WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, February 20, 2011

TIROD

Pagi tadi kakak telefeon. Katanya mak sakit. Terus hubungi mak. katanya ada bonjolan pada lehernya. mak cakap tirod. sudah pergi ambil darah di hospital. Juga berubat tradisional. memang saya tak tahu pasal tirod ni. Cuba recall balik masa belajar dulu. Penyakit tirod. Puas godek-godek, tak ingat juga.

Bahayakah? Saya sendiri tak tahu. Malam nanti nak cuba search internet tentang penyakit ini. Ada sesiapa yang memiliki pengalaman penyakit tirod? Harap boleh share dengan saya. Dua hari lepas juga, anak  murid saya kehilangan ayahnya yang pergi secara tiba-tiba. Padahal minggu lepas saya baru sahaja berbual dengannya. Memang begitu ketentuan Ilahi. Pergi dengan mudah sekali. Takziah buat Amirul. 

Maaflah, sejak akhir-akhir ini penulisan saya agak simple sekali. Keinginan untuk berblog memang ada, namun saya memang mengejar masa. Petang hingga malam ini, kami di stadium untuk latihan hoki. Pagi besok, sekolah ganti sempena Tahun Baru Cina. InsyaAllah masa untuk bersenang-senang akan tiba juaa nanti. Assalamualaikum.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

35 GENTA RASA:

Citarasa Rinduan said...

tirod merupakan penyakit yang agak kronik sebab berkenaan dengan saluran pernafasan/pemakanan kita

jalan penyelesaian adalah dengan pembuangan tirod....

harap2 mak cikgu nak jalankan sessi pembedahan...
dan sembuh seperti sedia kala,,,amin

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..

kne jalani pembedahan ke?? semoga semuanya selamat ya

::FAIZ FARISH:: said...

Semoga semuanya selamat

cikgu isza said...

salam,
mak saya telah menjalani pembedahan tiroid.. kata doktor.. memang pembedahan adalah langkah yang terbaik mengatasi penyakit ini..
setakat ni.. alhamdulillah.. mak pulih sepenuhnya dan tiada apa yang harus ditakutkan..
semoga semua selamat.. insyaallah~

gadisBunga said...

salam, semoga mak kamu tak apa-apa. ada ramai blogger doctor kalau kamu mahu bertanya tentang info penyakit ni.

nurkass said...

salam iman..
berdasarkan pengalaman mak kawan akak..mmg bahaya penyakit ni..kalau boleh bertindaklah lebih awal..semoga semuanya dalam keadaan baik..

nyanyisunyi said...

Insyallah selepas jalani pembedahan semuanya akan pulih seperti biasa..cuma lepas pembedahan suara akan bertukar sementara buat beberapa ketika.

Cik SHiNJU said...

Semoga semuanya selamat..
Saya pun xtau pape sal tirod ni..x dapat la nk tlg..

Takziah buat Amirul..Al-Fatihah...

Raji berkata said...

xpernah dgr plak tirod owh o.O
mcm tongsil ker?
innalillah buat ayah anak murid cikgu tuh.. jiran saya pun baru ada seorang yg meninggal

norfaridahanum said...

insyaAllah tidak akan ada masalah besar mahupun komplikasi yang buruk. kalau tak boleh treat dgn ubat,dia akan bedah.tapi setahu saya,penyakit berkait thyroid bukanlah tergolong dalam senarai penyakit yang berbahaya.semoga selamat semuanya=)

Sham said...

ui sibuk hang sekarang ye...teruskan perjuangan mu cikgu...
kiriman doa moga mak cepat elok...

Dinas Aldi said...

semoga masalah kesihatan ibu dik Iman tu tak serius & dapat diatasi dengan segera ya!

nas said...

takziah buat anak murid cikgu
hu3
aku xtahu sgt pasal tirod ni sbb aku budak sastera
hu3
harap2 bende ni xbahaya..


latest entri:

definisi blogger popular dan disukai ramai bagiku

NuSaNa NoSa 91 said...

setahu keen.. tirod ni bhy, bleh bwk kematian.. =.=

semoga semoga mak cikgu cepat2 sembuh.. syafakillah~ ^_^

Afida Anuar said...

Semoga Allah sembuhkan mak Shah, tak silap saya kena hati2 dengan makanan yang diambil...

PS: besok dan lusa saya cuti..jangan jeles..lalalala..

iKhRam said...

tak mengapa.. menjadi guruu itu memang bergelumang dgn kesibukan yang nyata.. nampak remeh tp semaunya penting..

apapun yang pendek itu tetap nampak hebat andai menjadi manfaat kepada umum.. sedikit biarkan jadi bukit..

white rose said...

ingat tak dgn entry mak sy?
dia juga pengidap thyrod...

tapi dalaman...
simptom2nye gelisah, hati tak tenang, tak tentu hala, kdg2 kepala asyik pening2 je, kuat makan, tido tak lena, kdg2 tak mau tido & mcm2 laa...

kalau boleh, bawak mak terus pegi pakar...kalau pi hospital biasa, prosesnye amat lambat...

mcm mak sy la, gi hospital biasa dlu, dah 3 bulan xde pengurangan sakit, akhirnya kami bawak ke specialist ipoh, alhamdulillah mak sy dah bertambah sehat & bole tidur dgn lena...

smoga mak cikgu cepat2 sehat ye...

ibuintan said...

semoga mak Iman cepat sembuh

banyakkan sabar

nur aisya humaira said...

biasenye org kena tirod ni kne operate kan???lecturer sye pernh kena...huhu
semoga emak cikgu iman cepat sembuh..

mR.sYaH said...

tak tahu tentang tirod tu.. apa2pun semoga mak cikgu cepat sembuh..

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Moga cikgu tabah dan moga mak cikgu cepat sembuh

Izzah Al-Maliziyyah said...

Assalamu'alaikum wbt cikgu...

"Berubatlah wahai hamba-hamba Allah, sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit, melainkan meletakkan untuknya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua." [Riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah]

"Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila betul ubatnya, maka sembuhlah dengan izin Allah." [Riwayat Muslim]

Tambahan: InsyaAllah, mendoakan kesihatan bonda cikgu berada dalam kesejahteraan. Ameen~

za petrelli said...

smoge mak cepat sembuh..

Ayuni said...

hm, kurangkn mkn seafood...

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kelenjar tiroid ini boleh membengkak dan menjadi merah atau ia membentuk satu benjolan.Penyakit tiroid jenis hyperthyroidism adalah gejala yang kerap berlaku terutama dikalangan wanita berbanding lelaki.Oleh itu golongon yang kerap berisiko menghidapinya adalah wanita.

kami doakan moga mummy cepat sembuh yerrr Amin.....

echah mashuri said...

cikgu,tak tau jugak penyakit tuh bahaya or x,tp mybe sakit kerongkong je kan.semoga mak ckgu cepat sembuh.al fatihah utk abah ank murid cikgu.dari DIA kita dtg.pada DIA kita pulang.

Kakzakie said...

Dalam kesibukan emak kena lihat dulu. Usah ditangguh lagi. Apa juga penyakit akan merebak kalau bertangguh.

Ujian dari Allah cikgu....

ckLah said...

Imanshah...
Cari ruang, balik sekejap ziarah bonda. Kepulangan anak bujang seoran ini pasti dapat melegakan sakitnya sedikit...

Ya anakanda...

iniialahaku said...

bleh gak aku bljar sains kesihtn kat cni

aReTikZ said...

ramai dah bagi jawapan.. saya nak bagi pun.. xjd bg.. sal memang xtahu.. hehe..

Apapapun.. semoga mak cepat sembuh ^_^

sissyira said...

salam

maka hargailah masa lapangmu sebelum datangnya masa sibukmu =)

tirod ni rasanya tak bahaya kot, cuma kena bedah je buang benda tu,,,,kalau tak silap la..

DR Bubbles said...

Assalamualaikum Cikgu,

Saya ini pembaca senyap blog cikgu sejak beberapa waktu dahulu.

Hujung minggu ini, saya dan rakan-rakan daripada batch tahun 93 akan kembali ke STAR, alma mater yang tercinta.

Pada petang hari Sabtu kami akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan para guru dan kakitangan STAR dan pada malamnya kami mengadakan majlis makan malam meraikan bekas-bekas guru STAR di Tower Regency Hotel.

Moga dapat bertemu cikgu di STAR pada hujung minggu ini.

Iskandar

maiyah said...

assalam..
mnta le nasihat doktor..

Si DauN CeRi said...

hurmm... famili sy pon ade genetik penyakit tiroid ni.. arwah nenek sedara sy meninggal sbb terkena kanser tiroid yg type anancastic, jd mmg survival sgt rendah.. adik bongsu sy menghidap congenital hypothyroid.. jadi mmg kene waspada..

NzA said...

moga mak iman cpt ok.....

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget