WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, March 20, 2011

DIARI PENGHUJUNG CUTI IMANSHAH

Pejam celi, pejam celik, nampaknya cuti sekolah hanya berbaki sehari. Alhamdulillah, ada juga cuti, ada juga masa menjengah orang tua di kampung. Semua perkara berkaitan kerja diletak ke tepi. Imanshah menikmati cuti sepuas-puasnya tanpa banyak gangguan kali ini. Imanshah juga telah kembali ke Ipoh untuk memulakan sesi persekolahan esok. Di akhir-akhir cuti ni, terutamanya semalam, Imanshah seharian berada di Toronto Tronoh membawa pelajar menyertai bahas. Alhamdulillah, berjaya ke final.

Entri kali ni Imanshah nak kongsi aktiviti di penghujung-penghujung cuti. Maknannya, hari sibuk kembali melanda diri sendiri. Yalah kawan-kawan pun mesti ada hari sibuk. Sama-sama sibuk menguruskan urusan DUNIA, sehingga kadang-kadang terlupa dengan urusan AKHIRAT. Nak mencari bekalan di sana nun. Huh pagi-pagi ni seperti biasa, bercuti lama, baju pun banyak yang tak basuh. Huhu


Nampak tak, nah sebesen je. Yelah Imanshah ni pelik sikit, suka basuh baju, sebab suka sangat bau Softlan. Huhu. Nyaman dan menyegarkan. Pakai tangan?? huhu tak lah, pakai orang gaji Jepun, haha, mesin basuh yang setia membantu. Perlu sediakan duit je untuk membayar bil eletrik. 

Sambil-sambil tu, jangan lupa pula. Ada benda bertimbun mintak kasik penyepak  dibelai. Waduh-waduh, bab ni lah yang paling malas sekali. Belai membelai, nak mengadap benda ni sahaja. Apa dia?? Huh apa lagi. Benda ni lah, dah bertahun-tahun dah dok buat.


Tu dia, kertas soalan peperiksaan. Banyak tu, nak staple satu-satu. minggu depan, sekolah Bintan ada peperiksaan Selaras 1. Makanya tugas rutin setiap kali munculnya peperiksaan pun bermula. Orang lain dah siap berminggu-minggu, kita baru nak terhegeh-hegeh. Takpa, prinsip saya mudah, ada aku kisah?? janji masa menghantar kertas soalan ditepati. Itu sahaja.

Usai nanti, akan ke sekolah kembaali. Berjumpa dengan dato-dato, datin-datin, encik-encik, puan-puan dan kawan-kawan sekerja. Ada mesyuarat agung PIBG di sekolah. Sudah biasa dengan keadaan ini bekerja sewaktu hujung minggu. Ini pun kira kerja juga, hadir memberi sokongan kepada PIBG untuk memilih barisan AJK yang baru selain mendengar dan berkongsi permasalahan bersama para ibu bapa. Kemudiannya sama-sama mencari konsesus untuk meningkatkan pencapaian para pelajar. Wah, macam perdana menteri pula ucapan saya. Huhu.


Inilah sedikit diari pagi minggu Imanshah. Sekarang kena ambil mood untuk kerja pula. Maklumlah cuti lama-lama mood cuti je yang ada. Hehe. Jumpa lagi!!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

20 GENTA RASA:

white rose said...

selamat kembali bertugas cikgu...

Izzah Al-Maliziyyah said...
This comment has been removed by the author.
Woofer Storm said...

tak tahan menghdap buku hari2 bro.heheeee
mencbar jdi ckgu ni..ehehee

Izzah Al-Maliziyyah said...

Assalamualaikum wbt cikgu...

Sedar tak sedar sudah sampai hari terakhir cuti ya. Kerja-kerja rutin pun mula melambai-lambai mesra..hehe~

Tambahan:
1. Saya pun sudah selamat tiba. Tengah mengislahkan pertukaran mood KP to SB.

2. Suka bedak kulit rambai juga. Murah dan harum. Pernah beli tapi jarang sempat pakai. Sudah rosak.

Rozali said...

Assalamualaikum Iman

dalam besen tu nampak macam tudung ajer..he he gurau ajer

selamat bertugas kembali
bergema semula insan mengucapkan selamat sejahtera kpd cikgu
beruntungnya

Wassalam

IMANSHAH said...

@Rozali

nampak macam tudung ke?? adei

tulah

rindu assalamualaikum cikgu, maafkan kami cikgu, terima kasih cikgu, halalkan ilmu kami cikgu..

Afida Anuar said...

Nasib baik ada orang gaji jepun..eh betul la..yg kaler pink tu nampak mcm tudung!..hahaha

.:rizaL:. said...

cikgu rupanya..say plak bakal jd cikgu English ehhe

sonata anak kancil said...

proses kehidupan yang sama...cuma awok teruna, sy "mak dara"...keh3x..."mak dara" lebih kerje lagi tau....semalam kenduri kawen jiran ...tak leh basuh kain baju...nanti kena asap api masak nasi/lauk kenduri....hari ni bertimbun jugak!lepas tu hantar anak ke Serting...lepas tu - lepas tu....ohhh banyak lagi urusan "mak dara" !

psssst.....orang gaji Jepun gamaknya naik harga tak lama lagi - output tak de! kilang hancusss.......orang gaji Jepun memang terbaik...

Oasis said...

Saya pun cuci sendiri, jarang guna mesin basuh. Takut baju cepat rosak.

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

salam
cuti sudah esok kerja

soffea said...

firstly, tahniah cikgu iman sebab layak ke final ptandingan bahas :)

selamat bekerja.. waa.. esok da skolah.. malasnye teman nak balik lambor.. hehe.

soffea said...

eh. satu lg cikgu iman.. try la softener daia.. yg passion n attraction tu. giler wangi.. melekat bau kat baju. best. hehe.

~Insan Biasa~ said...

jom kita punch in masuk kerja balik.....:-D

IMANSHAH said...

@.:rizaL:.

owh selamat menjadi cikgu

lillies said...

selamat kembali bertugas...

rasa macam x cukup je cuti kalini..terlalu banyak kerja yang perlu diselesaikan...huhuhu...
ape2 pun, kelantan bestt..!!hehehe..makan banyak woo dak ni masa gi sana aritu...hehehe...

SiNoMoSa said...

As salam Cikgu Iman,

Selamat bertugas kembali..
Betul2 sy setuju..macam saya juga..diberi tugasan terpulanglah bila dan bagaimana untuk kita settlekan yang pasti bila tiba waktunya..semua beres dan bjaya dihantar..

nyanyisunyi said...

Salam..esuk dah sekolah..semua dah kembali sibukkan ye Iman...bukan kata cikgu..yg bukan cikgu pun lagi sibuk..

ijatnuar87 said...

hehehe...dah lama tak jejak ke sinih...kembali menjenguk entri2 disini..sma la kiter...kembali ke sekolah...xpuas lgsung cuti nih,huhuhu...sbb kena balik awal ke skolah,huhuhu

Raji berkata said...

hahah susah yer jadi cikgu nih ;P
ktorg kalau dpt soalan slalu complain2 jer susah sume
kesian kt guru yg penat2 wat soklan penat2 stapler tuh ;D

tu dia barcelona ;P

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget