WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, March 28, 2011

HARI GELABAH SEDUNIA

Salam dan selamat malam buat semua. Bagaimana hari Ahad kalian?? Semoga Ahad kalian baik-baik sahaja dan berlalu dengan penuh gembira. Ahad Imanshah? Hurm, Ahad yang gelabah. Kenapa gelabah?? Ce citer, ce citer.

Ada dua kisah, pertama Imanshah kehilangan tiket parking sewaktu mengunjungi Supermarket Green Town Mall, Ipoh. Makanya penat berjalan ke hulu ke hilior mencari tiket. Idak nya jumpa. Dan jalan terakhir, terpaksalah Imanshah mengadap geng-geng sekuriti. Gulp!! Telan air liur bila lihat di pintu bilik sekuriti itu tertulis:

DENDA HILANG TIKET KERETA RM 30. 

Hurm, RM 30 tu boleh makan tiga hari. Takkan nak gantikan dengan harga sekeping tiket yang jumlahnya RM 1 cuma. Namun setelah berlaku adengan tawar menawar, akhirnya denda diturunkan menjadi RM 10 sahaja. Alhamdulillah, selamat RM 20. Tapi sememangnya hari gelabah betul lah tadi.

Kisah kedua begini. Dua hari lepas Imanshah menghantar pakaian ke dobi, termasuklah 2 helai seluar kerja. Untuk tahun ini, Imanshah ada tiga helai kerana almaklumlah tahun ini  dah mengandung. Seluar tahun-tahun sudah tidak muat lagi. Nak dijadikan cerita juga sehelai seluar Imanshah tertinggal di kampung. Maknannya ke dua-dua seluar sudah berada di kedai dobi der.

Tiba-tiba jam 11 malam Imanshah baru  tersedar, pakaian belum diambil dari kedai dobi. Alamak hari gelabah tiba lagi.  Nak ke kedai dobi, sah-sah lah nak kena pelempang kalau telefon tuan dia. Nak ke supermarket, dah tutup. Tinggal sekuriti aja. Nak tak nak, terpaksalah belek-belek, singkap-singkap semula khazanah dahulu kala. Mak ai, saiz 29 semuanya. Mana nak muat. Puas dicuba, namun gagal jua. Tersangkut di bahagian perut itu. Haha.Yang muat saiz pinggangnya, koyak pula.

Hurm , masih buntu ni, nak pakai baju melayu ke esok. Nanti kata buang tebiat, nak pakai T-shirt PJ nanti dikatakan nak rampas kuasa cikgu PJ. Huhu. Tak tahu lah, biarlah esok yang akan menentukan!! Sungguh GELABAH hari ini!!



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

30 GENTA RASA:

calintz said...

ala cikgu..pnjam je bju skolah bdk2 ni.. skali skala jd 'student' balik pe salahnya... haha

Citarasa Rinduan said...

selamat malam cikgu..
minggu ini ayu berbeza cerita..namun..slhamdullilah.semua okey..

ayu bagi cdgnn yer....
apa kata..cikgu tetas sikit hujung butang seluar tu.....cover dgn baju kemeja... isnyallah..boleh pakai tu....ayu teka eik..skrang dah 31 inci eik perutmu??

shahjiehan said...

hahahha..mengandung tu yg tak tahan tuh... workout la sket cikgu!! PJ tu kasi kuar peluh padu2


hahahah


jom baca dan komen ! !shahjiehan [dot] com ! !: Malaysia Bakal mendapat gempa bumi

La Petite Cherie said...

Hehe luckily hari nie ajer, hopefully tomorrow will be better for you!! :))

Raji berkata said...

hah kelangkabut cikgu
hahahah takpe pakai jer baju melayu ap salahnya xD

adol ihsan said...

Salam cikgu :

Seluar saya time form 1 dulu still ade lagi..

8 tahun, masih dalam keadaan bagus.. Nak pinjam? hehe ..

white rose said...

abg shah,
cepat2 kawin...
nti hilang gelabah tu...

Pn Kartini said...

thanks yaa
pepagi tergelak jugak baca cerita tergempar niii..aduhaii..:)

Afida Anuar said...

abis tu pakai seluar apa shah pi sekolah ni?? alahaiii...

haaa, seluar retro kaler putih tu boleh dipakai ke skolah dak?

nurkass said...

haihhh..
dah jadi pelupa adikku nan sorang ni..erkk..ingat buah hati tersayang ke..haha

lalink7 said...

lenkali jgn lalai..saye dulu pun pernah nak ilang kad..kirenye hampir2 nasib dpt jumpa balik..kalau tak tebako telinge dgr bebelan org skeliling...hehehe

NzA said...

hari malang sedunia tu dik..kesiannya..Malang betul!!!!.so pagi2 tu pakai seluar apa KE SK....ke pakai baju tidur ke sk...wakaka.....

cik bebel said...

selalunya cik bebel kalau hilangkan tiket, cik bebel akan pegi kat entrance tu..n tekan utk amek tiket baru...ngeeeeeeee

Eazy Izzuddin said...

ish3x..
lain kali kena igt
n jaga tiket betoi2..
xD

Oasis said...

Siannya.. Saya dulu pernah jilang tiket parking jugak. Sbb tak nak bayar denda, saya cakap wallet hilang. Tiket plak ada dalam wallet tu. Terus je lepas. Hehehe

nabilah_2908 said...

"tahun ni dah mengandung" hehehhehe...

kesian dia...sudahnya...apa cerita hari ni..pakai seluar siapa..? ;)

jom ke APA KATA HATI pulak ;
IKAN SEBELAH

nabilah_2908 said...

p/s: lepas ni...pergi la beli seluar lebih2 sikit..(^_^)

sissyira said...

salam

dah tiba masanya utk diet tu..hehe

ain fathihah said...

"almaklumlah tahun ini dah mengandung."

kena baca dua kali baru faham. siap check balik blogger imanshah ni male ke female. hehe.

iKhRam said...

macam mana la agaknye penyelesaiannya.. jgn lupa citer kat entry seterusnya.. nak tau !! hahaha

mR.sYaH said...

hahah.. pakai kain pelikat cikgu.. jadi lelaki melayu terakhir.. hehe..

gadisBunga said...

last-last jadik cenggini ke?

....'butang baju melayu aku mana Pahhhh...???'....


hahahahaa!!!!

khaifaiz said...

Salam cikgu iman..

Amat kelakar kejadian gelabah ni.. Tu tandanya dah memang kene ada yg tolong uruskan.. Dgr2 rozita che wan tgh mencari tu.. Ape lagi cikgu..

Wslm

wahida said...

hahaha!! klaka lak baca n3 ni...
pakai je la baju melayu, biar la org kata buang tebiat...hehehe...

NuR si CiKGu RiBeNa said...

hehe...
cepat kawin cikgu.
nanti ada yg tolong uruskan..

=)

sonata anak kancil said...

cikgu ambik cuti CRK....tak pun jumpa doktor...tuan saya mengandung tahun ni kepala pening (pening sebab tak tahu nak pakai seluar apa)- tak leh ngajar diri lama2 kang pengsan - mana tahu doktor bagi MC.

Kalamhati said...

pah jagi ghano..eksaited nok tau ni..hehe

mie said...

nmpaknya, cikgu kena kawen..
baru ada orang tolong uruskan..
hehehe

NICK IRFAN said...

huh! sian koa harap2 smua masalah selesai

Sally said...

Haishhhh..boleh bayangkan ke-gelabah-an itu..esoecially yg part tak de seluar keje tu! Ape sudahnye Yop?

Salam ziarah..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget