WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, February 1, 2011

TERKINI DARI MESIR

Salam buat semua. Sedikit info berkaitan keadaan di Mesir sekarang. Sebentar tadi, Imanshah sempat berhubung dengan ibu kepada seorang pelajar Imanshah yang kini sedang menuntut di Zagazig University, Egypt. ARIFF HAIKAL @ GORIE merupakan anak murid Imanshah pada tahun 2008 merupakan antara ribuan rakyat Malaysia yang sedang berada di seluruh Mesir. Ibunya sempat menghubungi Haikal di Egypt subuh pagi tadi, dan Alhamdulillah Haikal selamat. Cuma sedikit kebimbangan kerana beberapa insiden telah berlaku.

1. Zagazig berada jauh juga dari Cairo, kira-kira 1 jam 45 minit perjalanan. Namun tempiasnya telah sampai. Kereta kebal telah berkawal di bawah apartmennya.

2. Kedai-kedai mulai tutup dan bekalan makanan hampir habis. Haikal sempat membeli bekalan makanan pada hari Jumaat lepas. Kini semua kedai di Zagazig tidak beroperasi.
3. Rakyat Malaysia di Alex telahpun dipindahkan ke Syria mulai semalam, sedangkan Amerika Syarikat telah berbuat demikian 2, 3 hari lebih awal.
4. Tentera Israel mula memasuki Egypt. Keadaan ini membimbangkan kerana tentera Israel suka membedil sesuka hati.
5. Panggilan masuk ke Mesir sahaja dibenarkan. Manakala panggilan keluar telah disekat. Begitu juga dengan laman sosial serta internet.
Inilah sedikit info dari bumi Mesir. Semoga Haikal dan semua rakyat Malaysia di bumi ambiya' selamat hendaknya. Semoga keadaan ini akan mematangkan mereka. Kepada ibu bapa Haikal dan mereka yang mempunyai anak-anak dan ahli keluarga di Mesir, banyak-banyak kita berdoa. Semoga Allah melindungi saudara-saudara kita ini.

p/s..juga buat Uzair, Amir Idham, Sayuti, Samad, Hariz, Syahmi Zulkifli. Semoga kamu semua dalam lindungan Allah.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

52 GENTA RASA:

akhiran said...

Sama2 mendoakan semuanya di bawah lindungan yang Esa di sana.amin

Cik Mus said...

semoga semuanya selamat, InsyaAllah

IMANSHAH said...

@akhiranterima kasih, insyaAllah doakan terbaik buat mereka

IMANSHAH said...

@Cik MusinsyaAllah

Perancangan Allah terbaik!!

Izzah Al-Maliziyyah said...

Assalamu'alaikum wbt cikgu...

InsyaAllah. Sama-sama mendoakan mereka semua. Mudah-mudahan selamat di bawah lindungan rahmat-Nya. Ameen ya Rabb~

Tambahan: Saya juga tidak dapat menghubungi sahabat di sana.

Ummi Humaira said...

salam cikgu iman...

akak doakan Haikal dan semua pelajar serta rakyat Malaysia dlm keadaan selamat...ameen

IMANSHAH said...

@Ummi Humairasyukran Ummi..juga buat semua rakyat Malaysia yang sedang ditimpa musibah banjir

IMANSHAH said...

@Izzah Al-Maliziyyahsalam, memang benar susah nak hubungi mereka, namun berkat kesabaran, alhamdulillah allah permudahkan

mR.sYaH said...

semoga semua pelajar malaysia selamat dan dilindungi.. dn jgnlah berlaku perkara yg tdk diingini..

IMANSHAH said...

@mR.sYaHkerajaan kita lambat, ada sebelas ribu pelajar Malaysia di sana..kerajaan lain dah bawak balik

ckLah@xiiinam said...

Semoga anak-anak Malaysia di sana selamat....ramai juga kaum kerabat di sana. Yang belajar, yang bekerja. Semoga dilindungi semuanya.

sonata anak kancil said...

semoga semua rakyat Malaysia @ students semua sentiasa di dalam lindungan Allah swt...Teringat lah akak baru saja ke sana bulam Disember lepas...macam baru aje kembali dari sana...sekarang katanya dah sampai ke Alex....ngeri tengok suasana itu...

IMANSHAH said...

@ckLah@xiiinamtulah, pelajar saja dah sebelas ribu

luahfikiran said...

SALAM,
TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN INFO. MENDOAKAN RAKYAT MALAYSIA DI SANA SENTIASA DALAM PERLINDUNGAN ALLAH SWT

IMANSHAH said...

@luahfikiranSalam dato LF, inilah naluri seorang bapa rasanya walau belum beranak..

IMANSHAH said...

@sonata anak kanciltulah, bila ingat haikal, saya ingat akak yang baru balik dari sana,,mujur berlaku sewaktu akak dah balik

a.samad jaafar said...

suasana makin genting..presiden akan lakukan apa saja demi mengekalkan kuasanya.. umat islam terancam dan diancam.. moga Allah berikan kemenangan kepada pihak yg benar..

IMANSHAH said...

@a.samad jaafarsalam, betul tu..hatta mmbunuh rakyat yang tak berdosa sekalipun..

nabilah_2908 said...

semoga semuanya selamat...

adik sepupu sy ada di sana juga...tak tau la apa cerita dia skrg ni..

hope mak ayah dia dah dpt call dia..

jom ke APA KATA HATI pulak,
HARI MENTERNAK LEMAK-PART 2

sahromnasrudin said...

semoga mereka semua selamat hendaknya...

IMANSHAH said...

@nabilah_2908selalu lah cuba call...semua orang dah keluar, kita masih terhegeh2 lagi ..tak tahulah

IMANSHAH said...

@sahromnasrudininsyaAllah Rom

white rose said...

duan tiga hari ni berdebar2nya mendengar berita dari sana...
semoga semua yg berada disana berada dalam keadaan selamat...

Ujang9897 said...

risau gak ek keadaan teruk

IMANSHAH said...

@white rosetulah..perkembangan terkini keadaan makin meruncing..

IMANSHAH said...

@Ujang9897tulah, depa tengah berperang dengan perasaan, kita bz berblog dan berFB bagaikan..hehe jangan marah jang

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Moga umat Islam di sana semuanya selamat..amin

adol ihsan said...

semoga mereka dilindungi Allah ..

sissyira said...

salam petang selasa =)

meremeng bulu roma, tidak pernah terfikir untuk berada dalam situasi yang macam ni... semoga mereka semuanya selamat...takut3.

Admin P@P said...

Assalamualaikum.
Semoga rakyat Malaysia, terutama pelajar kita, dalam keadaan selamat dan dalam lindungan Ilahi.

Tak terduga keadaan sebegini boleh berlaku di Mesir...

TQ

ijatnuar87 said...

smoga diselamatkan la sumer warga msia kat sna...dan semoga cepat2 la berakhir bencana nih...menakutkan btol la...

NuSaNa NoSa 91 said...

takut dgr sal ni.. harap2 semua shbt2 kt mesir slmt.. huk3~ T__T

d_tieah said...

Ade yg update bgtau kbykn pelajar sudah keluar dari Mesir..
Ade yg berada kat Malaysia Hall..
Insya Allah semua selamat..

eszol raar said...

amin

IMANSHAH said...

@Abd RazakinsyaAllah ustaz, solat hajat sama

IMANSHAH said...

@adol ihsanye adhol, kawan2 mu ramai di sana

IMANSHAH said...

@sissyiratulah, itulah risiko berada di negara2 yang bergolak

IMANSHAH said...

@Admin P@Ptulah salahnya Husni Mubarak, yang dikatakan terlalu mengikut telunjuk AS

IMANSHAH said...

@ijatnuar87doa2lah, mujur di Malaysia tidak berlaku keadaan yang tak diingini

IMANSHAH said...

@NuSaNa NoSa 91insyaAllah slamat

IMANSHAH said...

@d_tieahkebanyakan dah dipindahkan ke Syria

IMANSHAH said...

@eszol raaruzair???ada dengar berita?

Qamarul Sahid said...

InsyaALLAH selamat..

NzA said...

semoga semuanya selamat...ttp amat kecewa dgn pihak atasan yg seolah2 lepas tngan.....hanya waris2 yg merasai keperitan berurusan dgn mrk....

faridalazim said...

sedihnya!!risau

Afida Anuar said...

InsyaAllah..moga selamat semuanya tiba di Malaysia nnti..

IMANSHAH said...

@Afida Anuarbegitulah hendaknya saudari

IMANSHAH said...

@NzAsemoga adik akak selamat ye

IMANSHAH said...

@faridalazimtulah, mak gorie risau gile

IMANSHAH said...

@Qamarul Sahiddoa kita semua

ariff haikal said...

assalamualaikum cikgu,
terharu saya bila cikgu mengambil berat tentang saya walaupun saya jauh di perantauan.

alhamdulillah berkat ilahi saya dan rakan-rakan masih merasa aman di dada bersama-Nya

pendapat peribadi saya, pengalaman ini sangat bermakna bagi saya dari segi historical values and islamic values. dapat melihat konfrantasi besar-besaran di depan mata dan kebangkitan semangat jihad islam di seluruh tanah middle east khususnya Mesir.

sekali lagi terima kasih kepada yang mendoakan kami.

amiridham said...

Assalamualaikum cikgu,
saya juga merasa terharu dan berterima kasih kerana mendoakan kami di sini.

kami selamat dan dalam keadaan yg aman, alhamdulillah

Dan saya setuju dgn Ariff; untuk personally experience revolusi di Egypt ni secara first hand, ia adalah satu pengalaman yg amat bermakna.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget