WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Friday, March 18, 2011

INGIN MELIHAT PERTEMBUNGAN MANA DI SUKU AKHIR LIGA JUARA-JUARA?


Pengundian suku Akhir Liga Juara-juara akan dilakukan esok. Dan kini lapan pasukan sedang menunggu dengan penuh debaran lawan masing-masing di suku akhir nanti.

Pasukan-pasukan yang terlibat adalah :  Raksasa Sepanyol Barcelona dan Real Madrid, Manchester United , Chelsea , Inter Milan ,  Tottenham Hotspur, Schalke 04 dan Shakhtar Donetsk.

Inggeris Risaukan  Barcelona, Tapi Optimis

Tiga pasukan berada di suku akhir merupakan tahun yang hebat bagi pasukan dari Liga Inggeris.  Manchester United United mulai menemukan kombinasi yang tepat di bahagian  hadapan dengan Wayne Rooney dan Javier Hernandez, Chelsea tetap hebat walaupun  kerap tidak stabil, sedangkan Tottenham memiliki senjata motivasi dan tidak boleh dipandang remeh. Apatah lagi, pertama kali layak ke suku akhir.

Sepanyol Inginkan El Clasico Di Final

El Clasico di final Liga Juara-juara, itulah impian Sepanyol, dari peminat  hingga media, dari pemain sampai pengurus. Real Madrid berjaya mara ke suku akhir dengan penuh keyakinan sementara kemenangan Barcelona atas Arsenal bukan lagi kejutan. Dan sememangnya semua peminat di dunia ingin melihat ke dua-dua kelab ini berada di pentas final.

Kejutan Itali, Semangat Juara

Sesuatu yang mengejutkan apabila di saat-saat akhir  Inter berjaya meloloskan diri ke suku akhir. Namun, benarlah kata orang, bola itu bulat. Mungkinkah kelab yang pernah dibimbing oleh Jose Maurinho ini bakal mengekalkan kejuaraan?? Nantikan kesudahannya. Kesudahan yang hebat sewaktu menentang Bayern dalam aksi 16 terbaik sememangnya akan dikenang dalam sejarah.

Jerman Letakkan Harapan pada   Schalke 04

Satu-satunya wakil Jerman, Scahlke 04 merupakan antara pasukan underdog. Tidak banyak yang boleh diperkatakan tentang pasukan ini. Namun kemampuan mereka ke suku akhir pastinya tidak akan dipandang enteng. Dilihat antara pasukan terlemah dalam lapan pasukan, namun jika tidak diawasi, mampu membuat kejutan.


Waspada Shakhtar!

Shakhtar ada  misi, mereka boleh mengakhiri dominasi rival mereka Dynamo Kiev. Pasukan bimbingan  Mircea Lucescu yakin jika bertemu Schalka , kemenangan akan berpihak kepada mereka. Namun, mereka tidak menolak jika ditakdirkan bertemu Real Madrid mahupun Manchester United.

P/s : Imanshah menanti laluan untuk REAL MADRID, BARCELONA, MANCHESTER UNITED dan CHELSEA. Apakah ke empat-empat  kelab ini mampu betemu sesama sendiri di separuh akhir?? Kita tunggu undian nanti.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget