WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, March 22, 2011

BIBIRKU SEKSI SEKALI

Salam buat semua. Dah tidur ke ni?? Alhamdulillah, hampir selesai urusan seharian kita, dan kini masa untuk merehatkan badan, dan minda setelah hampir seharian bekerja mahupun belajar. Entri lewat malam ni agak santai mengenangkan satu peristiwa lucu yang terjadi hari ini. Kira-kiranya begini kisahnya.

Seminggu dua ini cuaca tak menentu. Bibir Imanshah pecah-pecah dan menggelupas. Nak dijadikan cerita, Imanshah ke Farmasi Guardian untuk membeli lip balm ataupun pelembap bibir. Bukan ada pengalaman beli benda-benda macam ni, tapi dah terpaksa kan. Pernah juga beli Vacelin sebelum ni. tiba-tiba mata ni ternampak sesuatu. Wah, Collagen Lip Gloss. Macam menarik je. Imanshah tak baca pun yang kat bawah tu ada tulis lagi.."ROSE". Main ambil dan bayar sahaja. 

Nak dijadikan cerita, lip gloss ini Imanshah bawa ke sekolah. Almaklumlah, rajin bebenor 6.45 pagi dah sampai ke sekolah. Ni masih dalam kereta. Sebelum turun, teringat akan lipp gloss tersebut. Aya..apa lagi dalam gelap pagi itu, dengan bangganya Imanshah pun melumurkannya ke bibir, dengan harapan bibir akan lembap. Tanpa prejudis, Imanshah turun kereta dan menuju ke pejabat. Baik, tak berlaku insiden yang tak ingin dilihat.

Namun ketika selesai menghantar buku ke koperasi tiba-tiba rakan menegur :

Amboi hang, semenjak dua menjak ni, dah tukar jantina ka?? Bibir merah menawan, kalah aku!!

Ayooo, apa sudah jadi.. Rupanya bibir Imanshah ada warna.  Warna merah lagi..Tak terkata apa. Malu pun ada. Cepat-cepat pergi toilet dan basuh. Hurm, patutla, baunya lain macam , macam bunga ros sahaja. Pesanan buat lelaki kat luar, pilih lip balm yang betul-betul na. Jangan pi beli lip gloss la , gincu ka. Kan dah kena. Apapun, sesiapa yang nak lip gloss tu?? Sila angkat tangan ..Sekian.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

29 GENTA RASA:

Kalamhati said...

huhu..jadi jambu lak plok...hehe

Hafzan Sarah said...

hahahahaha..adess sakit perut gelak.
seksi dowhh bibir merah

white rose said...

rose?
wah...patut laa diriku terpanggil2 ke sini...

naseb baik merah, kalau pink lagi i suke...

kakaka...


jom tido...

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Tali timba ditarik perlahan
Terasa sejuk air perigi
Ziarah Blog tanda persahabatan
InsyaAllah hamba datang lagi”

Maaf kerana lama tak berkunjung yerrr .. minggu lepas agak sibuk sangat maaf lah yerr...

uihhhhhh ade gak suara-suara yang bersuara .... eeeemmmm lip glosss ni bagi aku elok gak pakai tak lah nampak bibir pucat lesing dan kering... macam tak bermaya...

alahaiiii asal jangan pakai gincu udah lerrrr merah menyala mau sekolah ko tutup karang bila ko pakai gincu....

adol ihsan said...

salam, cikgu ..

lepas ni kena ingat la..
sebelum bayar tu, baca maklumat barang yg nk dibeli tu ..

hehe ..

h A n Y S said...

tak tahu nak kata apa, hanya boleh gelak jaaa... :))

Deeyaudeen Sabri said...

sengal.. :P hehe

iKhRam said...

hahahahahaha
tangah gelak besar ni..
rasa nak share dgn akashah esok..
hahahaha...

lainkali beli lipbalm yg cover hitam tu.. hehehe..
sah2 lipbalm tu utk lelaki punyer....

apapun, penting orang laki menjaga kebersihan dan kesihatan..

NICK IRFAN said...

aku mmg x pakai lips balm ni walaupun bibir pecah2 kerap

Raji berkata said...

hahahaha
cikgu pakai gincu plak yerr..
kalau kt skolah dlu suka kacau ckgu lelaki yg pakai gincu

IMANSHAH said...

@Raji berkata

wah ada ka cg lelaki pakai gincu..weee

Afida Anuar said...

hehehee...cikgu shah...cikgu shah.. Terbayang bibir Najib, dia pakai lip gloss jugak kut, bibir dia pink..errrrr

habis tu Shah kasi kat sapa lip gloss tu? hehe

kakcik said...

Adoi... nasib baik tak ada orang nampak kakcik terkekek-kekek gelak sensorang di pagi hari ni.... :)

Kaseh said...

hhahhaa kamu ni iman...

nurkass said...

tu dia..ambik terus pi bayar..haha..
tapi takpe dik..at least jadi pengajaran supaya lebih berhati2 lain kali..

ikan emas said...

nak tumpang gelak..


hehehehehe

gadisBunga said...

i'm addicted to lip balm. nakk!!!!

*lenkali beli je yg takde kaler tu...hahaha!!!!

sicomot-comel said...

hahahha..

cikgu iman ni kelakar lah !^^
keh3

kalaulah kulit cikgu putih melepak,plus lip gloss rose tu,,msti lg nmpk jambu..

silap2 org akn ingt gay nnt ~,~'

::FAIZ FARISH:: said...

aku pakai lip bam......

lalink7 said...

hahahhaa..kelakoo gilee kalau nengok dpn mata..sian diaa..

hehehhe

NzA said...

aduhai adik akak sorg nie...tiba2 boleh buat akak trsenyum seketah seminggu brsedih hati....

makdara TERdiva said...

haha! seb baek anak2 murid tak nampak..kalau idak mesti ramai yg terpesona dgn bibir cikgu yg seksi..auwwww! :)

diana said...

tak mau la..
nak yang belum pakai lagi...

lain kali sebelum beli baca bagi habis dulu na...!!
hahahah

Oasis said...

Hahaha..tu la, main belasah je. Org dah bagi tips tak nak ikut. Follow petua ni:

http://wadi-oasis.blogspot.com/2011/01/bibir-kering-jiwa-parah.html

Heidi Shafiq said...

sexy ape bibir merah.. :P

cik bebel said...

hahahaha...comel dah tu...

adrenalina said...

bahaya2x hahaha.... moral of the story... lepas pakai lip balm mesti tgk cermin dulu

Cikgu Nurin said...

KAH KAH KAH....hang ada misai dak dek? kenapa tak ambik pic,buat stail moncong moncong, tepek kat cni...kih kih kih...
*perak,ngajar kat mana?akak orang Ipoh..*

Azmi said...

pewitttt...
haha lain kali kalau nak beli beli yg for men..haha....buat malu je lah..kah3

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget