WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, February 6, 2011

PELAJARAN TENTANG KOPEK

Dua orang sahabat baik dari Ipoh, Perak, Leeya dan Zoera pergi melancong ke Perlis Indera Kayangan. Sedang mereka berdua-dua bersiar-siar, tiba-tiba mereka ditegur oleh seorang lelaki pertengahan umur.
Lelaki : Cik Adik, kopek jatuh!

Leeya berbisik kepada Zoera : Kurang ajar betul orang tua tu, aku dah pakai zaiz yang betul, baru beli lagi tu!!
Mereka berdua terus meninggalkan lelaki itu sambil lelaki itu pula mengejar mereka.
Lelaki : Oii tunggu sat, tak mau ka kopek ni?

Leeya : Jom cepat Zoera, orang gila agaknya. Dahlah cakap bukan-bukan, dia kejar kita pulak tu!
Selepas beberapa ketika, lelaki tersebut didapati tidak mengejar mereka lagi. Lalu mereka singgah untuk makan di sebuah gerai. Di sana, Leeya mendapati dompetnya telah hilang. Mereka mengambil keputusan membuat laporan polis di balai polis berhampiran.
Leeya : Saya nak buat report. Beg duit saya bersama kada ATM, lesen dan mykad saya hilang. Tak tahulah sama ada kena copek atau tercicit tadi.

Polis : Cik nak buat laporan kopek hilang ya? Cik isi dulu borang ni. Lain kali pegang elok-elok, kalau tak mahu suruh orang lain pegang.
Leeya : Maaf encik, encik kata apa tadi?
Polis : Saya kata tadi kalau tak boleh simpan kopek, bagilah orang lain pegang.
Leeya berbisik kepada Zoera : Pakcik polis ni pun.
Zoera : Bagilah pelempang kau tu, kalau masuk lokap aku tak nak jamin.
Setelah selesai mengisi borang, Leeya menyerahkan borang tersebut kepada polis dengan jelingan geram.
Polis : Ohh ini Cik Leeya binti Azhar ye? Tadi ada orang dah jumpa kopek cik. Ni ha kopek cik!!

Leeya : La kopek tu dompet ke? La ingatkan kopek tu payudara. Adeh kesian pakcik yang kejar kami tadi. Ingat orang gila!!
Kopek membawa tiga makna mengikut kawasan dan konteks penggunaan. Maksud pertama adalah dompet duit atau uncang menyimpang duit. Ianya digunakan secara meluas di negeri-negeri Utara Semenanjung. maksud kedua ialah payudara. ia dugunakan dikebanyakn negeri terutamanya Kelantan dan Perak (bukan perak utara). Dan maksud ketiga ialah kupas seperti kopek kelapa dan durian.


Wanita diluar sana jangan marah, inilah pelajaran hari ini. Penggunaan perkataan yang betul mengikut konteks dan kawasan!!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

40 GENTA RASA:

Al said...

haha
bgus molek entri ni
blh slesai slh phm

oghe klate tau 1 mkna jh kopek ni..haha

norfaridahanum said...

terima kasih cikgu!

IMANSHAH said...

@Al
tulah, oghe kelate sensitip dengan kopek

IMANSHAH said...

@norfaridahanumsama-sama

nub said...

kopek buah??

E.d.Y said...

saya nak beli kopek 2..haha

ahmad humairi said...

assalamualaikum,

lain padang lain belalang...

jauh berjalan, luas pandangan..

...itu perkara gampang..

soffea said...

hahaha.. kopek tu juga bermaksud kupas kan. hehe.

Rozali said...

Assalamualaikum Iman

kampung saya meluas mengunakan perkataan kopek..tambah2 musim durian
he he

Wassalam

eszol raar said...

oooooooooo.....

dulu ingatkan dua maksud je

kupas n breast

rupenye uncang jgak

azzey said...

Kah3....kelakor. mmg sesetengah sebut dompet tu kopek. pelajaran yg berguna ni..

azharr said...

haha...betoi2
sy orang utara..

AZRUL AZMI said...

good artikel la... memang kat kelantan kopek tu maksudnye payudara... kadang pelik la jugak dengar org luar cakap pelik2 tapi mujur dah biasa...

Miss Ran said...

ingt 2 maksud je hehe

sonata anak kancil said...

saya tau makna kopek nyor...rupanya dompet pun yer...yang lagi satu tu tau jugak...kalau sy ke utara / pantai timur kena dengar / faham pelan2 apa mereka cakap...kalau tak...habis semua tak faham !

Azmer Lias said...

owh..
tpi yg familiar slalu kopek untk kupas la..
hehehe
nice inf0!!

ckLah@xiiinam said...

Dulu roomate Johor gaduh pasal kacang goreng.

Orang Johor kata 'kacang kopek'. Orang Kelantan kata dia mencarut...

ckLah kat tengah jadi hakim...Aduh...

IMANSHAH said...

@nub

ya kopek buah pelam, ok!!

IMANSHAH said...

@ahmad humairi

tang perkataan gampang tu, xberapa nak paham, boleh cikgu humairi tulung terangkan??

IMANSHAH said...

@E.d.Y
boleh, RM 5 je tadi aku nengok kat memory lane ipoh

IMANSHAH said...

@soffea

anda tepat

IMANSHAH said...

@eszol raar

anda menambah pelajaran anda hari ini

IMANSHAH said...

@azzey

ambik ye, simpan dan jangan tersalah lagi kak

IMANSHAH said...

@azharr
baguih2, orang utara memang unik

IMANSHAH said...

@AZRUL AZMIhurm, cikgu saya tersilap cakap masa kat kelantan, maunye nak kena cili mulut

IMANSHAH said...

@Miss Ransekarang dah tahu kan ada tiga

IMANSHAH said...

@sonata anak kancilbetul kak, lain tempat, lain sebutannya..pelan2 kena blajo

IMANSHAH said...

@Azmer Liastulah, saya pun baghu tau jugak

IMANSHAH said...

@ckLah@xiiinamhaha apa yg mencarutnya

org kelantan pun satu, nak ketegak jugak

IMANSHAH said...

@Rozali

saya pun semalam kopek durian..durian dah luruh yeop

Citarasa Rinduan said...

cikgu
penat ayu nak faham/rupanya kopek bermaksud dompet utk orang perak...hahahha


ayu faham yang alst jer, kopek a.k.a siat/buka sesuatu

IMANSHAH said...

@Citarasa Rinduandompet untuk oghang utagha..hehe

tulah kita punya perbendaharaan kata sikit

khaifaiz said...

salam.. nice one..

IMANSHAH said...

thanks bro

Mohammad Aiman said...

hahaha....kesiannya..
indah betul bahasa malaysia :)

gadisBunga said...

hahahaa!!! mmg lawak. dah la semalam baru tgk citer hantu kak limah. hahaaa!!!

nur aisya humaira said...

Banyak maksud sebenarnya...
lain tempat, lain penggunaan perkataan ni kan...
sesetengah tempat, sensitif klu dengar...

zati embong said...

tetibe terasa belajar bahasa plak kat sini O.o follow sini.

Afida Anuar said...

hehe...

saya pun baru tau ni kopek itu juga bermaksud dompet..

sissyira said...

salam

loghrat yang mempunyai pelbagai maksud ..hhee

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget