WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Friday, February 11, 2011

SAHABAT TERBAIKKU

Sehari dua ini perasaan menjadi sedikit berserabut. Hati tidak tenteram, jiwa resah mengenangkan sahabat baik telah melukakan hati dengan tindak-tanduknya. Memang tidak menyangka dan menduga, persahabatan yang dibina selama bertahun-tahun akhirnya menjadi dingin kerana beberapa sebab yang tak dapat Imanshah ceritakan di sini. Namun, walaupun hati agak terkilan dan berjauh hati, Imanshah berharap agar keterlanjuran yang berlaku ini cepat-cepat dapat dibuang jauh dan hubungan kami kembali seperti sediakala. Teringat satu kisah tentang sahabat, mungkin kalian pernah membacanya di blog-blog lain .Imanshah letakkan jua sebab nak share kerana ianya memang memberi pengajaran dan pelajaran berguna untuk orang yang memiliki sahabat.


Dua orang sahabat karib sedang berjalan melintasi gurun pasir. Di tengah perjalanan, mereka bertengkar, dan salah seorang menampar temannya. Orang yang kena tampar, merasa sakit hati, tapi dengan tanpa berkata-kata, dia menulis di atas pasir.
"HARI INI, SAHABAT TERBAIKKU MENAMPAR PIPIKU".

Mereka terus berjalan, sampai menemukan sebuah pantai, dimana mereka memutuskan untuk mandi. Orang yang pipinya kena tampar dan terluka hatinya, mencuba berenang namun nyaris tenggelam, dan  diselamatkan oleh sahabatnya. Ketika dia mulai sedar dan rasa takutnya sudah hilang, dia menulis di atas batu:
"HARI INI, SAHABAT TERBAIKKU MENYELAMATKAN NYAWAKU".
Orang yang menolong dan menampar sahabatnya, bertanya:


 "Kenapa setelah saya melukai hatimu, kau menulisnya di atas pasir, dan sekarang kamu menulis di batu?" Temannya sambil tersenyum menjawab, 


"Ketika seorang sahabat melukai kita, kita harus menulisnya di atas pasir agar angin maaf datang berhembus dan menghapus tulisan tersebut. Dan bila sesuatu yang luar biasa terjadi, kita harus memahatnya di atas batu hati kita, agar tidak bisa hilang tertiup angin".


Begitulah persahabatan wahai teman-teman. Bila ianya menyakitkan, melukakan dan memilukan, biarkanlah ianya berlalu dan berikanlah maafmu. Dan jika ada kebaikan yang diberikan kepada kita, pasakkanlah kebaikan itu di dalam hati supaya ianya terus kekal menjadi kenangan terindah untuk dikenang.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

50 GENTA RASA:

white rose said...

ya...BETUL...
sy setuju...

sebgaimana cikgu IMANSHAH melaluinya,
sy juga sedang melaluinya...

persabahatan LELAKI jauh beza dengan perempuan...

LELAKI mudah memaafi,
tapi perempuan...
bila dah benci, dia akan benci selamanya...

SAYA, MEMAAFKAN MEREKA...

Cikgu Tie said...

Kawan senang dicari,sahabat sejati memang sukar untuk ditemui.Hargailah persahabatan itu seandainya ia wujud dalam diri anda.Bertolak ansur itu perlu demi mempertahankan sebuah persahabatan yang suci.

khaifaiz said...

Sedangkan lidah lg tergigit, inikn pula hubungan persahabatan.. Sy sokong white rose dan cikgu tie

Citarasa Rinduan said...

psst.....
cikgu, sudi ker nak sahabat dengan ayu si budak bau busuk dengan bau ayam, bawang , halia dll>???

Nazsabrina Iman Zulfikar said...

A friend is like a flower,
a rose to be exact,
Or maybe like a brand new gate
that never comes unlatched.
A friend is like an owl,
both beautiful and wise.
Or perhaps a friend is like a ghost,
whose spirit never dies.
A friend is like a heart that goes
strong until the end.
Where would we be in this world
if we didn't have a friend.

IMANSHAH said...

@white rose

setuju2..saya lelaki yg suka memafkan..forgive and forget

IMANSHAH said...

@Cikgu Tieada sedikit berbekas di hati, namun, insyaallah lama2 akan hilang..masa akan menentukan

Eyrique Ettiqaz. said...
This comment has been removed by the author.
IMANSHAH said...

@khaifaizwah, sedang lidah lagi tergigit, terkonang pada lagu P RAMLEE..hehe

IMANSHAH said...

@Citarasa Rinduan

bau bawang lagi syok..huhu

Eyrique Ettiqaz. said...
This comment has been removed by the author.
Ayuni said...

hm, kdg2 dh x sanggup nk jg hati org....

Dinas Aldi said...

semoga jalinan persahabatan dik Iman dengan sahabat itu kembali kukuh seperti dulu, insyaallah!

IMANSHAH said...

@Eyrique Ettiqaz.

Im always appreciate my SAHABAT..together or apart, she always remain in my heart

IMANSHAH said...

@Dinas Aldithanks kak dinas

IMANSHAH said...

@Ayuni

selagi mampu, jagalah hati sahabat

AfiQ said...

cerita tu sgt suweet!!!! ermm... abg iman sabar eyh.. insyallah nanti lembut la hati teman abg tu.. mudah-mudahan kalian berbaik2... =)

sicomot-comel said...

SCC selalu nangis bila bergaduh dengan sahabat baik SCC..
then,mesti teringat kisah ni..

wuwuwuuwu

eszol raar said...

ini macam status cikgu ari tu

niceeee

sesungguhnye dalam resah gelisah dan bermuram durja itu terdapat syaitan

maka,berwuduklah

Izzah Al-Maliziyyah said...

Assalamu'alaikum wbt cikgu...

Begitulah rasanya jika nilai ukhuwwah hilang. Sekurang-kurangnya cukuplah berlapang dada (salaamatus-sadr). Selebihnya jangan berputus asa untuk berdoa. Moga Allah redha hubungan kalian~

Tambahan: Turut mendoakan ukhhuwwah fillaah cikgu dan sahabat cikgu itu. Ameen ya Rabbal 'Alameen.

zackyuell said...

dah menjadi lumrah kebanyakan manusia...lebih mengingati satu keburukan sehingga buta pada beribu kebaikan yg ada...

kebencian merosakkan diri...kemaafan memerdekakan jiwa..

Afida Anuar said...

Cikgu Shah jangan sedih eh cikgu...sahabat datang dan pergi, insyaAllah kami masih setia di sini... menulis segalanya di komen ni, supaya ianya kekal tidak hilang melainkan kalau ada yang delete..hehe

IMANSHAH said...

@AfiQ

thanks Afiq..always miss my good friend

IMANSHAH said...

@sicomot-comel

jangan nangis2 ye

IMANSHAH said...

@eszol raar

itulah..hehe alahai ingat lagi anda ye

IMANSHAH said...

@Izzah Al-Maliziyyah

Thanks Izzah..insyaallah berlapang dada walaupun pahit

IMANSHAH said...

@zackyuell

saya setuju dan kita ini tidak maksum..belum mencapai tahap Nabi yang sangat pemaaf pada musuh2 baginda

IMANSHAH said...

@Afida Anuar

InsyaAllah saya kuat..thanks kerana selalu singgah di sini

nub said...

alolo suweetttt.. ghaha

Azzam Yani said...

slm cikgu...sahabat cikgu tu tau ke dier wat slh kt cikgu?...klu dier x tau pn cikgu maafkan je...tp ckg kene tgr kesalahan dier...

SUZIE APAI said...

sokong sgt...!dgn citer kt ats tu la...

kawan bley mjadi lawan..tp tanpa kawan hidup kita sepi...

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Begitulah dunia persahabatan ada pasang surutnya. Kadangkali kita diuji begitu kerana dia ingin melihat sejauh mana kesetiaan kita.

Sabar erk!

nurkass said...

salam iman..
mmg pedih kan..kalau dah berbaik sekalipun kesan nya tetap ada..

setuju ngan white rose..lelaki mudah memaafi..tapi perempuan ni bila dah disakiti susah nak sembuh..

E.d.Y said...

persahabatan perlukan pengorbanan

Ummi Humaira said...

salam dik Iman...

begitu lah hidup dan kehidupan ... berbagai ragam dan kerenah di dalamnya...

cerita tu nak akak copykan , nk dijadikan bahan untuk mendidik anak2 yg 5 org nie supaya sentiasa hidup saling bermaaf2an.

Nur Syahirah Hainan said...

salam iman....begitu sekali shbt yg menyayangi shbtnyer.....

::FAIZ FARISH:: said...

sahabat sejati sukar dicari....

NzA said...

itulh lumrah alam dik...kita kena byk bersabar n brdoa disaat lalui kesukaran ini...
moga prhubungan iman cpt pulih.....insyallah.....

azrinrahim said...

ayie suka cerita ini..memang betol bro..kita kena terima setiap perlakuan sahbt kita.. enjoy kan bila ad shbt yg memahami kita.. ya Allah, tabhkanlah hati abg imanshah ni menghadapi dugaanMU, sesungguhnya Engko sentiasa bersama orang yg sabar..incya-Allah

ibuintan said...

as salam Iman,

disakiti oleh sahabat baik memang amat menyakitkan, walau lukanya telah sembuh parutnya tetap berbekas di hati... sabarlah, itu hanya sedikit ujian

soffea said...

sabar ye cikgu. mungkin ini ujian n dugaan Allah dlm hubungan persahabatan kalian. pasti ada hikmah yg tersembunyi.


kawan penting kan. lg penting dr bf sndiri. ewahh~ hehe.

soffea said...

sabar ye cikgu. mungkin ini ujian n dugaan Allah dlm hubungan persahabatan kalian. pasti ada hikmah yg tersembunyi.


kawan penting kan. lg penting dr bf sndiri. ewahh~ hehe.

Azmi said...

first time baca cerita ni man...thanks for sharing....
jambu? (sampai hari ni aku duk fikir...rasenya aku dah faham dah....aku kan??)haha....

makdara TERdiva said...

teringat kisah di zaman remaja..kerana irihati persahabatan terburai..tsk!

za petrelli said...

gaduh2 itu yg buat persahabatn maken erat. sahabat ibarat bunge dalam taman..tak same dan pelbagai..sahabat pon begitu, ade macam2 ragam,,
tapi kepalbagaian itulah yang buat kita serasi bersama.. macam2 ragam itulah
yg mengidupkan suasana dan membuatkan diri kita jadi istimewa dan kepelbagaian itu jugaklah byk mengajar kita erti kehidupan

Cik SHiNJU said...

Amik gitar pastu nyanyi lagu sahabat (aizat) utk Imanshah...opss...ujan lak..heheh :P

Kalamhati said...

dats true..
strongly agree dgn apa yg diungkapkan..
menjadi pesanan untuk diri akak juga

Hafzan Sarah said...

asam garam dunia kan..
bersahabat pun ada masin, ada manisnya juga kan.
-------------------------------------
sejahat-jahat sahabat ialah sentiasa berlapang dada.

Kaseh said...

tetiba terasa nak call sahabat lama yg dah lama mendiamkan diri...thanx iman...

sissyira said...

salam....

teringatkan sahabat lama mendengar kata-kata "HARI INI, SAHABAT TERBAIKKU MENAMPAR PIPIKU".

sungguh....daku terkedu..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget