WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, February 12, 2011

SEKEMBALI DARI MESIR : SABAR, SYUKUR DAN SERONOK

ENTRI terakhir oleh my beloved student HAIKAL tentang pengalaman beliau di Mesir. Alhamdulillah HAIKAL telahpun berada di bumi Malaysia. Setelah entri-entri yang sebelumnya daya paparkan di SINI, DI SINI dan DI SINI. Promote blog anak murid..wahaha. Kalau nak jenguk blog Haikal bolehlah berkunjung  DI SINI.

3 perkataan ini cukup untuk mengambarkan semua pengalaman yang saya terima selama 11 hari darurat di Egypt dan 5 hari di Kompleks Tabung Haji di Jeddah.


Sabar
Mungkin ada yang berfikiran ujian kesabaran yang paling getir diihadapi oleh kami ialah ketika berada di Egypt, tapi tidak kerana saya seronok ketika berada di Egypt . Bagi saya ujian kesabaran yang paling dirasai ialah apabila melihat karenah manusia yang suka mengambil hak orang lain ataupun bersikap seperti enau dalam belukar yang cuba untuk melepaskan pucuk masing-masing. Sedih melihat umat islam menindas umat islam yang lain dan tidak menghiraukan kepada saudara sesama islam mereka.perkara ini jelas dapat dilihat ketika proses penyerahan passport untuk mengambil token giliran pulang ke Malaysia. Sepatutnya siapa yang sampai ke Jeddah dahulu diberi keutamaan untuk pulang dahulu, tetapi ramai yang baru tiba di Jeddah sudah menyerahkan pasport mereka dengan harapan dapat pulang awal. Sama juga ketika agihan makanan, tak kiralah kamu pelajar jurusan agama yang sepatutnya berperwakatakan warak ataupun pelajar perubatan yang dikatakan pelajar pintar, semuanya sama mengambil makanan lebih tanpa memikir orang belakang. 

Syukur
Saya sangat bersyukur diletakkan oleh Allah di bumi Egypt untuk menyaksikan sendiri umat Islam dan Kristian bersatu hati bangkit untuk melawan pemerintahan kuku besi di Egypt. Semangat pejuang-pejuang ini sangat saya kagumi dari cara mereka mempertahankan hak mereka, berkongsi segala kudrat dan makanan untuk riot ini. Dahulu saya bangga melihat pemain bola egypt melakukan sujud syukur di atas padang setiap kali mereka menjaringkan gol, kini saya dapat berbangga dengan egyptian yang beragama kristian yang mempertahankan pejuang islam yang sedang solat dari tentera-tentera Egypt. Pengalaman ini sangat berharga kerana kali terakhir malaysia mengalami darurat ketika peristiwa 13 Mei. Kini saya dapat merasainya sendiri bagaimana ketakutan untuk keluar rumah sewaktu darurat. Harap-harap perkara sebegini tidak akan berlaku di Malaysia.

Seronok
Mungkin ada yang pelik mengapa saya rasa seronok? Lama saya berdoa untuk dapat menjejak ke Tanah Haram Mekah tapi kali ini dengan rancangan Allah saya dapat memijak bumi Saudi, Negara kelahiran Junjungan besar Nabi Muhammad. Pada mulanya bercadang untuk menunaikan umrah namun dek undang-undang manusia, terbantut rancangan tersebut. So near, yet so far..tapi pengalaman 5 hari hidup di Kompleks Tabung Haji sangat menguji ketahanan diri, cuba bayangkan selepas 3 jam menaiki charlie, kemudian menunggu untuk pelepasan visa selama 6 jam di airport jeddah, kami dibawa ke kompleks tabung haji, setibanya di sana selepas pendaftaran kami diberitahu yang tempat penginapan.dek kerana kepenatan kami mengambil kotak dan tidur ditepi coridor. Ketika ini tiada sentimen kau anak datuk aku anak petani. Semua tidur seperti pengemis. Satu pengalaman yang sangat berharga. 

Saya juga turut seronok melihat rakan-rakan yang dapat pulang ke Malaysia setelah sekian lama berjauhan dari rumah. Ada yang sudah 8 tahun tidak pulang ke Malaysia, ataupun mempunyai masalah kewangan untuk pulang ke Malaysia. Sedih menjadi seperti mereka. Namun berkat kesabaran mereka, alhamdulillah Allah mengurniakan nikmat selepas ujian. Syukran lillah Ya Allah.

Akhir sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam proses evakuasi pyramid, Kerajaan Malaysia, penderma dan sesiapa sahaja.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

13 GENTA RASA:

Cik Mus said...

Subhanallah :)

Nazsabrina Iman Zulfikar said...

The 3S words.... Sabar.syukur.seronok.

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Ada yang tak sanggup balik kerana mahu susah bersama dengan guru mereka

::FAIZ FARISH:: said...

dah baca kat blog dia...

Kakzakie said...

Assalamualaikum cikgu,

Pengalaman melaluinya itu ada nilai tersendiri. Ada waktunya Allah tunjukkan bahawa manusia dijadikan sama taraf hanya iman menjadi ukuran. Nama pun IMAN :-)

Sayang tak dapat buat umrah walau dah terlalu dekat. Sebenarnya umrah sekejap je kerana hanya melibatkan niat, tawaf, saie dan cukur. Itulah kerana manusia cikgu terhalang. Insya-Allah kalau azam sudah ada akan terkabul jua suatu hari nanti...

nurkass said...

alhamdulillah dia selamat pulang ke malaysia..dugaan darinya..

E.d.Y said...

Penduduk Mesir berpesta sakan bila Hosni Mubarak telah berundur.. begitu juga dengan negara jiran mereka, Palestine. Tetapi sebenarnya maut sedang menanti....

white rose said...

subhanallah...

tapi, semua ini telah dirancang oleh pihak israel...

pihak israel siap bersedia nak melakukan sesuatu...

kita tak nampak, kita tak jangka...

dalam sekelip mata, pihak israel melakukannye...

mie said...

alhamdulillah..
semuanya selamat sampai...

princess laila said...

stiap y blaku ade hikmahnye :)

alhamdulillah ramai kawan2 da slamat smpai m'sia :)

NzA said...

Alhamdulillah...syukur.....amin....

Raji berkata said...

kawan saya dapat cuti 8 bulan lepas nih..
bestnyer dia >.<

cuti je yg pk =.="

ap2 alhamdulillah masing2 selamat sampai

sissyira said...

salam

sedihnya tengok picture kat atas tu..tidur macam tu je...tapi pengalaman yang di lalui oleh beliau itu adalah satu pengalaman yang amat berharga.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget