WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, February 5, 2011

WANG BUKAN SEGALANYA

Hari-hari terakhir cuti Tahun Baru Cina. Hari ini hari yang agak lapang. Usai bersarapan, kaki melangkah ke Pasar Tani Stadium Perak. Tujuannya untuk membeli CD ceramah Ustaz Kazim Elias AlHafiz, penceramah yang amat terkenal di Perak. Imanshah memang suka mengikuti ciri ceramah Ustaz kazim yang pandai mensesuaikan ceramahnya dengan keadaan terkini. 

Pulang dari pasar tani, Imanshah cuba siapkan kerja yang tertunggak. Hehe nak tahu apa kerjanya. Inilah, sisi hidup Imanshah di waktu lapang. Mengira duit syiling hasil jualan di koperasi.


Teringat perbualan dengan tokeh aiskrim.
Takpe ke Simon, wa kasik banyak-banyak duit syiling ni.
Takpa-takpa.Duit jugak ma.manyak telima kasih lu bagi bisness kat wa. Takde bisness wa mati woo.
Hurm, begitulah berharganya duit sekarang. Tak kiralah syiling ka, duit kertas ke. Mintak maaf kalau tak bersetuju dengan saya. Saya kira asas hidup sekarang berpaksikan duit. Bangun tidur dengan duit, turun sarapan dengan duit. Makan tengah hari dengan duit. Isi minyak dengan duit. Bayar tol pakai duit. Begitu hebat, penangan duit dalam kehidupan. 

Tapi kita sering dengar juga wang bukan segala-galanya. Tapi segala-galanya memerlukan wang. Teringat kata-kata ADSUJA dalam blognya :

Dengan wang anda hanya boleh membeli tilam yang tebal, Belum tentu kenyenyakan tidur


Dengan wang anda hanya boleh membeli buku, Belum tentu kebijaksanaan
Dengan wang anda hanya boleh membeli makanan, Belum tentu kepuasan selera
Dengan wang anda hanya boleh membeli ubat, Belum tentu kesihatan
Dengan wang anda hanya boleh membeli rumah, Belum tentu kekeluargaan
Dengan wang anda hanya boleh membeli tubuh badan, Belum tentu cinta
Dengan wang anda hanya boleh membeli perhiasaan, Belum tentu kecantikan
Dengan wang anda hanya boleh membeli pangkat, Belum tentu kehormatan
Dengan wang anda hanya boleh membeli hiburan, Belum tentu kegembiraan
Dengan wang anda hanya boleh membeli harta, Belum tentu kebahagiaan
Dengan wang anda hanya boleh membeli populariti , Belum tentu kaliber
Dengan wang anda hanya boleh membeli kekuasaan, Belum tentu kebenaran
Dengan wang anda hanya boleh membeli agama, Belum tentu keimanan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

15 GENTA RASA:

ahsfantasy24 said...

setuju shah..
duit bkan sgala2nya..

tp jgn smpai xde ikhtiar nk dpt duit,
sbb skrang nk msuk toilet pn kne byar..
huhuhu..



Terbaru:
7 Perkara Yang Saya Benci Tentang Politik
Kecelaruan Identiti: Tolong Komen Kejap!

gadisBunga said...

zaman sekarang ni segala-galanya perlukan duit...tak dinafikan tu.

tapi duit tetap bukan segala-galanya.

bersederhana lebih baik.

mR.sYaH said...

betul tu.. mmg duit itu penting skang.. tapi belum tentu dapat memberi kepuasan pada diri kita..

sissyira said...

salam

wang amat pentign walaupun wang bukan segala-galanya..



teka bila dia mati@expired date berdasarkan gambar dalam n3 tu....

h A n Y S said...

skang hidup perlu duit, so tak payahlah guna quote lama 'cinta itu buta' which means sayang si dia tanpa pikir duit..apa, nak dok bawah jambatan lepas kawen ka?
btw, masok toilet nak terkucil pon guna duit pa..
;D

Izzah Al-Maliziyyah said...

Assalamu'alaikum wbt cikgu...

Aha duit bukan segala-galanya. Tapi dari sisi lain, duit menjadikan kita hamba yang berusaha. Bermotivasi untuk bersedekah, berzakat dan mengerjakan haji.

Kita terkeluar dari golongan yang meminta tapi memberi. Duit juga menginsafkan kita betapa susahnya orang tua kita mencari duit untuk membesarkan kita.

Wallahu'alam~

Tambahan:
Dua tahun sudah, saya pun ada beli CD-CD ceramah Ustaz Kazim. Kemudian, just dengar melalui youtube atau 4shared file.

Dinas Aldi said...

sangat setuju dengan kata2 ADSUJA itu, terutama sekali bahagian "Dengan wang anda hanya boleh membeli ubat, Belum tentu kesihatan" kerana akak baru saja mengalaminya.

benar juga wang bukan segala2nya TAPI wang sangat penting untuk meneruskan kehidupan, itu tak dapat dinafikan.

NzA said...

xde wang xleh hidup skrg krn wang adalh segala2nya....

psssttt!!!!!xde wang xleh masuk tanda tau!!!!!

Heidi Shafiq said...

hidup jgn berkiblatkan wang ringgit.. :)

NzA said...

opppssss!!!salah eja..."tandas awam la"....he..

a kl citizen said...

best kata2 adsuja tu... bole buat poster motivasi

Deeyaudeen Sabri said...

betul tu.. tp zaman skarang ramai yg pentingkn duit dr segale galenye woo :)

IMANSHAH said...

@ahsfantasy24kaum lelaki mudah sahja, tak payah carik toilet..hehe

Raji berkata said...

lepas ni cikgu gi bank tukar jdi duit kertas plak
hohoho

aah ustaz kazim mmg best
aritu pernah dgr ceramah kt sini gak ;D

Mohammad Aiman said...

eh. macam mana pula beli agama? (",)

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget