WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, February 6, 2011

PERTEMUAN TAK DISANGKA-MEOR HASHIM MANAP DAN IZAIDAH KHAIRAN

Usai menikmati makan malam bersama teman-teman, saya mengunjungi Gerbang Malam, seakan uptown di Kuala Lumpur. Tempat yang menemukan pelbagai jenis ragam manusia daripada peniaga, pembeli, pengunjung sehinggalah penjaga parking. Ditambah dengan kesibukan Tahun Baru Cina, Gerbang Malam pada malam ini agak hiruk pikuk. Selalunya musim perayaan suasana lebih hidup di sini. Sekonyong-konyong saya menikmati  suasana malam di Gerbang Malam saya terpandang wajah yang cukup saya kenali. Hati terdeik.

Meor Hashim Manap!! Kemudian tanpa disangka muncul pula isterinya yang cukup saya minati bekas dramatis Izaidah Khairan bersama anak-anak. Lantas saya terkenang kisah pasangan suami isteri ini yang cukup tabah menjaga tiga dari tujuh anak mereka yang menderita penyakit  myopathy, sejenis penyakit otot. Saya hanya melihat mereka berdua berlalu pergi bersama anak-anak istimewa mereka. Hati terdetik untuk menegur, namun mungkin rasanya mereka tidak ingin diganggu, saya membatalkan hasrat.
“Mereka adalah harta saya yang paling bernilai di dunia ini. Saya tidak ada harta lain. Rumah yang kami duduki ini pun, saya masih menyewa,” tutur Meor Hashim Manap dalam satu pertemuannya bersama Utusan suatu waktu dahulu.

Namun jauh sekali dia menyesali apa yang terjadi. Warna hidup yang dilalui hanya satu, bersyukur dan jangan berduka dengan kurniaan Allah S.W.T. Tiada langsung sekelumit perasaan tertekan, mahu pun rendah diri dan rasa tidak sempurna apabila dikurniakan anak tidak seperti anak orang lain.Katanya berterus-terang, penghargaan erti sebuah pengorbanan sepatutnya didedikasikan kepada isteri yang dikasihi, Izzaidah Khairan.

Begitulah kehidupan manusia. Semuanya telah tersedia, Allah telah mencorakkan ajal, maut, pertemua, rezeki kepada setiap hambanya. Mior dan Izaidah diuji dengan cara begini. Dan mereka tabah dengan ujian tersebut. Kita yang sihat, segar bugar, dan elok lahirian seringkali juga diuji dengan sedikit kesusahan. Namun, tidak ramai yang mampu melihat ujian itu sebagai wadah untuk kita mendekatkan diri kepada Pencipta. Wallahua'alam.

p/s..masih terkenang lakonan mantap Izaidah dalam drama Opah dan Filem Rozana 87. Seorang lagi dramatis yang saya minati ialah Asmahani Hussin. Kemana beliau menghilang??


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

8 GENTA RASA:

NuSaNa NoSa 91 said...

mcm tu lah yg kita sepatutnya contohi.. xmenyesali takdir.. dan xmenyalahkn ujian-Nya.. ^_^

IMANSHAH said...

betul tu,,, menerima seadanya ujian Allah

sissyira said...

salam

sebenarnya tak kenal mana sgt dgn beliau ni, tp nama tu mcm biasa dngr la..

setuju dgn kata-kata tu =)

IMANSHAH said...

eh haha, saya suka tengok dia belakon

Sekamar Rindu said...

salam....cikgu Iman

wah...untungnyaaa....kagum dengan kecekalan abang Mior dan isteri...
'
moga Allah swt memberi kesabaran buat mereka...

Qamarul Sahid said...

anda telah ditag

http://qamaruluramaq.blogspot.com/2011/02/6-februari-2011-contest-sukan-itu.html

Zamz said...

dah lama tak dengar cite izzaidah khairan..suka tgk dia berlakon jadi lawyer dulu2

Kmlia Hshm's. said...

Lain kali kalau terserempak dgn kami tegur lah :)

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget