WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, February 3, 2011

CATATAN PENGALAMAN HAIKAL DI MESIR 25 JANUARI-3 FEBUARI 2011


25 Januari 2011
Kami sebagai pelajar Universiti sangat bersyukur kerana diberikan cuti sempena Hari Polis Sedunia. Kemudian saya melihat seorang rakan ‘update’ status twitter berkata “it’s the police day but it seems the people wont let the police to rest for a day”. Saya masih ketawa dan mendengar desas desus ada rusuhan berlaku di Tahrir, Cairo yang terletak lebih kurang 1 Jam 30 dari tempat saya Zagazig. Saya masih melawak dan mengatakan ini mesti rusuhan berkenaan kenaikan harga roti ish (makanan ruji ) yang dinaikkan harga oleh kerajaan sebanyak 400%. Tetapi selepas melihat video di Youtube baru saya tahu mereka serius sehingga ada yang berkampung di Medan Tahrir dalam kesejukkan winter dan perusuh berkongsi roti ish demi melapik perut.
28 Januari 2011

Pagi Jumaat seperti biasa tapi dalam khutbah Jumaat, imam ada mengatakan yang tiada halangan untuk pergi menyertai rusuhan tetapi di harapkan semua yang menyertai rusuhan menjaga keselamatan diri masing-masing. Kami pelajar Malaysia masih ingatkan perkara ini tidak serius tapi pada waktu malam selepas menonton Al-jazeera, kami mendapat clear picture apa yang berlaku sebenarnya. Perusuh menjadi semangkin ramai dan ganas. Bangunan kerajaan di pecahkan dan berita tentang penjara di Alexandria pecah tersebar.Memang benar perkara itu berlaku dan banduan-banduan ini merompak bank dan pasaraya Carefour di sana. Saya yang berada di Zagazig iaitu lebih kurang 4 Jam perjalanan ke Alexandria masih merasakan selamat berada di bumi Zagazig sehinggakan . Tidak di sangka-sangka rupanya Zagazig yang aman ini juga bergolak, mendapat call dari rakan yang rumahnya 15 minit dari kawasan perumahan saya mengatakan di bawah rumah mereka penduduk Zagazig sedang merusuh, 1 trak polis dan 1 kereta awam diterbalikkan dan dibakar.Asap gas pemedih mata naik sehingga ke dalam rumah. Pada hari ini jugalah segala perhubungan dengan dunia luar disekat seperti SMS dan Call serta internet. Hanya certain-certain handphone yang boleh membuat panggilan.
29 Januari 2011

Certain-certain call yang boleh di buat malam semalam hanya untuk kawasan selain Cairo dan Alex. Maknanya kami memang tidak dapat bertanyakan khabar sahabat-sahabat yang berada d Cairo dan Alex. Kereta kebal mula masuk ke bumi Zagazig dan perintah berkurung dari pukul 4 Petang sehingga 8 Pagi keesokannya di kuatkuasakan. Ramai pelajar sudah mula ketakutan dek kerana perintah berkurung dan penjara di Zagazig sudah di pecahkan. Kini lebih 30 000 banduan berkeliaran di bumi Mesir. Polis sudah tiada kuasa, yang berkuasa hanya tentera. Ada rumah pelajar Malaysia yang di tentang pintu oleh orang arab untuk mengajak mereka turut sama berdemonstrasi. Makanan di kedai-kedai mula habis, topup dinaikkan harga. Tapi Alhamdulillah kami di Zagazig sempat membeli makanan secara pukal.

30 Januari 2011- Dek kerana rusuhan yang masih belum berhenti, perintah berkurung diketatkan dari pukul 1 petang hingga 8 pagi. Rakan yang flight Egypt Air pada 30 Jan jam 1 am di batalkan tanpa sebarang notis dan tidak mendapat sebarang refund. Lebih kurang 50 pelajar Malaysia tersekat di Airport. Meraka tidur di sana 2 malam dan pada 2 feb baru sampai ke Malaysia.
2 Februari 2011

Khabar angin ada mengatakan pelajar Malaysia akan di bawa keluar, namun sebarang tindakan masih tidak di ambil.Kalau dilihat, keadaan tidak mungkn akan menjadi lebih baik namun keselamatan kami masih di pertaruhkan. Hanya pelajar Sabah yang di panggil pulang ke rumah negeri yang terletak di Cairo. Kami di Zagazig masih aman dengan kereta kebal di merata-rata tempat. Saya dan 2 orang rakan pergi ke pekan untuk melihat sendiri kesan-kesan rusuhan. Cermin-cermin bank pecah, kereta kebal berjaga di semua bangunan kerajaan dan dapat di lihat penduduk mula beratur panjang di mesin ATM untuk mengeluarkan wang yang 3 hari lepas National Bank of Egypt menghentikan segala perkhidmatan mereka.dalam perjalanan pulang saya melihat 2 kumpulan perusuh, satu anti-kerajaan dan sati lagi pro-kerajaan yang berarak keluar dari university untuk bertempur dengan penyokong anti-kerajaan. Apa yang mengejutkan saya bila melihat ketua bagi kumpulan kerajaan itu adalah orang yang saya kenal, iaitu Prof Abdul Aziz, Dean of Sports Faculty. Mala mini baru tersebar tentang plan mengeluarkan pelajar Malaysia secare berperingkat-peringkat
3 Februari

Pagi kami diberitahu untuk berkumpul pada pukul 10 pagi dan menunggu arahan seterusnya. Pihak univertisy berkeras mengatakan peperiksaan pertengahan tahun tidak akan di anjak dan mereka menghalang kami untuk pulang.

Catatan ini dibuat oleh anak murid saya, Ariff Haikal di blognya. Untuk melihatnya anda boleh mengunjungi BLOG INI .
Semoga Haikal, Uzair, Amir Idham, Sayuti, Hariz, Syahmi Zulkifli, Samad selamat.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

21 GENTA RASA:

ckLah@xiiinam said...

Catatan dari orang yang benar-benar mengalami, lebih meresap ke sanubari...terima kasih kepada yang mencatat.



**Tadi pun ada kelibat URL seorang bloger pelajar dari Mesir pu3balqis.blogspot masuk ke blog ckLah. Tapi dia tak menyapa.

IMANSHAH said...

tulah..kesian depa..mak ayah di kampung pun kecut perut sentiasa

ikan emas said...

semoga dia dan rakyat msia yg lain selamat.
subuh esok kumpulan pertama misi akan sampai.
harap ibu bapa dan keluarga mereka sabar dan bertenang..

Kalamhati said...

sama-sama kita doakan keselamatan mereka..

IMANSHAH said...

@ikan emasalhamdulillah, kita tunggu kepulangan mereka semua

IMANSHAH said...

@Kalamhatiibu bapanya hari2 buat solat hajat dan baca yassin..alhamdulillah, dah ada khabar berita

princess laila said...

bertemu kerana Allah...... :)

m0ga Mesir dan penduduknya di bawah lindungan Allah~

IMANSHAH said...

@princess lailaterima kasih berkunjung saudari

h A n Y S said...

moga mereka selamat disana..insyaAllah..

IMANSHAH said...

@h A n Y Sinsyaallah

::FAIZ FARISH:: said...

smoga mereka selamat

Si DauN CeRi said...

haaa.. baru hr ni sy tejumpe belog iman shah ni.. dulu awk xtinggalkan link. sedeu aww tak dapat jejak balik. skang dah xsedey sbb da bejaye smpi kat belog ni.. heh2 mcm mendaki gunung pulak.

yg ni stdnt zagaziq ye.. hurmm tu la.. zagaziq, tanta, dgn ape tu satu lagi mmg cam lambat sket dpt perhatian may be sbb kelompok besa die dekat alex dan cairo dan mansourah.. tp inshaAllah.. everyhting's gonna be just fine...

kakcik said...

Semoga mereka semua selamat kembali - pelajaran boleh disambung kembali tapi nyawa tiada galang ganti...

NzA said...

jap lg akak pn nk masukkan chat antara akak dgn adik br jap tadi sebelum mrk dipindahkan ke cairo....

Mohammad Aiman said...

malaysia pulak baru nak hantar pasukan gi bawak balik dorang.. =.='

~Insan Biasa~ said...

Semoga mereka semua berada dalam perlindungan Allah....

ijatnuar87 said...

uiks...naya plak kat diorang..masalah orang lain,mereka terlibat sama...moga2 mereka selamat

Afida Anuar said...

Ya Allah... dengar2 jugak ada pelajar malaysia terkena peluru sesat di pipi, tapi alhamdulillah selamat...

moga mereka semua dalam perlindungan Allah dan selamat sampai ke tanah air..

Khairul Amry Mohamad Puad said...

semoga mereka semua segera dihantar pulang. keadaan semakin teruk....

sissyira said...

salam pagi jumaat =)

hanya mereka yang tahu, dan hanya Tuhan yang dapat memahami

cik bebel sentiasa said...

kesiannya nasib kawan2 kita di sana.....

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget