WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Friday, March 11, 2011

JANGAN BUANG BAYI


Nampak tu?? Apa yang ditulis di tong sampah?? JANGAN BUANG BAYI. Tong sampah ni ada dalam kelas kat sekolah Imanshah. Kreatifkan?? Bukan apa, inilah mesej kepada ibu-ibu dan bapa-bapa yang tahu buat anak, tapi sanggup pulak membuang anak-anak mereka di merata-rata. inilah mesej yang nak disampaikan oleh anak-anak didik Imanshah. kalau tak nak anak, bagi kat Imanshah, insyaAllah saya sanggup membelanya.Hari tu, saya dimaklumkan oleh seorang teman, anak muridnya melahirkan anak di asrama. Macam mana tu?? Takda siapa yang tahu murid perempuan itu mengandung.

Sekarang ni tengah mood untuk bercuti. Dapatlah menenangkan fikiran dari tekanan kerja. Seronok ke jadi cikgu?? Asyik cuti je. Budak cuti cikgu cuti kan. Yess, sila jangan jeles ok. Tapi cuti-cuti pun kerja yang menanti pun banyak juga. Fail kena kemas, kertas soalan nak marking, latihan lagi, kertas kerja itu ini, kerja panitia pun sama. tak percaya nanti waktu nak balik kampung nanti, satu bonet penuh dengan buku latihan, fail-fail dan kertas peperiksaan untuk dibawa pulang. Sekurang-kurangnya dapatlah buat kerja dengan tenang di kampung halaman. Apapun buat semua murid dan guru, selamat bercuti untuk semua. Semoga cuti yang singkat ini penuh dengan manfaat.

Pesanan penaja : JANGAN BUANG BAYI!!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

30 GENTA RASA:

ibuintan said...

alangkah baiknya kalau semua tong sampah juga dilekatkan mesej yang sama... sungai juga kan

Nazsabrina Iman Zulfikar said...

hmm...bayi bukan bahan buangan...

Semarak Api said...

tp ckgu plg susah nk ajk bjln..time cuti sek je blk kg..pstu bile nk ajk bjln pi mne2 hari2 lain da xble nk amik cuti suke2.kecuali mntk m.c.hehehe

IMANSHAH said...

@Semarak Api

tulah, kalau cuti pun suka dok kampung je..jalan2 bawak mak

IMANSHAH said...

@Nazsabrina Iman Zulfikar

tulah, binatang pun tak buang anak

IMANSHAH said...

@ibuintan

huhu tulah, tapi depa bukan kira, letak papan tanda jangan bunag sampah, kat situlah depa buang sampah

ckLah said...

Alaaaaaaaaa, cuti lagi. Tk suka tau!!!


(baru nk ajak tengok Merong Mahawangsa di Kinta City...dia pulak nk kemari. Nabil dh balik sjk Selasa sbb SABDA digunakan org luar...habis semua barang angkut balik.

IMANSHAH said...

@ckLah

selalunya begitulah, bila ada jadi tuan rumah, para pelajar di arah pulang.angkut dengan barang2 sekali,,nanti jenuh nak mengganti

niniem said...

bgs2..nanti buat semua tong sampah ada mesej camni :) :)

Izzah Al-Maliziyyah said...

Assalamu'alaikum wbt cikgu...

Molek juga beri peringtan. Walaupun dimana jua, selagi boleh diingatkan. 'wa zakkir, fainna zikra tanfa'ul mukminin'~

Tambahan:
Nikmat cuti seperti air yang diperlukan ketika lelah. Hanya air sebagai penghiang dahaga. Begitu juga dengan cuti buat yang dididik dan mendidik. Selamat bercuti.

khaifaiz said...

Agak kecewa dengan gejala yang berlaku dalam masyarakat sekarang.. Bagaimana hendak mengubah persepsi mereka pun aku tak tau.. Binatang pun sayangkn anak2 mereka..

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Saban hari, terdapat laporan bayi yang dijumpai di dalam tandas, di tepi longkang, dan lain-lain tempat tanpa ada perasaan perikemanusiaan.

Punca yang paling jelas berlakunya gejala pembuangan bayi ini adalah kerana berlakunya anak luar nikah. Tatkala ingin menyembunyikan perbuatan dusta itu mereka sanggup membuang bayi dengan harapan diberi peluang menjalani kehidupan baru.

eeemmmm mmg amat mengecewakan

~Insan Biasa~ said...

selamat bercuti iman,
bestnya time cuti2 mcam ni la term 'balik kampung' jadi popular....

saya...
term 'balik kampung' dh xde setelah tamat pengajian di maktab. huhuhu
ada2 waktu suka cuti...ada2 waktu x suka cuti. coz waktu2 nilah semua orang balik kampung. saya xde kampung! huahua.....

Gen2Merah said...

hehehe.. bukan senang nak jadi cikgu. cuti pun terpaksa buat tugasan yang bertimbun utk sesi buka persekolahan kelak

Afida Anuar said...

Oh..dah start cuti sekolah? bestnyer cuti.. hati2 drive time balik kg nnti!

NzA said...

selamat brcuti...akak brcdn nk blk kg gak ttp anak2 lak ada tuisyen kt sk...hu......

Kakzakie said...

Kakak bukan cikgu pun kena ambil cuti juga sebab anak-anak nak berhoneymoon. Cikgu kena tanda kertas periksa kan. Sebab hari ini kebanyakan sekolah hari penghabisan periksa (termasuk anak-anak kakak). Kerja dlm cuti....

Selamat bercuti cikgu.:)

gadisBunga said...

selamat bercuti!

balik kampung mana cuti ni? hu~

Oasis said...

Sampai macam tu sekali mesej nye....gerun juga bila jadi kes mcm ni. Cam serius sgt...

nurkass said...

selamat bercuti..
bestnya balik kg..

nur aisya humaira said...

selamat bercuti cikgu..:)
saya da lme cuti..kekeke..:)

mie said...

happy holiday..
mesej tu hendaklah sentiasa diingati..
ehehee

d_tieah said...

Kreatif.. Bagus owh.. Sukaaaaaa..


Entry Terbaru : Kursus Perguruan Lepasan SPM Pengambilan Jun 2011 Kini Dibuka

Pencacai Alim said...

slagi hukum Allah tak terlaksana, masyarakat tkkan takut nk wat kesalahan

nabilah_2908 said...

bestnya cuti..!! :)

selamat bercuti.. :)


jom ke APA KATA HATI pulak,
MOUSQUES AROUND THE WORLD

kakcik said...

Selamat bercuti. Berhati2lah dan semoga selamat walau di mana berada. :)

sissyira said...

salam

kelakar3....sapa y buat tu...sayangnya sebelum buang depe tak sempat nak baca..huhu

Uthman AG said...

haha..ni tong smph kls kteorg ni. da xkreatif nk hias board blkng 2, hias tong sampah pon jd la

arsal74 said...

Cuma terdetik :: bdk2 sana tak (boleh) buang bayi kot, :-D

Qamarul said...

tapi sekolah kou skolah lelaki man!! haha..


tpi betul laa dr wat tanda recycle tu baik wat tanda jgn buang bayi.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget