WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, March 28, 2011

AKADEMI FANTASIA TERUS BERFANTASI


KUALA LUMPUR, 28 MAC 2011: Selepas menjalani proses undian secara online menerusi laman web rasmi Akademi Fantasia 9 (AF9) serta penjurian dari juri profesional, inilah dia barisan 12 pelajar AF9 yang telah dipilih secara sah serta bakal mengharungi cabaran sebagai penuntut AF9.
AF9 yang diterbitkan Astro akan mula disiarkan di Astro Ria saluran 104 bermula 2 April ini.
Bagaimanapun, daripada 12 pelajar AF9 yang diumumkan dalam majlis sidang media pelajar AF9 dan tenaga pengajar AF9 di AEON AU2 Setiawangsa, sebentar tadi, tiga di antaranya berstatus artis realiti TV yang mana sebelum ini mereka pernah menyertai program realiti TV bukan terbitan Astro.
Apatah lagi, ada juga yang sudah mempunyai lagu single sendiri dan pernah dicalonkan dalam program Muzik-Muzik iaitu Azri. Selain Azri yang pernah menyertai program Mystar LG, Afif yang juga saudara kepada pelakon kacak, Kamal Adli pernah bersaing menerusi program yang sama. Pun begitu, Azri bertanding dalam Mystar LG 2 dan Afif pula Mystar LG musim pertama.
Seorang lagi pelajar lelaki AF9 yang pernah menyertai program realiti TV adalah Erul yang mana sebelum ini dia dikenali dengan nama Khairul dari kumpulan Evo iaitu protege kepada Jaclyn Victor dalam program Mentor.
Produksi AF9 kali ini turut memilih adik kepada bintang AF4, Diddy Hirdy iaitu Kay yang tidak putus-putus mencuba nasib sebagai pelajar AF bermula dari musim yang kelima lagi. Selebihnya, 8 pelajar AF9 yang lain ialah Amir, Raqib, Lena, Laika, Eka, Aida, Nera dan Miza.
Selain mengumumkan barisan 12 pelajar AF9, majlis pada petang itu turut mendedahkan senarai barisan tenaga pengajar yang bakal mendidik kesemua pelajar ini. Mereka yang dipilih adalah Syafizawati dan Ning Baizura sebagai guru vokal, Adlin Aman Ramlie sebagai guru seni persembahan, Fatimah Abu Bakar sebagai guru motivasi dan Aris sebagai guru tari.
Bagaimanapun, pihak Astro masih lagi merahsiakan siapakah calon paling layak yang bakal menduduki kerusi panas pengetua yang mana nama pengetua yang rasmi akan diumumkan pada 2 April depan sewaktu siaran langsung ke udara di Tirai AF9 yangakan menampilkan Aznil Hj Nawawi sebagai hosnya.
Dalam pada itu, pihak produksi juga masih merahsiakan siapakah 2 selebriti yang bakal menjadi juri tetap AF9. Namun, penganjuran AF kali ini bertambah menarik kerana penonton dapat lihat sendiri setiap pelajar ini belajar yang mana kelas AF9 dibina di AEON2 Setiawangsa dalam studio kaca.
Apapun, jangan lepaskan peluang untuk menonton konsert Tirai AF9 yang akan diadakan di AEON2, Setiwangsa jam 9 malam. Sebelum berlangsungnya konsert Tirai, sebuah mini showcase akan diadakan dengan menampilkan bintang AF seperti Mawi, Stacy, Hafiz, Zahid, Shahir dan ramai lagi.

Akademi Fantasia?? Wah sudah masuk musim ke sembilan. Sebagai pemerhati bebas, Imanshah tak kisah pun siapa artis nya, pengetuanya, mahupun tenaga pengajarnya. Sebab tidak pernah mengikuti secara dekat program ini. Ya lah usia pun bukan muda lagi, tak segagah Mama Rina mahupun Akkkkaak Nita. Haha. Apapun, masing-masing punyai pandangan dan pendapat yang berbeza tentang rancangan realiti ini. Kalau dulu rancangan ini mencetuskan fenomena yang amat luar biasa dengan kemunculan tsuMawi, namun kini seolah-olah rancangan suam-suam kuku sahaja. Semua orang berlumba-lumba untuk jadi artis segera, sanggup tinggalkan persekolahan semata-mata mengejar kemasyhuran sekejap cuma. Alhamdulillah, bila mendengar ini merupakan musim terakhir, sekurang-kurangnya, RAKYAT MALAYSIA tidak lagi membuang wang ringgit secara percuma demi memenangkan penyanyi mee maggi kesayangan mereka. Ada rupa semua boleh jalan. Lepas ini harap-harap usah ada yang memaksa mata mereka mengeluarkan air mata pada drama-drama yang tak sesentap mana pun. Klise sahaja. Kepada anak-anak muda di luar sana, tiada kejayaan mudah tanpa ada nya usaha yang gigih. 








TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

24 GENTA RASA:

Kalamhati said...

setuju!senang dapat...mudah juga untuk hilang..
kejayaan perlu usaha

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

ada gak yang cun..banyak kucing terliur tu

NuR si CiKGu RiBeNa said...

byk sgt. nanti fokus asal nyanyian bertukar kepada lakonan.

soffea said...

alhamdulillah. dh akhir. tapi still, byk lagi rncangan realiti yg buat masyarakat berlumba2 nak jadi artis.

kite amek contoh:

Speel It Right (SIR) by new strait times. ramai budak cina n india yg masuk. budak melayu? sebok nak masuk idola kecil. haihhh...

adol ihsan said...

Salam cikgu :

Top up kredit cikgu untuk mengundi..

hehe .. :)

fadzilah said...

ramai sangat yang nak jadi penyanyi...maklumla, nanti glamor satu malaysia kenal walaupun suara bukan la sedap sangat.

Tukang cerita said...

tak berminat pun nk tgk af ni....

Afida Anuar said...

Sedih pulak saya tengok mereka ni, semua anak-anak melayu pulak tu. Akhir zaman kot noo, artis diagung2kan. Ilmuan, ulamak dicaci dihina.errr,

saya pun tak pernah tengok AF ni Shah..;)

Raji berkata said...

hohoho kdg2 bler tgk artis owh ni artis baru ker? taklah ni juara mentor lah AF lah =.=
dh lama xupdated owh rncangan realiti mcm nih x.x

Izzah Al-Maliziyyah said...

"Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang bertujuan menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan." [al-Luqman: 6]

nur aisya humaira said...

setuju ngan akak fida..:)
betul laa kan,macam tak de faedah je dieorg buat program macm ni...penonton plak...aduhai,tak thu nk ckp ape...:)

mR.sYaH said...

tulh makin ramai nk jd artis.. yg xde bakat pun nk join... lebih baik tumpukn perkara yg boleh menjamin masa depan..

ummu said...

ASSALAMUALAIKUM
menarik tajuk entry Shah ni,akak suka,:).erm ada bekas pelajar akak, tak payah masuk AF dah jad astis juga.

Nazsabrina Iman Zulfikar said...

da tak larat nak AFUNDI dah

Azmi said...

entahlah....tak sedar yg kita semua duk ikut yg barat buat...

menusuk hati said...

yang join tu mesti budget cool...ceh...boleh peluk2 lagi sambil menangis sebab kena kick out..

nurkass said...

emmm.
tak tau nak kata ape..
majoritinye melayu..
haihhh..tak tau la ape nak jadi..

white rose said...

urm...tak tengok pun...
xtau lgsung sape pengacaranya...

tak minat sngt...
banyak keje yg lebih berminat disettlekan...

kan DATO' SHAH, kita busy kan, kan, kan...

hysman said...

tgok ade la semusim 2 tp klu nk undi kirim salam saja ler.. org sengal je yg dok pulun hntar sms undi utk menguntungkn pihak astro ni...
ape daa...
baek laburkan ke masjid sekurang2nya dpt ler pahala..
hurmm...

tp mmg betul,kita skrg ni d zaman artis diagung2kn tp ulamak dan ilmuan dicaci maki dan direndah2kan martabatnya..
nauzubillah... :(

Oasis said...

Adlin jadi cikgu persembahan? hahaha padan muka dia. kali ni kita tgk sape lak yg akan kutuk dia

ibuintan said...

tak pernah ambil tau pun... dari mula sampai kini


tak teringin langsung nak masuk saham sama @ beri undi sms

chekgu BaniHassim said...

ape2jela asteroo....

gadisBunga said...

tgk je, undi no no no...huhuhu~

gadisBunga said...

dah dapat dah bahulu tu? haritu masa pos, org pos opis tu cakap 4-5 hari baru sampai.

*harap2 elok lagi ye. cicah kopi sedap..! :)

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget