WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, February 15, 2011

SUKAR MEMBUAT PILIHAN

Petang tadi mengadakan pemilihan terakhir untuk pasukan sekolah. Dari 20 pemain, dikecilkan kepada 18 sahaja, dan daripada 18, kepada 15 sahaja. Saat ni lah payah sikit, nak buang mana-mana pemain. kalau boleh senaraikan semua bakat-bakat muda yang ada, nak sahaja Imanshah senaraikan. Huhu. Sedih tu memang lah sedih. Setiap kali membuat pemilihan, pasti ada yang menjeruk rasa dan berjauh hati. Paling tidak, seminggu dua tak turun latihan.

Tapi sebagaimana yang selalu Imanshah tekankan, bukan sahaja bakat yang dipertaruhkan, tapi ianya melibatkan soal disiplin, semangat, dan kesungguhan. Kalau setakat berbakat, tapi disiplin tak ada, makanya senang sikit kerja. Dan mereka harus akur bahawa dalam dunia ini tiada jalan singkat untuk berjaya. Liga hoki Perak semakin melabuhkan tirai, dan Kejohanan Hoki MSSD Kinta Utara dan Kejohanan Hoki SBP Zon Utara pula megambil tempat. Semoga pilihan yang dibuat merupakan pilihan yang terbaik.


Dan selalunya, pemain yang tak terpilih akan mengambil dua pilihan. Pertama terus menarik diri. Ni kira memang tak memiliki semangat kesukanan yang tinggi lah. Takpa, peluang diberikan, kalau tak mahu terpulang kepada individu. Dalam pasukan, tiada istilah anak emas. Dan yang kedua, mereka menganggap ianya satu cabaran buat mereka. kali ini mereka akan terus giat berlatih, menggilap bakat, menambahkan stamina dan yang paling penting taat dan akur pada guru atau jurulatih. Dan ada dalam kalangan mereka akhirnya berjaya dan menjadi ayam tambatan pasukan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

13 GENTA RASA:

hysman said...

cayalah cikgu imanshah..
terbaik..
jgn pilih kasih wokeh...
dr situ kita boleh nmpk mane yg bsemangat kesukanan or tidak...
terbaik bro..

white rose said...

sy ade sejarah mengenai kisah ini...
cara sy memberontak sama sperti mereka...

malah sy lbih bersikap tak ambil peduli...
jika guru sy mengambil pemain dari kalangan kawan sy tak mengapa, tapi dia lbih utamakan pemain dari sekolah lain...

kecewa + hampa...

tapi skrg, malas nak layan...

hahaha...

za petrelli said...

macam2 ragam erk.. kamu cekgu atau bakal cekgu?

soffea said...

wah. cikgu iman coach hoki ke?? kagum. kagum saye lame giler tak men hoki. rindu la plak...

nway, best of luck utk team cikgu semoga mndapat kejayaan yg gemilang..

Citarasa Rinduan said...

cikgu..
memang gitu ker mereka..kalau tak diri..eik..tak jantanlah...!!!

shameel Iskandar said...

salam maulidur rasul.

Guru SBP ker. Star ke. Dulu saya guru mnegajar kt SBP. sek men sains lahad datu. tapi pulang semanjung, minta sek harian biasa.

Sham said...

steady shah...moga mendapat pilihan yang terbayek...!moga mu dapat lahirkan jaguh hoki setaraf norsaiful,mirnawan...

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

bdk2 cm ni kne bg moral support so dat depa ni x cpt down..bdk2 ni iman shah..

IMANSHAH said...

@za petrelli

salam, saya cikgu le

aReTikZ said...

Yezza.. hehe.. macam pemilihan skuad kebangasaan ni.. ahakz.. tp besa lah tu.. adat tak terpilih.. frust kan.. huhu..

Raji berkata said...

hohoho macam juri juga ;D
nak wat pilihan susah
tapi lagi susah kalau nk jaga hati jer

Afida Anuar said...

ingatkan sukar nk buat pilihan tuk pilih bakal isteri..errr...

Jangan marah aa shah, gurau je:P

DaHLia said...

dulu masa sekolah rendah, bila pergi selection, xpernah terpilih dalam mana2 sukan pun..last2 putus asa utk sertai mana2, aktif persatuan je

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget