WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, February 21, 2011

ORANG GAJI JEPUN

Salam buat semua. Hurm, makin bersawang nampaknya blog yang satu ini. Mohon maaflah andai sepi tanpa berita. Tu dia, kalah Perdana Menteri tu, sibuk berkempen pilihanraya apa. Taklah minggu sukan di peringkat daerah telah pun bermula. Begitu juga sukan sekolah. Memang masa banyak dihabiskan bersama kanak-kanak. Hehe.Kadang-kadang melayan kanak-kanak lagi best. Tak memeningkan kepala, tak perlu nak jaga golongan-golongan yang dah berusia kan. Opps..maaf, tapi itulah kenyataan, mereka telus dan tulus.

Tadi sewaktu bersembang bersama kawan-kawan bujang di kawasan luar rumah kuarters kami antara isu yang  dibangkitkan ialah pasal kegemukan. Haha, masing-masing mengata antara satu sama lain. Itulah kerja kami kalau takde kerja. Ialah berbincang kan. Bagaimana nak kelihatan cantik, segak dan menawan. 

A : Aku dah kurus sikit ok.
B : Aku tengok sama je. Makin bulat ada.
A : Mana ada, tengok ni buat kerja rumah. Lipat kain, basuh kain.
B : Kau tu bujang pemalas. Ada orang gaji Jepun lagi...
A : Eh, mana ada. Aku basuh sendiri, kemas sendiri. Mana pakai orang gaji.
B : Tu mesin basuh kau tu?? Bukan Jepun punya.
A : Ceh mati-mati aku ingat aku ada orang gaji. Hehe..

Kan.. Sekarang ni kerja kita banyak mesin yang buat. Sebab tu ramai yang tak berapa nak sihat. Semuanya diuruskan oleh mesin. Bukan maksudnya mesin tak bagus. Sekurang-kurangnya ia memudahkan. Tapi yang menjadi masalahnya, bila dah senang, malas lah pulak nak bersenam. Dan makanan pula pelik-pelik. layan jelah!!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

27 GENTA RASA:

khaifaiz said...

duduk umah bujang tak ade org gaji jepun.. ptt la aku slim je.. kahkahkah

mR.sYaH said...

saya ada org gaji korea.. heheh..

gadisBunga said...

nama org gaji kite sama la pulak.

bosan lah. nak tukar nama dia, boleh? heheh~

eszol raar said...

saya semua masih menggunakan kudrat yg diberi Allah

dan masih lagi hamba-Nya

Izzah Al-Maliziyyah said...
This comment has been removed by the author.
Izzah Al-Maliziyyah said...

Assalamu'alaikum wbt cikgu...

Tahniah ada bibik Jepun. Saya belum terbuka hati untuk mendapatkan khidmat 'orang gaji import'.

InsyaAllah akan datang (jika berkeperluan). Buat masa ini guna 'manual' selagi berkudrat~

Tambahan:
Pelik. Saya tak reti dan takut menggunakan mesin basuh. Apatah lagi yang berautomatik. Hehe kes yang sama juga untuk kereta auto.

wahida said...

terasa saya cikgu...mcm n3 perli saya je kekdahnya...hehehe..

saya mmg pakai org gaji jepun, pas tu malas nak bersenam lak tu...huhuhu...

Citarasa Rinduan said...

selamat mlm cikgu..
ayu pun seperti cikgu, kalau tak ada orang gaji mesin..sure baju tak dapat nak basuh...
hari2 2 bakul..biasalah campur dgn mertua

semoga cikgu baik2 sahaja. bagaimana kesihatan ibu cikgu??

nur aisya humaira said...

Assalam cikgu iman..:)
Tu laa kan, musim sukan..adik sye yg seklh menengah tiap2 petg ade traing..kecian pun ade,rupanya cikgu lebih2 lagi..:)

NuSaNa NoSa 91 said...

teknologi utk memudahkn manusia.. tp, xsangka la plak.. teknologi buatkn manusia jd lebih mls.. huk3~ =.="

Si DauN CeRi said...

ehh.. laaa.. mesin ke..haha baru nak terkejut sbb ade jugak awek jepun mai jadi bibik kat msia..heee

Ayuni said...

klau camtu sye bnyk org kaji dr bnyk negara, hikhik..

Afida Anuar said...

oh cop..rumah saya takde orang gaji jepun...basuh baju sendiri pakai tangan je...bagus kan saya cikgu?errr..

hehe

NuR si CiKGu RiBeNa said...

salam cikgu

lama tak singgah sini.
aa..sekarang ni byk dah perlawanan sana sini. sukan daerah pun. skolah dah siap buat training utk olahraga..

nanti dah sibuk pasti akan kurus juga sikit. susut org kata

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Tak dinafikan saya pun ada orang gaji Jepun tapi saya rajin berjogging, cikgu..:)

ibuintan said...

malang ye dapat orang gaji jepun, kita jadi malas pula...

mak Iman camna sekarang?

aReTikZ said...

Hehe.. bestkan ada orang gaji jepun.. lagi2 wat bini.. haha.

princess laila said...

heh2~ kino lah salu p bsenam kan..tp laila nih pon same jek pmalas bnyk! hiii~

noorlara said...

hahahahha dah agaks pun, tu le nikmat kehidupan tapi kita ni biasale bagi betis nak peha kalu bleh nak ade mesin tolong suapkan makan

Rozali said...

Assalamualaikum Iman

kalau tak ada orang gaji jepun tuuu
sakit2 pinggang saya

Wassalam

siti murni said...

orang gaji tu nama dia cik "sanyo"ra...kan?kan?hehehe

hysman said...

iyer ler kete pun kendalian jepun kannn... hehe

NzA said...

skrg menunggu mesin lipat kain baju lak keluar...hi....

nurkass said...

owh..akak takde org gaji..org gaji pun taknak akak gamaknye..hehe

"jari-jariku sakit semua..lalala"

::FAIZ FARISH:: said...

aahkan, skrg semua pakai mesin.....

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

betoi laaa..sape xde org gaji jepn cm pelik la plk kannn...

Mohammad Aiman said...

kerja pakai mesin, makan banyak2, then tak bersenam..

fuh! sihat tubuh bdan!

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget