WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, February 1, 2011

PADAN LA NAMPAK MERATA-RATA HARI NI

Hari ini mendapat satu komen dari SYIRA. Rakan blogger yang banyak membantu saya. Bantuan apa?? Biarlah rahsia kami berdua.Hehe. Kiranya komennya begini :

salam malam rabu =)

dah start cuti ke? tak ambil tahu ni hahaha..

padan la nampak merata-rata hari ni..hahaha

Apa maksudnya tu.? Banyak yang boleh diintrepertasikan. Ayat PADAN PUN NAMPAK MERATA-RATA HARI NI tu. Yelah kalau berkesempatan, memang Imanshah suka untuk berziarah ke teratak teman-teman. Itu yang nampak merata-rata tu. Kadang-kadang sampai ke Mekah dan kadang-kadang  sampai ke India Imanshah berziarah. Bukan apa, yang jauh didekatkan, yang dekat dimesra-mesrakan. Yang Mesra diserasi-serasikan. Sampai la tag line pengacara gebu dari Langkawi Aziz Desa saya ingat. 

Tapi jika kesibukan melanda mengalahkan PM NAJIB, mintak maaf hujung kaki sampai hujung rambut, usahkan nak berziarah, nak menjenguk rumah sendiri pun susah. Justeru mohon maaf jika kunjungan anda ke HOK SENGOTI tidak berbalas. Komen di blog kalian juga tidak berbekas. Seminggu yang ada ini, digunakan sebaik mungkin untuk saling ziarah menziarah serta menambah kenalan. Kepada yang sudi singgah dan menjengah,  terima kasih diucapkan, kepada yang sudi menyapa walau dengan bertanya khabar, syukran jazilan saya hulurkan. Semoga persahabatan ini kekal hendaknya.

Tapi idak le Imanshah  guna lori nak ZIARAH kawan-kawan. Selamat malam!!





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

30 GENTA RASA:

nur aisya humaira said...

Assalam cikgu....
nak gelak bace komen tu...:)
Bagus cikgu imanshah ni, bukan takat hari raya je amalkan ziarah..hari biasa pun rajin bertandang...:)
Bak kata orang, Jauh Perjalanan Luas Pemandangan...Tak gitu cikgu??

white rose said...

ada bas ada lori,
sy datang sekali sekali,
bukan tak sudi,
sebab sy pun busy...

ade bas ada lori,
ukhwah dijalin dgn suci,
jgn kta benci membenci,
kelak nanti diri yg rugi...

ada bas ada lori,
minum air limau kasturi,
cuti2 mmg busy,
ada masa jumpe lagi...

sicomot-comel said...

@white rose

cewahhh...
ni ank murid sejati cikgu iman neyh!
haha

p/s: cikgu iman kalau dapat cuti,,fuhh..mmg sedaplah. kan cikgu??
hehehe

AfiQ said...

gitu la!! merata2 katanye!! hahahaha.. bagos la camtu! eratkan hubungan.. kan..^__^

IMANSHAH said...

@white rose

Naik bas naik lori
Pg rumah mas mona
Cuti-cuti ekau busy
jangan bertunang tak habaq na

Citarasa Rinduan said...

hok sengoti tetap dihati....

psst....gelak kuat2 dalam hati layan kartun tu..waka..waka....

IMANSHAH said...

@AfiQhaha tulah...nak g umah Afiq jap lagi

IMANSHAH said...

@sicomot-comelni bukan anak murid, kawan saya cikgu juga..wahahaa

Afida Anuar said...

Shah, mentang2 satu hari update 4 entry, tab-tab blog2 mmber2 yg update hari ni diconquer oleh Hok Sengoti..caya la...

mebe tu la maksudnya nampak merata2..kat tab pun banyak!!..hehe

IMANSHAH said...

@Afida Anuarhaha hari ini hari HOK SENGOTI..wahaha

Mohammad Aiman said...

haha... ziarah2 la mesir skrg.. takut la kawan2 ramai kat sana.. T__T

IMANSHAH said...

@Citarasa Rinduantulah, kalau ayu nak g beraya naik lori nak tak??

kahkah

IMANSHAH said...

@nur aisya humairaeh macam tagline blog aisya jer..wahaha

IMANSHAH said...

@Mohammad Aimanmesir payah sikit..internet disekat..depa xlh hupdate

siti murni said...

haha...baguslah..masa2 free ni boleh la 'ambil angin' jalan2 merata2 blog..ekeke..:) sama je lah kite pun..kalau senyap sunyi tu..sibuk lah maknanya.

Awangku Johan said...

salam perkenalan.. follow blog awak ek

IMANSHAH said...

@siti murnikawan-kawan pun faham tugas kita

IMANSHAH said...

@Awangku Johanthanks..insyaAllah saya follow balik

Solihin Zubir said...

sissyira seorg yg sgt rajin mengomen..
respek ah samadia coz ada masa wat semua tu.. heheh..

IMANSHAH said...

@Solihin Zubirbetol2..syira sangat rajin, kadang2 lima entry sehari

azzey said...

Yelah mmg ada yg x tau hari ni cuti..hu3...

IMANSHAH said...

@azzeycuti2 malaysia..saya kurang gemar bercuti

sekamar rindu said...

salam..cikgu,
'
saya esok masih mengajar...ishh

selamat bercuti pada yg dah bercuti..

:)

sissyira said...

salam malam rabu =)


sabo jelah...ayat tu kelakar sangat kot..huhu

sissyira said...

@white rose

amboi berpantun dia,

padan pun hok sengoti pandai berpantun,
guru dia white rose rupanya...hhehehe

IMANSHAH said...

@sekamar rindubags la, saya pun tak suka cuti lama2

IMANSHAH said...

@sissyiratulah, komen pun leh jdik entri

mR.sYaH said...

merata2... haha.. klaka bunyinya.. yelah time freelah bru leh nak ziarah menziarahikan..

IMANSHAH said...

@mR.sYaHtu le, ni dah ada entri ke 6 ni

::FAIZ FARISH:: said...

tq singah blog saya

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget