai LEBIH BAIK MEMBUJANG dalam majalah terbaru MASKULIN. Sedikit perkongsian bersama rakan-rakan terutamanya yang masih bujang trang tang-tang. Bila lagi giliran kita ni ye?? hanya Allah yang tahu.

Ikuti temubual MASKULIN dengan beberapa orang lelaki. Jangan lupa bacaorang yang last sekali. Hehe.

Lelaki yang memilih untuk membujang atau hidup sendiri punyai alasan tersendiri. Mungkin kerana kurangnya keyakinan diri untuk berumahtangga. Pada mereka apabila berumahtangga, banyak pula komitmen yang harus dipikul. Tanggungjawab sebagai suami dan bapa bagi mereka amat berat. Masalah ekonomi yang tidak kukuh juga menjadi faktor, malah ada juga jenis lelaki yang tidak mahu berkahwin kerana lebih suka berfoya-foya. (Khai Zachrul-28, Pegawai Kerajaan)
Pada sayalah, salah satu masalah utama sekarang disebabkan kos hidup di Malaysia semakin tinggi. Jadi harus bertungkus lumus mencari pendapatan. Untuk stabil memerlukan masa. Tambah pula tahu sahajalah sekarang mahu kahwin bukannya murah. Sekurang-kurangnya perlu ada RM 20 k dalam tangan. Tanggungan bulanan sana sini untuk membayar hutang juga membuatkan lelaki memilih menjadi solo. (Syed Sharizal Syed othman-29, Pramugara)
Situasi berbeza dulu dan sekarang. masa saya kahwin dulu mungkin masih lagi dikira mampu, tetapi sekarang serba serbi mahal. Kos perkahwinan juga semakin tinggi. mungkin itu salah satu menyebabkan lelaki tak ingin berkahwin. Ada juga yang bersedia, tapi duit pula tak ada. Namun, perkahwinan bagi saya membuatkan hidup kita lebih teratur. Tanggungjawab akan tiba dalam diri, malah sanggup mati demi anak-anak dan isteri. (Zaifurin Zainal-30an Usahawan)
Saya kini bersedia untuk memikul tugas sebagai ketua keluarga. Cuma jodoh yang dicari belum jua menunjukkan diri. InsyaALlah bukan kerana ingin cuba lari dari Sunnah Rasulullullah, cuma lambat cepat jodoh itu, kita serahkanlah kepada Allah. Melihat kepada kehancuran rumah tangga teman-teman sedikit sebanyak membuatkan hati dipalit curiga. Ibarat menarik rambut dalam tepung, tepung jangan selerak, rambut pulak tak putus. Cuma bimbang lama sangat tepung pun dah keras. Doakan saya ye.( IMANSHAH, 30, guru sekolah je.)




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

38 GENTA RASA:

~Insan Biasa~ said...

salam Iman,
Hehehe tersengih2 saya baca komen awak dalam majalah MASKULIN tu.Hilang jap stress.

Cepat atau lambat jodoh seseorang tentu ada hikmahnya. Yang penting kita bermohon pada-Nya.Jangan minta cepat saje....tapi minta juga yang 'cantik', dan solehah. Minta secara khusus. Mudah-mudahan dimakbulkan.

Sama-samalah berdoa minta yang baik2. Semoga dipertemukan jodoh bujang yang sorang nie....:-)sebelum sempat tepung tu keras....

Mohamad said...

Pertama jangan terlalu memilih. Kedua terima mereka seadanya kerana kita juga ada kelemahan. Ketiga, Hormat menghormati sangat penting selain apa yang digariskan oleh agama kita.

Mustahil Imanshah tidak ada perempuan yang suka. Cuma mereka sukar mengeluarkan dengan kata-kata. Sebagai lelaki Imanshah perlu mulakan dulu kecuali memilih untuk membujang selamanya..

Masalah ada dimana-mana, InsyaAllah jika kita iklas semuanya akan berakhir dengan baik..

Saya doakan Imanshah cepat mendapat jodoh. Nanti jemputlah rakan-rakan bloger semua hadir ..

Koyuki said...

sokong mohamad kat atas..cool

gadisBunga said...

salam. saya nak tergelak baca sebab tetibe entry kite macam berkaitan pulak. hahah! anyway, mmg betul kata2 awak tu. hu~

ikan emas said...

Insyaallah.
semoga dipercepatkan jodoh tuu..
jgn lupa jemput akak ..

* calunnya dah ada kan ? dah bawa jumpa ibu ?

Muhamad Zaki Zafir said...

saya setuju sgt2 dgn encik mohamad di atas. :)

mngkin pengalaman pahit org lain slps berumah tangga, tp mungkin tidak bagi cikgu.mungkin cikgu akan lebih bahagia berbanding mrk.tak siapa yg tahu, melainkanNya.berusaha ke arah kebahagiaan, dan yakin padaNya. :)

Gayahspears said...

Salam... terima kasih ya sebab audi drop komen kat blog peribadi gayah...


n3 ni best... terbaik~

Kalamhati said...

hehe bila baca yg last tu terus tergelak..
apa2 pun kak wan doakan imanshah cepat2 dpt jodoh yg solehah..amin

Dinas Aldi said...

Akak dengan seriusnya baca temubual tu, tetiba yg last sekali tu..kahkahkah!
Apa ni dik, haritu kata dah ada calon, akak dah berangan nak rasa nasik kenduri dik Iman ni haa, kihkih

ckLah@xiiinam said...

Makcik tak gheti nak komen de...
Cuma makcik nak beghitau mike....


"Ghogi tak kawin komeeee!"



***Apa-apapun, terpulang kepada empunya badam. Kat sekolah ckLah ni pun, ramai yang sengaja 'memilih' tidak mahu berkomitmen dengan institusi perkahwinan. Anak dara semua tu....

ckLah@xiiinam said...

aisey...badam lah pulak. Badan, ya!

Azmi said...

man aku ingt aku sorang je pembaca setia maskulin..ropenya kau pun minat maskulin jgk..haha

hysman said...

calon ade melambak,cikgu yg jual mahal...hahaa

♥phoenix♥ said...

smga cpt ketemu jodoh yg solehah...amiin...

Afzainizam said...

19. "Nak carik yang solehah/soleh lah".
Padahal diri tak pernah solat dan quran tak pernah nak baca. Kuliah agama selalu uzur je.

20. "Suka yang pakai tudung labuh je".
Padahal masih pakai seluar pendek,mandi masih ikut style koboi.

21. "Nak dapat yang berkekalan sehingga keakhir hayat".
Padahal suka cemburu, suka boros, suka pada yang cantik saja, suka pada! yang kaya saja.

22. "Masalah la".
Padahal dah tahu WORLD IS STAGE OF PROBLEM.

23. "Nak sambung belajarlah awek saya tu ader master atau phd malu la".
Padahal belajar2 tak pernah nak lulus. Asyik mengabaikan pelajaran sebab
dating selalu. Memang dah dungu dah....( kueng kueng kueng....:o) )

24. "Saya suka sangat kat dia, tapi dia tak suka kat saya".
Padahal bunga bukan seekor, kumbang bukan sekuntum.

25. "Tak mau la bercinta, dok seorang lagi seronok,tak lah dikongkong, tak
akan terluka, jimat duit sikit".
Padahal mengeluh bila kesunyian, dan mula nak feeling gila-gila.Cemburu tengok org. kahwin. Pantang tengok perempuan atau lelaki cantik.

26. "Payah la nak jaga hati masing-masing".
Padahal makan hati banyak sangat, sensitive sangat, lepas tu banyak makan sarang tebuan, lepas tu suka sangat main hujan, main api, main mata, main2.dan sebagainya.

27. "Dah usaha dah, dah mandi bunga dah, dah cukup semua syarat2, tapi satu pon tak lekat. Me! mang dah tak ader jodoh kot".
Padahal tak ada keyakinan diri, tak ada kerpercayaan pada org lain. Suka dengar cerita daripada org lain,suka buat orang yang kita sukai meluat, perangai macam setan, suka
berjudi, suka tikam nombor ekor dll

30. "Ramai sangat la yang suka mana satu nak pilih nie susah lah".
Padahal tau boleh kahwin sampai 4 ikut sunnah.....................................

Afzainizam said...

8."Kahwin nanti tentu susah nak kena tanggung keluarga lagi, Kalau dapat
isteri yang 2 x 5 je.Kena bimbing pulak lepas tu nak kena tanggung semua
dosa isteri, dosa sendiri tak tertanggung nie pulak nak tanggung dosa isteri".
Padahal tak pernah usaha untuk tingkatkkan diri sendiri dan mencari
ilmu secuk! upnya dan tak pernah mencuba pun.Padahal Allah dah berfirman yang
bermaksud Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan bergitulah sebaliknya.

9."Dah mencubalah tapi telah dikecewakan".
Padahal tak reti pon nak bercinta.

10."Banyak perkara nak kena fikirkan terlebih dahulu la".
Padahal tak buat kerja apa pon.

11."Busy la, banyak keje nie".
Padahal pentingkan kerja daripada menunaikan sunnah nabi.

12."Jodoh tak sampai lagi kot".
Padahal jodoh dah ditentukan Allah cuma perlulah berusaha.

13."Perempuan nie peliklah kalau dia suka kat kita tapi tak habih2 nak
merajuk dan marah macam kita nie suka sangat" .
Padahal memang dah lumrah alam sebab marah tandanya sayang.

14."Ye lah memang la marah tu tanda sayang tapi saya tak suka la, lepas tu
dia heret kita kehulu kehilir".
Padahal suka bagi muka kepada orang tu dan tak terangkan dengan jelas apa yang kita suka dan tidak suka.

15. "Dah bagitau dah, nie kita s! uka dan nie kita tak suka, tapi masih dia
buat juga yang kita tak suka".
Padahal tak pernak ambil tau tentang apa yang disukai oleh org yang kita sukai. Sedangkan kita selalu buat perkara yang org lain tak suka.

16."Saya takut la nak bercinta nanti terluka susah la".
Padahal banyak baca buku2 novel yg berunsurkan sedemikian.

17."Lelaki nie suka pasang ramai org sangat".
Padahal ramai artis2 lelaki yang dipujanya dan bila jumpa lelaki kacak mula nak terhegeh-hegeh.

18. "Lelaki memang banyak helahlah kejap suka kejap tidak".
Padahal pentingkan diri- sendiri.

Afzainizam said...

… ....Gong Xi Fat Coi……..
┏〓〓┓┏〓〓┓┏〓〓┓
┃Wish you healthy always┃
┗〓〓┛┗〓〓┛┗〓〓┛
....lllllll.......... lllllll ...........lllllll....
Salam dari kami…
http://firestartingautomobil.blogspot.com

30 persoalan kenapa lelaki masih membujang

1."Duit dah tak ada".
Padahal duit disimpan untuk membeli pakaian yang berjenama.

2. "Nak beli kereta mewah dulu baru nak kahwin".
Padahal kerja bertahun dan penat lelah tetapi masih tak cukup nak beli kereta mewah.

3. "Susah la nak cari yang berkenan dihati".
Padahal memilih sangat,tak mau yang gemuk, kurus sangat pun tak suka.

4."Tak datang seru lagi kot".
Padahal awek atau pakwe keliling pinggang.

5."Banyak sangat halangan".
Padahal diri belum bersedia.

6."Belum bersedia la".
Padahal cukup segala syarat2 nya.

7. "Ilmu tak cukup la".
Padahal dah ada master atau PHD.

IMANSHAH said...

@Afzainizammak ai, penuh dengan alasan..hehe teman idok le sampai ghope itu

hazeleyed lady said...

You are worried about yourself...and kak Hazel is thinking of my daughter...
Semuga kamu(iman Shah) dan doter kak hazel(normira ) di temukan jodoh yang baik2 dari Allah. InsyaAllah.

NuSaNa NoSa 91 said...

bila mrk dh jumpa jodoh diorg, mungkin persepsi akan berubah.. sape bleh halang jodoh, kn?? ^_^

Tukang cerita said...

apapun...akak doakan ada juga jodoh tukmu...

bak salah satu komen kat atas...

'rugi tak kawen wehhhhhh'
:)

Citarasa Rinduan said...

peeh..sungguh ker, itu komen cikgu..nak cri majalah maskulin segeralah

nyanyisunyi said...

wah..terbaek dari ladang jwpan yg last tu...harap2 tahun ni bertemu jodoh..kak ida sentiasa doakan..ruga iamn membujang lama2 hahaha..

p/s ni umah baru kak ida (mst kenal)buat masa ni msih tk mahu letak pic kak ida...
singgah dn folo ye iman.

Ayuni said...

bnyk pompuan kt luar saner, jgn risau...

cik bebel sentiasa said...

terus xdak mood nak kahwin..huhuhu

lillies said...

nak kena beli jugakla majalah maskulin nehh....ye la ada komen cikgu glemer dalam tu...hehehe..

insyaAllah, jodoh Iman akan sampai jugak...antara cepat dengan lambat je...

Ingatkan pompuan je yang dok kalut bab ni, lelaki pun sama ekk...

Dak ni dah x tau nak tepis dah...melainkan tepis dengan senyuman je..hehehe...senyum tu kan sedekah.... =)

Sekamar Rindu said...

salam...


soal jodoh adalah rahsia Allah swt, mungkin belum sampai masa lagi untuk berkahwin..

tapi jika ada orang yang mampu..dan pasangan pun ada..tetapi masalah lain pula yang menimpa sukar juga..yang turut melibatkan soal hidup atau mati...stress juga memikirkannya..

naz said...

saya rasa saya belum bersedia :) sebab perempuan sekarang semua lebih bersedia menghadapi kegagalan perkahwinan haha

Sekamar Rindu said...

salam....cikgu,

ada sikit entri berkaitan hal ini


http://sekamarrindu2009.blogspot.com/2011/02/seandainya-jodoh-boleh-kita.html

IMANSHAH said...

@lillieshallo, komen teman tu, takde pun, diada-adakan jeh..hehehe

IMANSHAH said...

@Citarasa Rinduaneh jangan ayu..melawak je tu

NICK IRFAN said...

kalau aku umor 20an aku ska membujang sbb masa tu nak enjoy msuk je 30 bru la nk kwin.. hehe

iKhRam said...

penantian itu suatu seksa.. tp agak2 terseksa tak menunggu jodoh ni,wahai mr IMANSHAH??
saje tanya.. hehehe.. kalau dah jodoh tak kemana tue...

nub said...

kami tunggu masa jaa nak makan nasi knduri. hahaa

YUL said...

aku pon solo jugak sekarang, muda lagi kot aku nie, skrg nie mmg pkir kerjaya je dulu, fikirkan keluarga kita, rumah tangga tu, nnt dulu bila kita dah senang, baru lah boleh kawin, hee

Kaseh said...

Baru 30thn. muda lagi.. insyaALLAH ada jodoh tak kemana.. :)

Mohammad Aiman said...

kalau saya kawin lagi 5 tahun, cikgu terkejut tak? haha

ijatnuar87 said...

heheheh...komen terakhir tu paling kelas,hehehe...insyaallah cikgu,kami semua medoakan agar cikgu kawin cepat2,hehehe...jgn luper jemput tau,hehehe

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget