WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Friday, March 18, 2011

GAZEBO

Hari ini Imanshah dah sampai ke Ipoh. Alhamdulillah perjalanan yang jauh semalam masih belum hilang penatnya. Sampai di sekolah sebelum memasuki kuarters, Imanshah ternampak satu pondok besar tersergam indah. Nak tengok?? Nilah gambarnya.


Inilah bentuk dan rupa gazebo yang baru disiapkan di Sekolah Bintang. Besar  betul. Imanshah difahamkan ianya berharga RM 70, 000. Mak ai, tiba-tiba terlopong mulut Imanshah, macam tak percaya. Pondok macam ni harganya boleh beli rumah sebiji.  ?? Tak tipu, inilah kenyataan. Gazebo pasang siap ini diperbuat daripada kayu yang terbaik.  Yalah kalau setakat gazebo murah, setahun dua dah reput baik tak payah kan. Alah membeli menang memakai. Tujuan gazebo dibina di sekolah selain untuk mengindahkan kawasan sekolah ianya juga merupakan tempat para ibu bapa berehat sambil melawat anak-anak di hujung minggu. 

Daripada sejarah yang Imanshah baca, Gazebo dikatakan  sudah wujud  sejak zaman Mesir Kuno 2500 tahun sebelum Masihi. Awalnya, gazebo adalah bangunankecil  di sekitar taman sebagai tempat pemujaan dewa. Bangsa Yunani dan Rome  juga memiliki sejarah gazebo denganpatung  besar dan patung dewa. Kata gazebo berasal dari gabungan bahasa Inggris gaze yang bererti menatap, dan bahasa Latin ebo yang bermaksud akan. Ada pula yang mengatakan gazebo berasal dari bahasa Prancis, yaitu que c'est beau yang maksudnya  amat indah.

Teringin juga untuk memiliki gazebo sendiri di halaman rumah. Nantilah dah kaya esok-esok jelah kan. Di rumah kawan-kawan ada tak?? 

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

32 GENTA RASA:

khaifaiz said...

Salam Cikgu, Kayu terbaik memang mahal.. memang cntik gazebo tu.. teringin pula nk melepak kt situ

apezs shah said...

salam

shah kita wat sama okeh haha..
wow shah g Ipoh watpe? haha
so take de rest la..
patutla mahal, bahan yg digunakan
mmg terbaik kan..

ikan emas said...

kalah rumah Mersa Rakyat ??/

kat umah IE pun ada jgk tp tak la sampai RM80k...
ish ish ish


...cepat..

waktu solat dh mask ni..

nurkass said...

mang aiiii dik..
camtu je 80 ribu..dahsyat tul material nye..

erkk..
leh buat makan2 tak..boleh berkumpul ngan rakan blogger..kira sewalah..haha

ahmad humairi said...

assalamualaikum

saya dah buat 'gazebo' tu dari lebuhan bahan binaan....tahanla 4-5 tahun...pastu reput...takla macan harga ribu-ribu ringgit tu.

gadisBunga said...

berapa saiz gazebo ni? gazebo semahal ni rasanya lebih berbaloi kalau design nye ditambah baik sikit. (bercakap dari sisi seorang designer)

saya dan member segroup pernah design bus stop untuk projek multi disciplinary masa 2nd yr kat uia dulu. dan terpilih sbg salah satu bus stop yang dibina secara real. masih ada di sana kalau kamu pergi.

cost masa tu kurang dari 50k. :)

Kakzakie said...

Rumah kakak tak ada ruang tanah nak bina. Secotet tanah itu pun dah berasak-asak pokok bunga.

Cikgu kena rancang bila dah berdua nanti. Berangan dulu cikgu baru boleh menjadi.

Kaseh said...

perghh 80k utk gazebo besar tuh.. boleh buat byk menda lain yg lagi selesa utk para ibu bapa melawat..bilik beraircond ker..

kat nilai 3 byk jual gazebo ni..muehehe

Alexandriana Alia said...

nak buat depan rumah cam mana kalau rumah duk tgkat 13. hehehe

ibuintan said...

mahalnya Iman, tak berbaloi rasanya


simple je rasanya tu dengan atap yg macamtu... ke beberapa buah?

NuR si CiKGu RiBeNa said...

dulu ada kami adik beradik nak letak di rumah bonda. puas survey. harga mahal-mahal. tapi tah nape terhenti saja setakat itu. lastly repair umah skit..upgrade dapur.

huhu...

Mohamad said...

Orang macam kita nie.. tengok je le.. tak mampu nak memiliki benda2 mewah macam tu..

::FAIZ FARISH:: said...

RM80k? Pitam

Haziq Janudin said...

se'ketul' aje ke?

Rozali said...

Assalamualaikum Iman

mak oiiii
boleh beli flat sebuah...

Wassalam

♥phoenix♥ said...

kat sklh sy gazebo buat sndri je che gu...

niniem◕‿◕ said...

mahal nye =.=

iKhRam said...

mahalnyer..
kalau gazebo lagi mahal dari rumah..?? alamatnya...

kene tumpang gazebo kat sekolah bintang la.. hahaha!!

Alang Ridhwan said...

dah lama sangat x dengar perkataan 'gazebo'.. seriously!!!! kat maktab x de mende2 gini...

mie said...

eh!!
mahalnya...
rumah gue lagi murah? heheheee

GadisGula-gula said...

mak eih... membazir toi skola tu..

Citarasa Rinduan said...

selamat malam cikgu..ayu baru pulang dari kampung....

perkataan gazebo tu buatkan ayu teringat kat novel abang REM..

peeh!! mmg mahal, tapi cantik..amat berbaloi..

rumah ayu tak ada gazebo tu....hanya garaj biasa3 jer

Afida Anuar said...

Mak aii sampai 80000???..mcm membazir je shah... hmmmm

♕ Mr.IX ♂ said...

mcm wat umah kayu la kan....kna tahan ujan panas

Azmi said...

dah macam boleh buat rumah banglo sebijik dah ni

Dinas Aldi said...

masyaallah, RM80K gazebo tu? *telan ayaq lioq*

siti murni said...

Gazebo tak ada lah..huhu. kena duduk rumah bertanah dulu ler gamaknya baru dapat merasa ada gazebo dan kolam ikan sendiri..buat water fountain dan tanam pokok hijau..owh..heavennya...*angan-angan je la dulu...huhu

Raji berkata said...

owh igtkan gazebo ni nama pondok kt kolej ak jer o.O
ttaw lah mmg sume pondok cmnih der panggil gazebo..
err tpi nape mahal sgt owh
kalau buat sndri xde smpai 80k owh
hak2 xD

sonata anak kancil said...

angan2 nak buat gak satu...tapi harganya memang mahal

soffea said...

bestnye.. byk betul duit peruntukan buat gazebo kan.. no wonder la.. skolah besar n the best.. nanti sy nak p singgah n merasa dok gazebo tu la.. boleh kan cikgu. hehe.

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

mak aiihh...mahal nye..dh srupa uma murah dh...

Qamarul said...

apesal tak bgtau aku..
aku leh buat gazebo 3 tingkt lagi utk skolah kou.. ha3

harga kayu mmg mahal pun..
lagi2 yg pasang siap..
upah nye lain..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget