WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, March 19, 2011

BAHAS ANTARA SEKOLAH , UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS

Salam dan selamat pagi. Ketika ini Imanshah sedang berada di Universiti Teknologi Petronas (UTP) Tronoh membawa anak-anak Bintang menyertai Pertandingan Bahas Antara Sekolah Sempena Minggu Kesedaran Kesihatan dan Alam Sekitar (HSE Week). Pertandingan ini melibatkan penyertaan sekolah-sekolah terpilih. Antaranya Sekolah Bintang, Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR), Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (SEMESTI) dan Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS). Sehingga bertemu lagi , doakan pasukan bahas Sekolah Bintang akan membawa pulang piala kemenangan. Setelah berhempas pulas dengan pasukan hoki, kini Imanshah beralih pula dengan kegiatan yang lebih ilmiah iaitu bahas. Tahniah buat UTP yang telah menganjurkan Health,  Safety And Environment Week 2011. Semoga usaha ini diteruskan pada masa akan datang.


Pasukan Bahas Bahasa Melayu STAR, IPOH bergambar kenangan
di Kompleks Canselor, UTP



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

11 GENTA RASA:

nurkass said...

GUD LUCK DAN TAKE CARE SEMUA..

Rozali said...

Assalamualaikum Iman

Insyaallah
kemenanggan akan dikecapi

Wassalam

::FAIZ FARISH:: said...

Good Luck

NuR si CiKGu RiBeNa said...

good luck for the team...
ckp byk2 ok..

Azmi said...

gambar tu mesti kt dalam area library dia tu kan?? besau gedabak

Dinas Aldi said...

all the best buat anak-anak Bintang!

dik Iman, ejaan tu betulkan, dik Iman. Health dan jugak Environment.

Raji berkata said...

hahaha lepas hoki kita ke bahas pula cikgu
;P

nas said...

bagus la sekolah ko
mmg ade bakat dr segi akademik,n kokurikulum
da la lawannya bukan calang2

latest entri:

facebook page yg pelik2 dan ade artis add aku!

iKhRam said...

nak sokong SDAR boleh tak..
sebab SDAR terletak di depan rumah saya.. hahaha!!!

apapun gud luck k
kat semua sekolah.. yang penting semangat tue.. menang kalah no 2.. tp mesti kene MENANG !!

Sham said...

bagus hang ni...moga2 menangla budak2 hang tu...

pernah ada kawan dari UTP,perasan diorang dari Universiti Petronas Toronto...hee..

Citarasa Rinduan said...

wah!!!
ayu doakan sekolah cikgu (STAR) menang..
tiba2,,memory masa ayu join perbahasan..bermain di mataku.........

aku rindu

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget