WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, March 15, 2011

BERKUMPUL ADIK BERADIK

Berkumpul adik beradik memang seronok. Imanshah ada 7 orang adik beradik, dua lelaki dan lima perempuan. Cuti penggal kali ini semua adik beradik dapat berkumpul kecuali abang yang berada di Melaka sibuk menguruskan perniagaannya. Dan secara kebetulannya empat daripada kami merupakan guru. Ada mengajar di Kuantan, di Ipoh, di Kuala lumpur dan ada di Gombak. Hanya Imanshah yang mengajar di Sekolah Berasrama Penuh, yang lain mengajar di sekolah harian biasa.

Sememangnya banyak cerita murid dan guru, guru dan pentadbir dan guru dan ibu bapa yang dapat kami kongsi bersama. baik di pihak Imanhshah mahupun adik beradik guru yang lain, masing-masing ada pengalaman tersendiri dalam berhadapan dengan situasi-situasi yang menarik mahupun sedih bergelar seorang guru. Ada yang mengajar di kelas paling hujung, dengan pelajarnya tak pandai membaca dan menulis. Ditambah lagi dengan jumlah pelajar yang ramai dekat 2000 orang. Tak kurang juga adik Imanshah yang dingorat oleh muridnya sendiri. Wah lainnya latar belakang kita.

Imanshah akui, cabaran mengajar di sekolah harian biasa amat kuat dan mencabar. Berbanding mengajar di Sekolah Berasrama Penuh kan. Cuma sedikit bezanya , di SBP kami perlu mencari sebanyak A untuk pelajar, makanya kelas tambahan terpaksa diadakan saban hari. Manakala di sekolah harian, cabaran untuk menjadikan pelajar berdisiplin, mahu belajar dan datang ke sekolah. Di samping kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.

Seronok juga memiliki adik beradik guru ini. kalau bercuti, dapat cuti bersama dan aktiviti keluarga pun senang dibuat bersama. Contohnya , hari ini kami mengadakan tahlil untuk arwah ayah. Alhamdulillah, semua mengambil bahagian.Dari adik beradik, ipar duai dan juga cucu-cucu emak. Baiklah masa untuk potong daging. Mintak diri dulu.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

27 GENTA RASA:

Raji berkata said...

Cikgu anak yg ke berapa?

IMANSHAH said...

@Raji berkata

anak ke ompat dik

nurkass said...

wahh..
bestnye dpt berkumpul..mcm2 yg nak diceritakan..hehe..
dapat bayangkan betapa meriahnya keluarga iman..

eszol raar said...

teringat cerita baju kotak2 merah tu

haha

ingatkan nak cerita pasal family

cerita geng2 cikgu jgak rupenya

hahaha

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

ooo..adek bradek chekgu gupe nye...

sahromnasrudin said...

assalamualaikum....mesti seronok dengar semua cerita dari cikgu2 yg lain kan

Nazsabrina Iman Zulfikar said...

bestnya...

::FAIZ FARISH:: said...

masa kecik sampai la masa besar ni, aku tak pernah terfikir utk jadi Cikgu, sbb mmg tak layak.. hahahahaha

Dinas Aldi said...

selamat meluangkan masa bersama keluarga dik!

shahjiehan said...

sama la kita.. 2laki 5 pmpn.. hehehhe...

cikgu mmg terbaik..ngajar star ipoh tuh.sekolah elit..~

Izzah Al-Maliziyyah said...

Assalamu'alaikum wbt cikgu...

Seronok kan. Bila cikgu-cikgu berkumpul, cerita bab sekolah akan mendominasikan segala topik~

Tambahan:
Sesekali berkumpul, rumah bonda saya juga majoritinya guru.

Anne said...

bila bace entry ni..anne turut rase kesoronakkan nya^.^

iKhRam said...

kalau ada yang tua menjadi guru.. mesti yang kecik2 nak ikutkan..

saya dan adik saya sama2 sedang menuntutu di maktab yang sama.. kos yg sama..

dan semua ni memang best..!!

Ummi Humaira said...

salam ...

potong daging tu baik2 , jgn tangan dok pegang pisau , otak dok pikir nk wat N3 baru , nanti terpotong jari plak...he he he

James Buns said...

banyak adek..ah abg ipar!~

Hafzan Sarah said...

sy punya adik beradik or sedara mara takde yg jd cikgu..huhu.kagum ah sama cikgu

Rozali said...

Assalamualaikum Iman

adik saya ada seorang jadi cikgu
macam2 masaalah dia cerita...

Wassalam

gadisBunga said...

dalam keluarga saya (yg teras) belum ada cikgu lagi. tapi sepupu2, mak ayah sedara ada la. :)

meriah kan bila boleh berkumpul balik adik beradik. :)

~Insan Biasa~ said...

siapapun adik beradik kita...guru atau bukan...yang seronoknya saat dapat berkumpul bersama....meriah/ aman dalam sebuah keluarga. ada kawan buat teman bergurau senda. seronok tgk mereka2 yang ade ramai adik-beradik......

errrkkkk jeles i.....huhuhu

Afida Anuar said...

Wahh comel2 semua adik beradik shah..n semua cikgu..bertuah mak ayah shah. Adik beradik saya takde pun cikgu, adik ipar je...

tu yang tinggi sekali tu pasai memang tinggi ke..pasai duk atas something? hehe

Shamsuddin Amin said...

bestnye..
tetiba plak rinduu fmly kat sabah...^^

sissyira said...

salam..

rindunya nk balik kg..

My Little Diary said...

salam

memang meriah kalau dpt berkumpul adik beradik..:)

nabilah_2908 said...

wah...bila berkumpul dgn adik beradik mmg seronok... :)

dlm family sy...ayah sy sorang je cikgu..huhu.. :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
BLOG REVIEW : HIJAU ITU INDAH PERMAI

Sham said...

hang kena cari bini cikgu gak shah wei...lagi syok...hee

Kakzakie said...

Terbayang riuh-rendah gotong-royong kenduri tahlil dijalankan anak-beranak.

p/s: tunggu majlis kahwin cikgu jadi N3

wahida said...

pernah dpt tawaran maktab dulu, tapi tolak sbb teruja nak masuk UiTM...huhu...

bestnya adik beradik guru...boleh berkongsi mcm2 cerita student...kesiannya yg kena ajar kelas penghujung tu...x pe lah, byk pahala jadi cikgu ni...

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget