WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, February 3, 2011

PESANAN BUAT TIGA JEJAKA

Entri ini Imanshah tujukan buat tiga orang jejaka. Jejaka mana pulak tu. Tiga orang kenalan Imanshah iaitu IJATANUAR, KHAIRUL AZLAN dan adik kesayangan saya UBAI ( bukan adik sebenar). Kenapa mereka ada tempat special dalam entri Imanshah malam ni. Untuk pengetahun semua ketig-tiga rakan blogger ini akan memulakan kerjaya mereka sebagai guru pada 7 Febuari ini. posting yang pertama. Ijat dan Khairul Azlan ke Pahang manakala Ubai ke Sarawak. jauh tu dik, jaga diri baik-baik.

Apapun, sebagai orang yang dah merasai sepak terajang dunia pendidikan sedikit pesanan buat mereka :

1.Berbaik-baik dengan guru-guru senior. (wajib)
2.Hormati mereka.
3.Jangan menolak kerja. Jangan banyak berdalih.
4.Jangan panas baran dengan murid-murid seperti cepat angkat tangan.
5.Jangan selalu membngkang arahan ketua.
6.Duit gaji gunakn perkara-perkara berfaedah. Jangan boros.
7.Hantar duit gaji kepada ibu bapa. Itu menambahkan keberkatan.
8.Anggaplah tugas mendidik ni satu amanah.
9.Buat kerja sendiri, jaga core bisness kita. Jangan campur hal orang (tapi jangan pulak tak bercmpur)
10.Istiqamah dalam kerjaya.

Meminjam kata-kata IZZAH MYHUMAIRAKU....

Jika kita bercita-cita menjadi seorang jutawan di dunia, guru bukanlah jalannya kerana 74% jutawan di dunia ini adalah ahli perniagaan. Jika kita bercita-cita menjadi seorang yang berkuasa, guru bukan medannya. Jika kita bercita-cita menjadi jutawan akhirat, jalannya terbentang luas. Kita telah berada di landasan yang betul.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

51 GENTA RASA:

FasiHaH SupiaN said...

mulianya seorang guru sebenarnya..tapi apapun, memang 9/10 rezeki datang daripada perniagaan...

Sekamar Rindu said...

salam...

tak boleh cepat panas baran...

terutamanya yg mengajar di Tahun 1 spt saya ni..

Areef Ibn Naim said...

salam,

wah, pasti nervous bila nak melapor diri kan...

sy kan tak pernah merasa erti sebenar posting, perpisahan slps praktikum...

sbb, dulu sy kpli-lpbs j-qaf...

melapor diri di sekolah sbg guru dlm latihan, time cuti masuk maktab... praktikum di sekolah yg sama, posting pun di sekolah yg sama... then, sekola sy skrg ni sy dh pernah mengajar sbg guru ganti (semasa cuti sem di U)... so, mmg kenallah cikgu2 kat situ...

so, takde perasaan spt yg dialami guru2 baru tu, hehehe...

ahmad humairi said...

assalamualaikum,


guru....seperti segalanya.

selamat mencurah bakti.

Kalamhati said...

pesanan berguna buat org lama juga ni..hehe lama tp dikira masih setahun jagung lg dlm dunia pendidikan..syukran imanshah

Qamarul Sahid said...

atuk aku dlu guru besar.. nenek aku pun guru gak.. aku pun dulu bcadang2 nak jadi cekgu inggeris..

tapi poblem aku time tu tak reti eja exsiklopedia..

IMANSHAH said...

@FasiHaH SupiaNislam yang anjurkan kita berniaga..tapi janganlh penuh dengan tipu daya, helah dan riba

IMANSHAH said...

@Sekamar Rindubetul2..rasanya mengajar budak tahun satu lagi susah..syabas cikgu

IMANSHAH said...

@Areef Ibn Naimjauh jugak perjalanan tu, banyak pengalamn yang ditempa..cg areff hebat..dah amik master pun

IMANSHAH said...

@ahmad humairihurm, memang besar jasa guru..

IMANSHAH said...

@Kalamhatihurm,sama-samalah kita saling pesan memesan

IMANSHAH said...

@Qamarul Sahidhaha kamu ini..tu pun salah juga..pulas telinga ni

ckLah@xiiinam said...

Baik bang. Kita dengar...

:D

IMANSHAH said...

@ckLah@xiiinamalah CkLah ni...sifu lagi..20 tahun lebeh jadik tukang cakap kat kelas

siti murni said...

Selamat bergelar GURU buat mereka bertiga..:)

YUL said...

wah, kau cikgu eh sebelum nie,

Badboy91 said...

selamat bertugas and may Allah bless you all teachers..

IMANSHAH said...

@YULapa lak sebelum ni, sekarang pun cikgu gak YUL

IMANSHAH said...

@siti murnibgi pihak mereka terima kasih

IMANSHAH said...

@Badboy91thanks badboy

nmkhairulazlan said...

terima kasih cikgu imanshah (terharu nih)...
InsyaAllah, sy akan ingat pesanan2 tu selagi hayat dikandung badan...
terima kepada semua yang mendoakan sy..

IMANSHAH said...

@nmkhairulazlansama2..anda memilih untuk menjadi orang yang hebat..maka gunalah jalan yang dipilih sebaiknya..

Anda hebat kerana akan melahirkan lebih ramai insan yang hebat

sahromnasrudin said...

ASSALAMUALAIKUM

bagus pesanan hang tue..moga mereka ambik iktibar

hysman said...

yeah..
setuju,profesyen guru sbg pendidik anak bngsa sgt mulia..
sbb dlu bercita2 nk jd cikgu...
hehe..

la nih,nk jd ahli perniagaan plak..
kayo... ahaks

gadisBunga said...

salam. walaupun saya bukan cikgu tapi saya rasa macam sesuai juga nasihat2 tu saya amik. :)

a kl citizen said...

buat baik berpada-pada, buat jahat jgn sekali ...

~Insan Biasa~ said...

c-cantik/comel
i-ikhlas
k-kasih
g-gigih
u-untuk semua

white rose said...

no.1 & no. 2 dah smakin sukar ditemui pada adik2 junior ku...

urrmm...
apakah tandanya???

adakah "SAYA" sudah luput???

nmkhairulazlan said...

http://nmkhairulazlan.blogspot.com/2011/02/pesanan-daripada-cikgu-imanshah-hok.html

iKhRam said...

hahaha.. kalau cikgu2 pelatihyg nak masuk praktikum 7 feb ni boleh tak nak guna ingatan2 yang ada dalam entry tu??

ijatnuar87 said...

huhuhu...sungguh terharu...mekacih cikgu iman,setiap pesanan ni akan ambe sematkan dihati ambe,dan mekacih untuk doa-doa tu,hanya tuhan yang mampu membalasnya,hehehe...

lillies said...

tambahan : kalau bole rajin2 la bagi gift kat bebudak..supaya dorg tertarik dgn p&p kita..(tp klu kerap melampau..hehehe..)

jgn dok bodek2 sgt dgn org atas..nanti ada yg x suka...hehehe..(bercakap melalui pengalaman..)

kalau pentadbir bagi apa pun keje buat je, jgn bnyk dalih...nanti prestasi dpt x elok...


hehehee...actually banyakla nk pesan..tapi rasanya dorg ni akan melalui jugak segala macam rencam dlm hidup seorg guru ni..kalau nak senaraikan, 7hari 7 malam pn x abes...biarla dorg lalui sendiri pengalaman pahit manis tu..pastu bole menilai sendiri getirnya kehidupan seorang guru..betul x??

Khairul Amry Mohamad Puad said...

guru...satu pekerjaan yang mulia....seronok jadi cikgu, apalagi kalau dapat mengajar budak2 sekolah rendah..apa2 pon saya bukan seorang guru. hehehe....

selamat berkenalan cikgu :)

Sekamar Rindu said...

salam...

singgah sini lagi sebelum tido...


jam 3.21am

sissyira said...

salam pagi jumaat =)

sambil mengangkat ke dua-dua belah tangan, saya mengaku saya tidak layak menjadi guru,,

nub said...

terer aa jadi ckgu..

IMANSHAH said...

@sissyirabelum cuba belum tau

IMANSHAH said...

@Sekamar Rindumak aii saya dah lena diulit mimpi tu

IMANSHAH said...

@Khairul Amry Mohamad Puadseronok la jugak..tapi saya belum cuba ngajar sekolah rendah.

ok selamat berkenalan juga

IMANSHAH said...

@lilliesterima kasih cikgu lilies

bab bodek membodek tu saya suka, jangan letal pasir dalam periuk nasik orang

IMANSHAH said...

@ijatnuar87sama2 ijat..kau akan jadi guru yang hebat

IMANSHAH said...

@iKhRamyang praktikum pun boleh..lupa lak ikhram praktikum..good luck na..

IMANSHAH said...

@nmkhairulazlanowh ada entri balasan ke.ok nanti saya tengok

IMANSHAH said...

@white rosehurm tulah, saya pun mengalami masalah yang sama

IMANSHAH said...

@~Insan Biasa~wah kreatif juga IB ni..thanks

IMANSHAH said...

@a kl citizenhaha dengar tu, sifu kita bercakap..

IMANSHAH said...

@gadisBungamana yang rasa sesuai amiklah buat iktibar..hidup ni sementara sahaja

IMANSHAH said...

@hysmandah jadik bisnessman pulak ko ye,, kayo tu..hang mai blanja cek..bila ni nak turun ipoh

IMANSHAH said...

@sahromnasrudintulah, pesan kat orang baru.

maaf cakap junior2 cikgu sekarang, sabar jelah

IMANSHAH said...

@nub
terer tak tera, hang tengok cikgu imanshah hang ni..hang tengok lima tahun dah kan..hang rasa terer tak??

poyo sikit

NuSaNa NoSa 91 said...

perghhhh~ golongan cikgu2 nih.. hik3~ kene plak, xminat jd cikgu walaupun puas ibu suruh.. huk3~ ^_^

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget