WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, February 1, 2011

SELAMAT BERSARA 'PAPA'

Jumaat lepas 28 Januari 2011, satu majlis sederhana namun cukup bermakna telah diadakan di Sekolah Bintang bagi meraikan persaraan rakan guru iaitu Cikgu Zainudin yang secara rasminya menamatkan perkhidmatannya sebagai pegawai kerajaan. Setelah hampir 35 tahun menyumbang bakti dan tenaga buat bidang pendidikan, akhirnya saat itu tiba juga. Hendak tinggalkan, terasa sayang, nak bertahan, keadaan sudah tidak mengizinkan. Beliau yang mesra dipanggil papa oleh para pelajar kelihatan sebak sepanjang majlis berlangsung. Yalah bukan senang nak mengubah rutin harian. Kalau hari ini dan sebelum-sebelumnya, jam 5.30 pagi sudah bangun bersiap-siap untuk ke sekolah. Kini rutin juga harus berubah. Tiada lagi buku rancangan mengajar hendak ditulis, tiada lagi marker pen yang menjadi teman setia, dan tiada lagi kertas-kertas ujian untuk ditanda.

Apapun, ini hari beliau. Bercakap soal jasa dan bakti, ianya cukup abstrak dan subjektif untuk dinilai. Sejauh mana?? Setinggi mana?? Sebanyak mana jasa yang dicurahkan. Allah jua yang menilainya. Jika ada ketulusan, ketelusan dan keikhlasan serta betul cara kita mendidik, insyaAllah ada bahagian kita di akhirat. Kita yang tinggal dan masih berada dalam perkhidmatan awam, ambil segala teguran, saranan dan nasihat yang diberikan kerana mereka yang memberikan nasihat bercakap berdasarkan pengalaman yang dilalui. 

HOK SENGOTI ingin mengucapkan selamat bersara buat Cikgu Zainudin. Semoga sentiasa dirahmati oleh Subhanahuwataala hendaknya. Datang dan pergi, bertemu dan berpisah, itu lumrah duniawi. Semoga diberi kesihatan yang berpanjangan untuk terus mendekatkan diri pada Pencipta.

Sebak apabila dipeluk oleh sahabat seperjuangan yang sama-sama berjuang di Sekolah Bintang. Eh ada pulak yang sayu yang menyaksikan adegan yang tak terduga ni. Intai apa tu?
Rouse Up buat kali terakhir kepada papa mereka.
Sahabatku , sebaik  sahaja dikau beredar dari sekolah  ini, maka terbukalah pintu rindu dihati kami. Selamat menerusan perjuangan. Mungkin budimu yang tumpah di sini, hatta setitis mahupun selaksa. Bukanlah untuk dijual beli atau ditimbang kati kemudian hari. Yang dikau  sampaikan selama ini hanyalah amanat dan tanggungjawab. 

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

31 GENTA RASA:

eszol raar said...

ingat lg dulu die ngajar sains pastu jd kan cheng anak angkat die

abes cheng kne kutuk

kesian cikgu zainudin dr dulu

x kene dgn usia bekerja mcm org muda

nub said...

rindunya nak rouse up ramai2....

IMANSHAH said...

@eszol raarhurm tulah, esok2 aku dah tua macam dia kan..keje macam org muda plak..haish

IMANSHAH said...

@nub
buat jelah ngan budak2 lain..ajaq depa nyanyi..kahkah

Abd Razak said...

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ

Sayu juga baca ceritanya. Moga cikgu zainudin sentiasa dalam kesihatan yang baik dalam melalui kehidupan bersara selepas ini...

Mohamad said...

Memang terasa sebak jika kita terpaksa meninggalkan kerjaya yang kita sayangi..

Namun apa daya.. sampai masa terpaksa pergi juga.. itulah lumrah kehidupan.

edyanuar said...

selamat bersara cikgu zainudin. jasamu tetap dikenang!
*rouse up genggam tangan duhh*

sahromnasrudin said...

SEMOGA BELIAU TERUS MENYUMBANG kepada dunia pendidikan tanahair dalam aktiviti NGO pula....

hysman said...

harapnyer beliau akan terus memperjuangkan dasar pendidikan wlupun dah bersara...

Raji berkata said...

selamat bersara cikgu
huhu sedihnya...
dlu kalau ad cikgu bersara setakat duduk kt tepi je lambai2
tapi kalau ckgu yg pernah mengajar tu rasa mcm terkilan skit

Kaseh said...

selamat bersara cikgu...ermm rouse up tu apa eik..

Rozali said...

Assalamualaikum Iman

selamat bersara cikgu zainudin
semoga kelapangan lebih untuk beramal

Wassalam

IMANSHAH said...

@Abd Razakitulah harapan buat semua kakitangan yang bersara..moga diberi kelapangan untuk beramal

IMANSHAH said...

@Mohamadhurm saya ada kira-kira 27 tahun lagi untuk menamatkan kerjaya

IMANSHAH said...

@edyanuarntah, korang dulu macam mana

IMANSHAH said...

@sahromnasrudinalhamdulillah beliau telah dilantik sebagai presiden kelab bekas guru Sekolah Bintang

IMANSHAH said...

@hysmaninsyaallah, bidang yang dicintai takkan dilupakan..

amacam banjir??turuk ke

IMANSHAH said...

@Raji berkataklise kan??lambai2..huhu

yang penting doa semoga terus diberi kesihatan yang berpanjangan

IMANSHAH said...

@Kasehrouse up tu lagu cheer budak2 sekolah saya..liriknya sayu

IMANSHAH said...

@Rozalihurm itulah yang dihajati beliau dalam ucapannya

ckLah@xiiinam said...

Mama kami pun akan bersara 18 Feb ini.



Psst: Boleh pinjam skrip juru acara tak? Malaslah nak mengarang....


:D

adol ihsan said...

assalamualaikum, cikgu ..

dah bersara dah beliau, moge2 beliau akan terus cemerlang dalam hdup,, amin ..

moge cikgu pon akan terus berjaya .. :)

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

sedih bile ingt PISAH2 ni...sob sob sob...

IMANSHAH said...

@ckLah@xiiinamboleh2, takde masalah, dah siap dah

IMANSHAH said...

@adol ihsanthanks adhol..

IMANSHAH said...

@Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A)pisah dunia je bro

::FAIZ FARISH:: said...

aku stuju ngan Fauzi.....

Qamarul Sahid said...

kou pun nangis kan?? cover2 plak..

IMANSHAH said...

@::FAIZ FARISH::men setuju2 lak..haha ok2

IMANSHAH said...

@Qamarul Sahidslumber dang je cakap orang..mana aku nangis

sissyira said...

salam malam rabu =)

sapa yang nangis tu? tak malu...wahwhahw...

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget