WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, March 7, 2011

PENGACARA POPULAR?

Salam, baru dapat senarai tugas untuk jawatankuasa sambutan Lawatan Penanda Aras Pengetua-pengetua Sekolah Agama seluruh Malaysia. Masih tugasan yang sama. Pengacara majlis lagi. Alahai rasanya dan 9 tahun menghadap benda yang sama, menjadi pengacara tetap dan berpencen. Kadang-kadang terasa bosan juga tatkala mendapat tugasan yang sama. Yalah jika ada majlis rasmi di sekolah, kita terpaksa duduk mengadap rostrum dari awal hingga akhir. Begitu juga kalau hari sukan, maknanya tak kemana lah. Tak boleh buat lawatan ke khemah-khemah sukan. Ataupun bertemu para peserta memberi kata-kata semangat.

Namun, tugas pengacara majlis, ataupun dalam bahasa penjajahnya master of ceremony ni bukan lah senang. Bak kata pepatah, hanya jauhari yang mengenal manikam, hanya yang ahli yang tahu. Apatah lagi nak berhadfapan dengan pak menteri, Yang Berhormat sehinggalah kepada tokoh-tokoh korporat. Bercakap soal pengalaman, antara tokoh yang pernah hadir sewaktu Imanshah menjadi pengacara majlis ialah Perdana Menteri kita Y.A.B Dato Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak pada tahun 2004 ketika itu menjadi Timbalan Perdana Menteri. Yang lain tu tokoh-tokoh negara seperti Y.B Dato' Dr Awang Adek Hussin, Tan Sri Anuar Musa, Dato Seri Idris Jusoh, Dato Mohd Nasir Ahmad, Tan Sri Alimudin Mat Dom, dan ramai lagi. Hebat tak?? Hebat lah, hebat lah. Maaf saja Imanshah gurau je. Jangan muntah ye.

Kata orang alah bisa tegal biasa. Bila nama pun dah harum, dapat lah juga sedikit pendapatan. Kadang-kadang dijemput jadi pengacara majlis kenduri kahwin , kadang-kadang dipakai pula oleh orang Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri. Rasa macam selebriti lah pula. Hehe. Kalau nak tahu, pengacara TV3 Ahmad Fedtri Yahya tu kawan baik saya masa di Universiti Sains Malaysia, sama-sama terlibat dengan bidang pengacaraan, Majlis Perwakilan Pelajar  dan juga aktiviti Kelab Sastera dan Budaya USM. Cuma bezanya dia diterima masuk ke TV3 sudah tentu popular satu Malaya, manakala saya, cukuplah hanya mekar di hati anak-anak murid saya. Itu sudah memadai.





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

49 GENTA RASA:

Si DauN CeRi said...

saya sgt tak pandai nak bg ucapan, apetah lagi nak jd MC utk majlis pape.. habislah kene baling telur nanti. hahaha

Rozali said...

Assalamualaikum Iman

kalau saya mahu bergoyang rostrum tu...

Wassalam

Ujang9897 said...

buat kecoh pandai la aku

Raji berkata said...

nnti cek kawen nk import cikgu lah jadi pengacara majlis
hahaha ;D

IMANSHAH said...

@Si DauN CeRi

haha, practise make perfect

IMANSHAH said...

@Si DauN CeRi

haha, practise make perfect

IMANSHAH said...

@Rozali

goyang rostrum takpe, jangan goyang gerudi..kahkah

salam

IMANSHAH said...

@Ujang9897

kau memang, kaki kecoh

IMANSHAH said...

@Raji berkata
ok2..no problemo.harga boleh runding, harga adik beradik

Dinas Aldi said...

waahhhh, popularlah adik akak yg sorang nih!
dik Iman, perkataan 'bencmarking' tu tertinggal 'h' ka? mintak maaf kalau akak silap.

cikgu isza said...

pengacara majlis.. bukan senang tuu..
bukan semua orang dapat menjadi pengacara majlis dengan baik..
akak pun teringin tapi macam takda bakat jer..
buat haru biru majlis boleh ler..

IMANSHAH said...

@Dinas Aldi

betoi2..thanks kak

IMANSHAH said...

@Dinas Aldi

betoi2..thanks kak

IMANSHAH said...

@cikgu isza
cubalah kak.mana tahu ada bakat terpendam..jgn terendam udah le

mR.sYaH said...

setakat baca tgk skrip pandailah.. hehe..

dulu berjiran dgn abg fedtri yahya tu..

adol ihsan said...

gudluck cikgu,,

pitching jgn lari, tone kne jage,,

hehe..

IMANSHAH said...

@mR.sYaH

owh berjiran ke??kat mana?

IMANSHAH said...

@adol ihsan
hang ingat nak nyanyi ke??huhu

nur aisya humaira said...

waa,hebat laa cikgu...:)

IMANSHAH said...

@nur aisya humaira
biasa je..peringkat kampung je

Ayuni said...

pengalaman yg best....

:Cikgu Akim: said...

seronokk sngt jadi mc..yg penting walau apapun yg terjadi time majlis mc kena jd orng pling cool skali..biarje stage manager n runner kelam kabut..hhhehehhehe

h A n Y S said...

ok, ok, sy puji cikgu, waaaahhhh..hebatnyeeee..
heh~ haha
sy kalau bab ckp dpn org ni amatlah lemah jantung urat saraf semua..haha

IMANSHAH said...

@Ayuni

sudah tentu, tak dapat disangkal lagi

IMANSHAH said...

@:Cikgu Akim:

yeah, senyum dan senyum sepanjang masa

IMANSHAH said...

@h A n Y S

thanks..haha puji jgn tak puji..

Nur Liyana said...

yana selalu jadi mc...mc untuk perkahwinan pun pernah..huhuhu

tapi cikgu lagi hebtler..
sebab saya masih belajar lagi..saya tunggu spm nie...
saya jadi mc pun cikgu saya yg ajar..


jemput ke blog yana

Cikgu Nurin said...

Orang yang boleh pegang mike ni hanya yang berkarisma ajer...yang boelh mengawal pentas...kalau akak, jangankan mengawal pentas...kawal tangan pun belum tentu...

ibuintan said...

hebat Iman..

ibu tugas wajib sejak mula hingga kini.. bab jamuan dan maintable

Insan Marhaen said...

IM lebih sanggup susun kerusi atau jaga mikrofon dari jadi juruheboh!

Izzah Al-Maliziyyah said...

Assalamu'alaikum wbt cikgu...

Tahniah dengan bakat yang ada. Semoga maju jaya di masa mendatang~

Tambahan:
Lain orang, lain bakatnya kan? Saya sangat tidak berbakat bab mengacara majlis. Sekadar berangan dan berkeinginan dalam diam sahaja... hehe.

Citarasa Rinduan said...

cikgu iman--
ayu dah dapatkan cikgu macamana
sure ala2 si fetri tu..bahasa indah ooo..
terjatuh cinta pada lenggok bahasanya

Afida Anuar said...

Caya la Shah, jd MC gitu...

masih contact lagi dengan fetri yahya? kirim salam kat dia ya!..oh sememangnya saya meminati beliau...errr

James Buns said...

lama demo tak tenggek sini..
semua gara2 tak jadi cikgu..
jadi cikgu banyak maso update blog.
keh keh keh.

white rose said...

merdu?
wow...bikin teruja jiwa hati beta...

kakakaka...

sy pun sama gak...
dah ditetapkan sampai berpencen...

pihak pdd suggestkan kat gb suh sy jdi mc ttp di ppd...

sy say NOOOOOOOOO...!!!

faridalazim said...

cikgu you are far better than fedtri! ;):)

nas said...

ok.. nak dengar gak cikgu mengacara...
hehhehee.. macam selebriti tv atau lagi baik dr pengacara tv~ :P

NICK IRFAN said...

eh! berani ko bercakap dpn org ramai? respek ko! sbb aku mmg x berani

NzA said...

biasanya camtulh dik..kalu dh jadi AJK sesuatu majlis seolah2 tetap n brpencen...

iKhRam said...

dari guru, apa salahnya menajdi pengacara.. wow.. best tu!
nak jadi versatil bukan mudah, tp kalau bakat dah ada, baik teruskan saja.. betul tak mr imanshah yang saya kagumi..

♥ manje ♥ said...

assalamualaikum cikgu

hehe kita nak tumpang gembira kawan ngan cikgu a.k.a MC popular =) ~

sissyira said...

salam

ada tak nombor phone fedri yahya tu..kita minat gila kat dia ni,,,seyes =)

sahromnasrudin said...

syabas..semoga hok sengot lebih berjaya lagi :-)

::FAIZ FARISH:: said...

Good Luck

Azmer Lias said...

takotnya nak jdi pengacara..
huhu

Amy Syaquena said...

good luck ok

Cik SHiNJU said...

Syabas inspekter sahab!

Qamarul said...

aku slalu jadi soundman jer.. ha3 yg jade mixer ha3 plus gimik sket knkdg,,

CIK TOM said...

erk...cik tom xde bakat nak jadi mc...sob3..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget