WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, February 6, 2011

RIVAL TERKINI LIVERPOOL-CHELSEA

Persaingan antara Liverpool dan Chelsea sebenarnya tidak tercatat dalam sejarah panjang bola sepak Inggeris sebagaimana tercatatnya permusuhan antara Manchester United dan Liverpool.  Namun, hari ini seakan menyaksikan Chelsea mula menyertai kumpulan musuh-musuh utama Liverpool dalam EPL. Sebagai peminat utama Liverpool, Imanshah ingin paparkan sedikit sejarah perlawanan penting melibatkan pertemuan The Reds dan The Blues.

Pertama sekali sewaktu Liga Juara-juara tahun  2004-2005,  di mana Liverpool berjaya menyingkirkan Chelsea di separuh akhir dengan kelebihan satu gol. Kemudiannya kedua-dua pasukan bertemu lagi dalam Perlawanan Akhir  Piala Carling tahun 2005 dan Chelsea muncul pemenang hasil jaringan 3-2.  Liverpool lalu membalas kekalahannya itu di separuh akhir Piala FA 2006 di mana Liverpool menang 2-1 dan layak ke babak akhir.

Dalam Liga Juara-juara tahun 2007  Chelsea dan Liverpool berhadapan lagi. Kali ini kedua kelab bertemu di separuh akhir . Skor agregat 1-1 menyebabkan penentuan penalti diberikan dan Liverpool muncul sebagai pememang dengan jaringan 4-2. Dan Liverpool mara ke babak akhir, namun tunduk kepada AC MILAN 1-2. Pertemuan terakhir mereka di Liga Juara-juara  terjadi pada tahun 2009. Walaupun kedua-dua  pasukan terikat 3-3, namun kelebihan kepada Chelsea kerana peraturan gol di tempat lawan. 

Perang dingin ataupun rival kedua pasukan  semakin hangat apabila  Chelsea dikabarkan menyiapkan dana 70 juta dolar untuk melamar Torres pada Mei 2010. Pada aksi Liga Perdana 2010, Liverpool mengalami kejatuhan teruk dan ini sebenarnya membuka peluang kepada chelsea meneruskan hasrat mendapatkan Torres. Posisi ke-7 dalam liga  membuatkan skuad yang berpangkalan di Anfield ini  gagal ke aksi Liga Juara-juara. Dan inilah antara faktor yang menyebabkan Tores yang turut dikenali sebagai El-Nino mula membuka keinginan untuk beraksi di kelab lain. 

Meski tanda-tanda kebangkitan The Reds mulai nampak bersama The King ataupun Kenny Daglish, keinginan Torres untuk berpindah sudah tidak dapat disangkal lagi. Lalu secara rasminya Tores telah meninggalkan The Reds untuk menerima lamaran The Blues. Keadaan ini menyebabkan para penyokong Liverpool menggelarkan Tores sebagai pengkhianat dengan membakar jersi no 9 milik Torres.

Ironinya, malam ini sama-sama kita akan saksikan bagaimana buat pertama kalinya  batang tubuh Torres akan dibaluti jersey bewarna biru, apatah lagi bakal menentang kelab yang diwakilinya selama tiga tahun setengah. Dan saya berani mengatakan inilah anatra saat yang paling dinantikan oleh seluruh peminat bola sepak dunia.

Babak baru persaingan Pasukan Biru dan Pasukan Merah baru saja bermula.  Mari sama-sama kita nikmati.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

20 GENTA RASA:

nur aisya humaira said...

saya suka tengok barcelona main...hehe
langsg tk de kaitan...wakka

Hasrol Nizam said...

macam nak tengok je la malam ni..menarik

maCy said...

macy sgt frust ok semalam arsenal seri. awl2 lead.isk.

pape pn macy hrap mlm ni liverpool mng~

E.d.Y said...

MU jugak best walaupun kalah..haha

Wan Gerrard said...

Liverpool to win by 2-0..hahahaha

white rose said...

malam ni ek?
xpe, sok pasti ade yg melaporkan di blog...

sy suka warna biru...
tapi bkn sokong pasukan biru...

Afida Anuar said...

Entah kenapa, tapi saya harap liverpool menang malam ni..errr...Shah,nak tengok macam mana, astro kat rumah sewa saya ni pun takdak....errr

Abd Razak said...

Saya tengok keputusannya jer esok pagi

princess laila said...

erk..saya tatau ape2..tolong! heh2~

IMANSHAH said...

@nur aisya humaira

suka tengok je ke??wahaha

saya juga sokong barca

IMANSHAH said...

@Hasrol Nizam

jom2..stay up meh

IMANSHAH said...

@maCy

alahai kesiannya..ada ke patot lead 4-0 boleh seri..lagi tragik kalau kalah

IMANSHAH said...

@E.d.Y

erk, boleh nak gelak tak yeop?? kahkahkah

IMANSHAH said...

@Wan Gerrard

hopely

IMANSHAH said...

@white rose

kalau saya rajin saya buat lah..hehe

macam bz je

IMANSHAH said...

@Abd Razak

ok ustaz..

IMANSHAH said...

@princess laila

haha takpe..its ok!!

IMANSHAH said...

@Afida Anuar

hehe meh tumpang kat umah saya..wakaka

Yelena Anastasia Romanov said...

Heheh takut Torres salah masuk gol je..or LFC players salah pass bola kat Torres..ekekkee

Raji berkata said...

hohoho kalau ak dapat duit yg byk cmtuh pun confirm akan tukar club $__$

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget