WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, March 27, 2011

ANTARA GADIS BUNGA DAN WHITE ROSE, MANA SATU PILIHAN IMANSHAH?

Wah tajuk tak menahan kan?? Dua gadis yang semacam ada chemistry gitu..Yalah nama pun hampir sama. Satu GADIS BUNGA, satu lagi WHITE ROSE. yang White Rose ni verangan pula nak jadik orang putih, Haha. Jangan marah. Yang penting dua-dua bunga. Bukan kumbang ok!

Tapi, Imanshah nak minta maaf lah, pasal tajuk entri kali ini. Takda niat pun nak mendatinkan kedua-dua nya. Sekadar memberi penghormatan kepada kedua-dua blogger yang selalu menjengah dan meninggalkan komen di HOK SENGOTI. Hari ni Imanshah nak buat promosi percuma lah kepada kedua-dua blog ini. 

Blog GADIS BUNGA ni memang lah terkenal. Tak percaya cuba klik. Blog yang ringkas, tak berjela-jela dan yang paling penting Imanshah suka sebab gambar di blog ini cantik-cantik semua. Blog ni kira blog campur-campur lah macam HOK SENGOTI juga. Kejap pasal kerja, kejap pasal nikah, kejap pasal cuti. Haha, blog peribadi namanya tu. Kalu kawan-kawan ada kelapangan , sila lah untuk sama-sama memeriahkan laman GADIS BUNGA. Satu lagi, empunya blog ni suka sangat snap gambar. Kadang-kadang gambar kumbang pun jadi entri. Sangat class. Tuan tanahpun sangat peramah, siap bagi bahulu lagi kat kawan-kawan. 

Bunga yang satu lagi ni pun menawan juga. Kalau singgah di WHITE ROSE, jangan lupa sapa menyapa. WHITE ROSE ni seorang guru di Kampung Gajah, Perak. Namanya cikgu kalau tak ramah tamah, tak sahlah ye. Selalu juga dia usik Imanshah ni, pakwe la, abanglah, tapi takpe, Imanshah tak kisah lah. Imanshah ni jenis selamba juga, kamu usik beta, beta usik kamu balik. Ok tak?? Fair and square kan. Lagi satu, WHITE ROSE ni tengah sambung belajar, makin sibuk lah nampaknya ya!! Kalah kak Ros kita. Wehehe.

Apapun, kalau ada kelapangan, sesapa yang singgah di HOK SENGOTI, singgahlah  ke blog GADIS-GADIS INI. Pasti anda akan merasa gumbira di sana. Baiklah, promosi untuk hari ini, telah pun tamat. Kepada sesiapa yang inginkan sebarang bentuk promosi dari Imanshah, jangan malu dan jangan segan. Ikhlas tanpa bayaran, dariku promoter berjaya!! 




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

24 GENTA RASA:

nabilah_2908 said...

wah..kedua2nya bunga... :)

dh singgah juga ke blog gadis bunga..tertarik...menarik...sbb gadis bunga pandai ambil gambar... :)

selamat berhujung minggu... :)

eelobor said...

nanti nak pegi terjah2 ke sana

akuwanblur90 said...

haha.. nice

Kalamhati said...

bunga idaman hati ko..hehe gurau jah..
sure akan jenguk..

ibuintan said...

alaaaaa nak Iman,

dua-dua pun boleh


kan GB kan.... kan WR kan


ibu restu je!!

Kakzakie said...

Nanti kakak jengah blog itu. Atau ada yg cikgu admire ke? Kakak tumpang gembira....:)

Rozali said...

Assalamualaikum Imanshah

.....atau suruh kami pilih antara dua bunga...he he

Wassalam

Afida Anuar said...

Ehem Ehem shah...

he he.

DaHLia said...

ingatkan suruh tlg pilihkan calon menantu tadi..hikss :D

daku vote for Gadis Bunga....

















sebab dia kawan sekolah rendah ku :D

iKhRam said...

dua-duanyer sweet.. pandai pilih nama kan??

Tukang cerita said...

amboi WR, ....ada tempat awak lah di hati imanshah ni....bila nak promosi blog TC lak...? hahhahahha... tak mo lah...tak mo lah...nanti malu plak, sebab entry ntah apa2...hahhahha

soffea said...

cikgu. antara2 ni, yg berjaya mana satu berjaya menawan hati? hehe. gurau :)

eh, white rose cikgu kat kg gajah? sama la area ngan saye? nk kene terjah ni.

blog saye plak cikgu? agak2 bile plak? hehehe.

ahmad humairi said...

assalamualaikum,

Kalau pergi umah white rose, singgah dulu umah saya...merisik khabar.

YUL said...

eiceh, gadis2 bunga, hekhek, jom kita pi terjah mereka. hee

Nazsabrina Iman Zulfikar said...

Gadis bola takde ke imanshah :P

Dinas Aldi said...

sat nak pi tengok ni.

Raji berkata said...

ehem2 ada paper ker cikgu
dgn cikgu white rose?
ngahahah

Admin P@P said...

Assalamualaikum.
Pada saya semua rakan bloggers adalah hebat-hebat belaka.
Saya sendiri cuma menumpang kehebatan rakan-rakan semua, semoga ada kebaikannya.

Tahniah gadis bunga dan white rose.

TQ

nyanyisunyi said...

mak bunga tk mahu promosi ke iman?hehehehe...

jap lg kak ida singgah rumah bunga2 tu..tguk ramah tak depa tu sambut mak bunga ni...

mie said...

kedua2 menjadi pilhan gue..
rasa xtau nak pilih yang aman..
eheheee

NuR si CiKGu RiBeNa said...

wah siap promosi lagi..
hehe.. mesti tersenyum white rose di sana.. hehe

white rose said...

alamak...
malunyerrrr...

abang nak pinang i?
aauuww...malu semalu malunye...
apakan daya, orang dah suka...


miahahaha...
syg terharu sangat2...



hahaha...habis laa gosip2...

gadisBunga said...

walaweh...patut la ada kawan blog singgah dan cakap depa masuk dari blog kamu, rupanya dato' dah promot ai punye blog kat sini. ai terharu sangat..sob sob. dah la baru balik berchuti2 chinta nih. what a great week!

apa pun, kemistri tu mmg penting sebab dunia belog kite ni kecik aje. gurau-gurau kan membawa bahagia. tapi bahagia2 pun ai tak sanggup bermadu yu. ahahaha!!!!

nanti ai jenguk blog mawar putih tu. thanks ye dato'! :D

makdara TERdiva said...

wah!wah! ingat dato' mane lak tadi...:)

MDT tumpang jadi makbunga lah!

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget