WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, February 8, 2011

WA CINA !

Salam sebelum subuh. Terjaga dari tidur yang panjang. Alhamdulillah, Allah memberi nikmat kehidupan dan kesihatan buat hamba-Nya. Hanya entri pendek di subuh yang hening ini. Satu kisah yang terjadi kepada seorang sahabat di sebuah IPT. Kisah tentang malas solat subuh berjemaah. Bukan untuk sekadar menjadi bahan gelak tawa, tapi untuk diambil sedikit iktibar darinya.

Epal, bukan nama sebenar setiap hari akan berhadapan dengan skuad kejut subuh di asrama kampusnya. Epal sangat terganggu kerana setiap pagi ada orang akan datang mengetuk pintu biliknya dan pintu-pintu lain di bloknya. Untuk tujuan yang satu, mengajak umat manusia bangun mempersiapkan diri untuk mengahadap Allah Yang Maha Pencipta. Sama-sama mengimarahkan surau di blok asramanya untuk bersolat Subuh berjemaah.

Tidak tahan dengan suara-suara istiqamah skuad kejut subuh, pada satu hari, Epal berteriak dari dalam. 
Soli, wa Cina. Lain bilik la ketuk.
Dan apa yang dihajatinya tercapai, kerana semenjak dari itu, tiada lagi ketukan ke biliknya untuk mengajaknya bersolat subuh berjemaah. Samada Skuad Kejut Subuh sudah tahu isyarat supaya jangan dikejut penghuni bilik tersebut, atau memang menyangka penghuninya berbangsa cina. Benarlah, Allah memilih hamba-Nya untuk diberikan rahmah dan keampunan. Namun kita yang memilih untuk berpaling dari kasih sayang Allah. 

Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Agama yang benar. ( Ayat 5 : Surah al-Bayyinah )




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

31 GENTA RASA:

white rose said...

selamat pagi cikgu...!!!

ade jugak manusia mcm nih...
sudah terpilih tapi berpaling...

"YA ALLAH jauhkan sikap itu dari hambaMU ini yang lemah..."

Afida Anuar said...

Hehe..wa ingatkan lu nak cakap, yang lu ni asal keturunan cina...kehkeheh..

nice shot!...

kakcik said...

Sampai begitu sekali? Tidakkah Epal risau andainya dia gugur tanpa sesiapa menyedari?

mR.sYaH said...

adeh. macam tu skali dia buat... ish3..

nurkass said...

salam..
amboii..sampai camtu dia buat..haihh..minta simpanglah..

Raji berkata said...

huhu smpai begiu skali xnk orang kacau der tdo..
x.x"

::FAIZ FARISH:: said...

akupun mcm Afida... igt ko nak bgtau ko Cina... hahaha

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Kalau gugur aqidah tu camner...

sahromnasrudin said...

wa bukan cina..wa melayu sejati..tapi jiran wa cina..kami kawans baik hehehehe

ahmad humairi said...

assalamualaikum,

cina tu tak penting....muslim atau x?, tu kena amik kira!

Cik SHiNJU said...

Salam...

Kelakar epal nih..
Semoga diberi hidayah...

khaifaiz said...

manusia bermcm ragam

Nazsabrina Iman Zulfikar said...

hehehe wa pun cina.... tp still kena solat

NzA said...

malangnya nasib si epal tu...mkn lama makin jauh dr rahmat Allah.....

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

wooooooo kadang dseru kat lubang telingga pun payah nak terima.....
cepat lah sebelum terlambat... "Dan, Ingatlah... hanya dengan mengingati Allah... hati akan menjadi tenang."

nabilah_2908 said...

kesiannya Si Epal...sempatkah Si Epal berubah..?

jom ke APA KATA HATI pulak,
WHERE RAINBOWS END

wahida said...

sanggup dia cakap mcm tu semata2 x nak solat jemaah?
jauhkan kita semua dari sifat mcm tu...

Azmi said...

kalau malas seklai pun tak perlulah nak mrngaku cina seperti mengaku diri sendiri kafir

REPUBLIK N9 said...

aku pun 2x5... jahil kan :(

SUZIE APAI said...

lorrrr.....epal epal....

macam2....

Dinas Aldi said...

huih sampai gitu sekali si Epal tu cakap..

Amira Naddia said...

bermakne die xngaku islam la? murtad!

gadisBunga said...

kalau cemtu kene tukar nama. jadi limau mandarin. baru cina. heheh~

Adinda Amy Sensei said...

salam awak..
apa khabar..
moga sihat selalu..

Insan Marhaen said...

apa salahnya ajak dia pi masjid?

ibuintan said...

salam Iman,

epal tidak bersyukur kerana mendapat rakan yang benar2 rakan, semoga dia tidak hanyut

iKhRam said...

adakala tak semua kita rajin.. tp tidaklah sampai sanggup menidakkan kemalyuan dan keislaman kita..

Sham said...

hua hua hua manyak pandaila lu punya kawan...

Semarak Api said...

bile dah besa pnjg susah da nk pksa2 kn..pkir la sndri..mg dbukakn atinye n ati kite sume spy rjin2 jmaah.huhu...

woot-woot said...

nauzubillah..


jgn smpai Allah tarik semua hidayah dah ler..haizz


p/s jlan2 jenguk bloglist woot woot ^^

sissyira said...

salam



boleh ada akai nak kuar ayat macam tu yea..memang hebat dalam diam la budak bertuah ni....

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget