WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, March 26, 2011

KARNIVAL JOM MASUK U TIBA DI IPOH

Fuh ramai sungguh manusia di KarnivalJom Masuk U, Kementerian Pengajian Tinggi Negara 2011 di Dataran MBI, Ipoh Perak. Imanshah berkesempatan secara dekat berkunjung ke sana membawa beberapa pelajar lepasan SPM untuk meninjau peluang kemasukan universiti dalam dan luar negara serta peluang biasiswa untuk mereka. Teringat masa lepas SPM tahun 1997, tak ada pun program seumpama ini untuk lepasan SPM masa tu. Kira kita pandai-pandai sendiri lah. Semua diuruskan sendiri. Tambah-tambah anak kampung kan. Tapi sekarang ni semua ada, dari aspek tempat sehinggalah biasiswa dan penajaan. Nak tak nak sahaja budak-budak zaman sekarang.

Para pempamer terdiri daripada wakil-wakil Institut Pengajian Tinggi Awam, Swasta, Politeknik, IPG, Biasiswa dan juga matrikulasi. Para pengungjung smemangnya bertuah kerana semua agensi dan institus pengajian tinggi berkampung dan berkumpul di Ipoh. Alhamdulillah, tahniah buat Kementerian Pengajian Tinggi yang telah mengambil inisiatif terbaik bagi mewujudkan suasana CINTAI ILMU kepada para pengunjung. 

Antara aktiviti menarik yang disediakan ialah :

1) Pameran pendidikan
2) Informasi kemasukan
3) Kuiz Jom Masuk U
3) Cabutan Perdana/bertuah
4) Seminar peluang Pengajian Tinggi
5) Taklimat Bimbingan kaunseling IPT
6) Permohonan aplikasi talian
7) Semak kelayakan program

Semoga para pelajar SPM 2010 berjaya mendapat tempt terbaik di IPT nanti. InsyaAllah!!



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

15 GENTA RASA:

NuR si CiKGu RiBeNa said...

kalau saya la jadi pelajar lepasan spm..dan dibawa oleh cikgu mesti rasa besh giler. terasa teruja nak masuk U.. hehe!

ckLah said...

Laaaa...cklah pun buat kempen ni dalam entri terbaru. Baru nak ke sana esok.

Raji berkata said...

woahhh syg lah dh lepas SPM
kalau tak msti boleh jmper ckgu kt stu ;D

IMANSHAH said...

@ckLah

tina2 tadi saya teringat CkLah, intai jugak kot terserempak

IMANSHAH said...

@Raji berkata

haha jumpa kan..haha

IMANSHAH said...

@Raji berkata

haha jumpa kan..haha

ahmad humairi said...

jom masuk u, jangan lupa s.

ckLah said...

Esok sekolah cklah bawa satu bas (rombongan kaunselor). ckLah pergi dengan anak-anak bawa kereta sendiri saja. Terima kasih atas info ini, dapatlah anak ckLah gambaran tentang apa yang perlu dibuat esok.

IMANSHAH said...

@ckLah

ada U yang nak salinan keputusan..bawa je..

soffea said...

cikgu! last year ade saye p. menyibuk ikut member bwk budak sekolah die. tapi sesak giler..

shahjiehan said...

best2! tp utk lepasn SPm je kan... hahaha


cucu ketua kg?heee

jgn marah eaaa

sissyira said...

salam

dah terlepas dah...

ibuintan said...

kat Ipoh je ke?

khaifaiz said...

Salam Cikgu Iman..

Byk kelebihan karnival2 seperti ini.. Jd pelajar lepasan spm dan bakal spm perlu hadir untuk mendptkn sdkt maklumat utk dijadikan kelak...

faris.a said...

haa. bagus jugak diorg buat progrm JOM MASUK U ni. teringat dulu.saya dengan hadi muti pegi . adi muti dpt grnd prize lg cabutan bertuah.dpt tv sebijik.haha

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget