WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Friday, February 4, 2011

SAYANG PENCURI, PARANG-PARANGKAN

Sedang mengemas rumah, Imanshah terjumpa sebilah parang yang baru sahaja dibeli. Kalau nak tengok, gambar kat bawah ni lah parangnya. Yang bersinar-minar tu. Hulunya warna merah. Nampak berani sikit orang  yang gunakannya, walau dalam hati bukan berani sangat pun. Imanshah belinya di Pasar Besar Ipoh dengan harga RM17. Ni bukan parang  Cik Mamat Tumpul ye, tetapi parang ni tajam dan bisa membunuh!! Disebelahnya yang agak kontot itu, dah le kontot tumpul lagi, Imanshah jumpa waktu meronda kawasan sekolah malam-malam. Bawak balik supaya parang ini tak digunakan secara salah. Bukan apa, budak-budak kan, bukan boleh tengok benda-benda pelik ni.


Sebenarnya Imanshah ada cerita tentang parang lama ni. Ada kenangannya. Nak dengar dak? Baiklah, dengar ye anak-anak, pada suatu malam Imanshah tidur di ruang tamu bersama seorang bekas murid yang datang ke sekolah. Namanya Farid.  Dia datang nak tulung train budak-budak bahas. Sekonyong-konyong kami keletihan kerana latihan tamat jam 12 malam, kami tertidur di ruang tamu. Tiba-tiba pada jam 3.00 pagi, Imanshah terkejut dari lena yang panjang sambil berdengkluran apabila terasa seseorang berada dekat di sebelah Imanshah. 

Demi melihat Imanshah membuka mata, lelaki tersebut terkasima. Walaupun cuaca agak gelap kerana hanya ada lampu tandas sahaja menyala. Mata bertentang mata. Wah boleh pulak Imanshah menggaru-garu mata nak pastikan mimpi ke realiti. Lelaki tersebut terkejut, dan cuba melarikan diri. Tak semena-mena Imanshah mencapai parang kontot tadi dan cuba mencari lelaki tersebut. Satu rumah Imanshah geledah. Ya Allah, keberanian tiba-tiba mencanak dengan tinggi sekali. Sambil mengejutkan Farid, Imanshah terus mencari di luar rumah. Lelaki tersebut sudah bukak langkah seribu rupanya.

Alamak telefon bimbit  Imanshah yang baru beli sudah kena kebas da. Bila tengok duit dalam beg, adeih, LIMA RATUS bang terbang. Tapi yang tak boleh tahannya sampai kami tergelak apabila Imanshah cuba menghubungi telefon Imanshah menggunakan HP Farid. boleh pulak dia jawan panggilan Imanshah.  Nak tahu apa jawapnya:

Sorry sangat-sangat. Mintak halal HP dan duit. Saya sangat perlukannya.

Terus HP dimatikan dan Imanshah tak dapat hubunginya lagi. Boleh pulak mencuri hak orang. Nak cakap apa lagi memang salah sendiri tidur tak kunci pintu kan. Haha, tapi kan Imanshah terfikir jugak, buatnya masa saya mengejar dan menggeledah rumah menggunakan PARANG tu, buatnya pencuri tu masih ada. dan melawan. Lalu dia menetak Imanshah, tak ke haru?? Orang kalau dah terdesak, apa sahaja akan dilakukannya. Alhamdulillah selamat semuanya. Kalau betul duit itu digunakan dengan cara yang baik (dia kata terdesak), Imanshah halalkan semuanya.

p/s : Buat farid yang baca kisah ni, syukur sebab farid tak diapa-apakan. Manalah tahu anak orang, jenuh cikgu nak menjawabnya nanti.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

51 GENTA RASA:

nyanyisunyi said...

Terkenang pulak insident yg menimpa kak ida 2.1.11 lalu..lebih kurang sama lah kitakan iman..bezanya netbook kak ida dicuri sama..adoii...nk ganti semula amik masalah jwbnya..

IMANSHAH said...

@nyanyisunyikebetulan notebook saya pelajar saya pinjam, untuk research bahas. Selamat la..

nub said...

nanti da ada bini, syg bini jgn diparang parangkan pulak. hahaha

- abdul hadi abdul muti - said...

ni rumah yang mane ni cikgu?

IMANSHAH said...

@- abdul hadi abdul muti -rumah dalam kuarters tu lah..tahun lepas rasanya sebelum UIA

IMANSHAH said...

@nubeh sayang bini kot, awat nak parang

Rozali said...

Assalamualaikum Iman

berbudi bahasa pencuri tuu
mukin dia terdesak betul

Wassalam

IMANSHAH said...

@Rozalitulah, takpe marah sekejap je..terfikir juga, kalau dengan wang itu dapat meneyelamatkan seseorang atau membantu anak dia belajar.

Kan tak semua rezeki kita adalah hak kita..

Miecyber said...

Kena lebih berhati hatilah lepas nie...


Berpantang maut sebelum ajal

Ayuni said...

jahatnye...

IMANSHAH said...

@Miecybertulah, sekali kena takkan ulanginya lagi

Kaseh said...

uishhhh ngeriinyaaa....

IMANSHAH said...

@Ayunihurm, namapun pencuri

IMANSHAH said...

@Kaseh
ngeri tengok parang ke, ngeri tengok pencuri

Eazy Izzuddin said...

oh seriau bila tgk parang..
huk3
xD

Dinas Aldi said...

terdesak sesapa sakit nak guna duit bayar bil hospital or beli ubat takpalah. jangan terdesak nak pi beli dadah, sudah. walaupun dia mencuri, kita fikirkan yg baik2 sajalah, apa lagi nak dikatakan..

AZRUL AZMI said...

boleh pulak mintak izin macam tu... ada ke patut... tapi okay la... tak de apa yang jadi...

IMANSHAH said...

@Eazy Izzuddintulah, beli parang kalau terjadi apa2 kan senang, main libas je

IMANSHAH said...

@Dinas Alditulah, saya berfikiran positif kak..sodakoh je la

IMANSHAH said...

@AZRUL AZMIxpatut pun kira patut le..dah hilang dah pun

: husna : said...

kelakar dengar pencuri tu cakap. dan dan mintak halal. hahaha.

IMANSHAH said...

@: husna :saya pun terkasima, farid lagi terkasima..

Belalang Hijau said...

mcm sedih pulak baca sms yg pencuri tu hantar...mybe bukan kemahuan dia kot buat mcm tu..

xpela..bersangka baik jela sesama kita...hee

Mohammad Aiman said...

ahahaha... baik betul pencuri nih..

(baru dpt dgr citer macam mana. sebelum ni dgr mulut budak2 star je.. xtau citer sebenar :)

Lelaki Ini said...

kesian plak sebenarnya kat pencuri tue wlpun kesian kat cikgu n farid..
adeyh2!

rainee said...

awak halalkan jer...baiknyer awak. kalau sy dah lamer #@%&%$ hahaha
-dura-

gadisBunga said...

pengajarannya.....lain kali tidur kene kunci pintu tahu!!!

Izzah Al-Maliziyyah said...

Innallahi wa inna ilai hiroji'un~

"...Sesungguhnya kami milik Allah SWT dan hanya kepada-Nyalah kami kembali.” [al-Baqarah: 156]

Tambahan: Asbab musibah cikgu ini untuk kebaikan cikgu dan kami juga. Mudah-mudahan~

faridalazim said...

cikgu!!! saya ada dua kenangan dalam post ni.satu obviously lah yg cerita pencuri masuk tu.second,parang tumpul tu cikgu jumpa waktu kita sama2 ronda blok yellow ngan nik tunggu budak f3(batch paman) balik fly kan? hehehe.. lawak gler r.

ibuintan said...

nasib baik kejar dengan parang tumpul kalau parang tajam. sendiri jatuh sendiri luka pula..

maaf dan halalkan je la, mana tahu nak beli susu anak.. eh boleh ke mencuri kerana terpaksa?

IMANSHAH said...

@ibuintantu kena tanya ustaz razak la..boleh ke kalau mencuri kerana terpaksa

IMANSHAH said...

@faridalazimahah lupa masa tu kita jumpa kat yellow, nik ngan zu pun ada kan..haha kenagan2 betul

syukur farid selamat

IMANSHAH said...

@Izzah Al-Maliziyyahhurm ye kot..jangan lupa tutup pintu tidur..kunci sekali

IMANSHAH said...

@gadisBunganak terlupa, nak buat macam mana..kalau boleh diundur masa nak je kunci pintu

IMANSHAH said...

@raineehaha dura long time not hear from you..

haha biar ah

IMANSHAH said...

@Lelaki Inifarid dah selamat merantau kat England dah

IMANSHAH said...

@Mohammad Aimanowh haha, tulah, malas nak bukak cerita sebenarnya

IMANSHAH said...

@Belalang Hijaubtol2..bersangka baik lah sesama insan

sitihanisahali said...

ade plak nak mnx halal..hehe.sengal nye perompak...hehehe..

IMANSHAH said...

@sitihanisahalitulah sangat sengal

lillies said...

syukurla xde apa2....

bole plak penyamun tu mintak halal ekk..klu sy maunye sy kata kalau brani gunala...kang ada yang kena langgar dengan treller...hahaha...
sangat kejam kan sy ni...hehehe....

banyak lagi keje yang bole buat selain dr menyamun....hmm...apela nak jadi dengan manusia zaman skarang ni...

IMANSHAH said...

@lilliessangat kejam u..hehe

tulah namapun manusia, kalau tak baik, jahat

Citarasa Rinduan said...

ayu ada kenangan ttg kecurian/rompak di rumah..nasib kami tiada..
tapi pencuri mmg dok bersenangan di rumah..semua di geledah..kain bju pun di buka dan dikibas satu persatu..

pencuri masuk melalui tingkat bilik air, bayangkn tingkap tu tinggi..depa boleh jet besinya..
sampai skrg terlalu geram dengan perompak

tpi, kes cikgu..adoi....awat leh pul cikgu tak kunci pintu, dan pencuri tu...ala2 baik hati gak, jawap panggilan..heheheh..agak lucu

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

dulu ms belajar dh penah kne rompak bilik lg..HP n laptop patik ilang...gile kau...

echah mashuri said...

haha,sempat pulak kan dia mintak halal.tapi mungkin dia betul2 perlukan tuh.kalau idak tak mungkin pencuri nak cakap camtuh kan cikgu?

ijatnuar87 said...

aikyark...boleh plak mintak halal..kalu dah mencuri tu memang terdesak la,hehehe..arap2 dier sedar diri la,heeh...cukup2 la mencuri tu...nasib baik la selamat...

IMANSHAH said...

@Citarasa Rinduantulah hingga sekarang kami gelak kalau jumpa..

hurm lepas ni kena hati2 jang

IMANSHAH said...

@Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A)haha masa belajar yang tak tahan tu..kesian patik

IMANSHAH said...

@echah mashurisaya rasa betul. kalau tak tentu dia dah matikan hp

IMANSHAH said...

@ijatnuar87tulah, harap2 jangn la mencuri, kang kena tangkap, naya

nur aisya humaira said...

terdesak betul pencuri tu...uish2,nasib cikgu halalkan...:)
pemurah hati cikgu iman ye..:)

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget