WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, March 16, 2011

KENDURI DAN KULIYYAH

Salam sejahtera buat semua. Apa khabar? Macam bersawang je HOK SENGOTI. Memang sengoti saya tengah bercuti memang tak berkesempatan untuk menjengah anak sulung saya ni. Haha. Alhamdulillah, syukur kenduri tahlil di rumah telahpun sempurna. Memang sudah niat kami adik beradik ingin membuat kenduri untuk sedara mara dan orang kampung. Walaupun penat, namun cukup berpuas hati. Hurm, nampaknya selepas kepergian ayahanda , nampaknya banyak juga kerja-kerja yang selama ini ayahanda buat telahpun saya ambil alih.

Dari hal membeli barang keperluan basah seperti bawang, sayur , beras, santan dan sebagainya sehinggalah menjemput orang-orang kampung dan saudara mara, telahpun saya laksankan bersama adik beradik. Baru terasa susah juga untuk melaksanakan kenduri, apatah lagi mellibatkan ramai orang. Patutlah orang zaman sekarang bila nak berkenduri , mereka lebih senang menggunakan khidmat catering. Mudah, tak memenatkan dan cepat walaupun terpaksa mengeluarkan belanja yang lebih.

Alhamdulillah, ramai tetamu yang hadir, Namun, gambarnya tak dapat Imanshah sertakan kerana terlupa mengambil gambar. Malam tadi juga Imanshah sempat menyertai jemaah surau mengadakan program kuliayah maghrib. Ramai juga yang hadir jika diadakan pengajian.  Namun, Imanshah sedih juga bila melihat jika tiada pengajian, jemaahnya hanya tinggal 5 orang sahaja. Nampaknya perlu diadakan lebih kerap kuliyyah dan juga pengajian agar ramai jemaah dapat meluangkan masa.  Bukan apa, orang kampung, mereka agak ketinggalan daripada kita yang berada di bandar-bandar. Di masjid-masjid besar, sememangnya tiap-tiap malam diadakan kuliyyah, nak tak nak sahaja untuk kita menghadirkan diri. Begitu juga dengan kemudahan teknologi hari ini seperti youtube dan sebaginya. Bila-bila masa kita boleh share pengajian yang disampaikan bersama rakan-rakan. 

Semoga kita semua, sahabat handai, kaum kerabat dan seluruh muslimin dan muslimat sentiasa dahagakan ilmu pengetahun bukan sahaja duniawi, tetapi ilmu ukhrawi, kerana itulah sebaik-baik bekal untuk dibawa ke sana.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

24 GENTA RASA:

apezs shah said...

salam

alhamdulillah semoga
apa yg telah dilakukan
diberkati.. shah semoga diberkati selalu okeh.. :)

Kaseh said...

alhamdulillah semuanya dah selesai dgn selamat..itula tanggungjawab anak lelaki :)

NuR si CiKGu RiBeNa said...

selamat bercuti cikgu...
sampai sekarang tertanya-tanya..
apa maksud SENGOTI...

Rozali said...

Assalamualaikum Iman

Alhamdulillah ....selamat

nanti 3-4 hari sakit sendi2 pula

Wassalam

nurkass said...

alhamdulillah..
selesai semuanya..
sayangnya takde gambar..

Amy Syaquena said...

Alhamdulillah selesai semuanya..

gadisBunga said...

sejuk perut ibu mengandung tgk anak yang boleh ambil alih tugas ayah macam awak ni.. :)

Chekgu Azrine said...

salam singgah...keep on blogging k

diana said...

kampung akak pun sama la macam tu..
sekarang ni tak ramai yang nak berjemaah kat masjid..
hari jumaat baru nak penuh..

::FAIZ FARISH:: said...

stuju ngan kaseh

sicomot-comel said...

hm..

surau kt tman scc tu,same je..
law xde ceramah,,mesti dua tiga ketul aje..

white rose said...

alhamdulillah,
sejuk ibu mengandung ni...

ada anak mithali mcm ABANG IMAN...


teruskan perjuangan mudah2an diberkati ALLAH...

Afida Anuar said...

Shah la tolong promotekan..mana la tau kan, walaupun jauh di kampung sana, tp in case ada sesiapa terbaca ke...

aReTikZ said...

Syukur..
Untuk Kenduri..
Untuk Kuliah..


Entri Lelatest
Ku Bertanya Dan Tertanya: Dari Lelaki Buat Wanita

siti murni said...

Alhamdulillah..mudah-mudahan semua usaha cikgu imanshah diberkati Allah...selamat bercuti ea...:)

Citarasa Rinduan said...

selamat malam cikgu
mmg ayu terasa sangat ketiadaan cikgu di blog.........

alhamdullilah majlis kenduri berjalan dgn sempurna..
mmg sukar kan, nak menhadapi semua pekerjaan yang dikatakan majlis..

nanti kenduri kawin lagi tak dapat nak digambarkan

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

Apa khabar orang kampung
Lama sudah tak berjumpa
Minta-minta semuanya
Di dalam sihat sejahtera

Apa khabar orang kampung
Bilakah dapat berjumpa
Kirim-kirimlah berita
Janganlah senyap sahaja

alhamdulillah dah selesai kan.... kadangkala kena mengimarahkan masjid dulu kalau sebut kenduri sekampung datang sekarang nak cari 10 orang pun payah....

iKhRam said...

bagus tu mr imanshah..
saya setuju.. masjid dan surau harus perbnyakkan fungsi agar ramai jemaah.. apapun teringat kenangan melaksanakan kenduri,.. memang seronok selain dpt berjumpa saudara mara dan jiran tetangga..

Kalamhati said...

alhamdulillah..sejuk hati kak wan baca..
memang sekarang ni anak2 muda jarang nak hadiri kuliyyah kat masjid..penuhkan ilmu di dada..
kalau ada pun berapa kerat je..yg ada org2 tua yg biasa ke masjid

sahromnasrudin said...

assalamualaikum sahabat..

semoga sdra sekeluarga senantiasa dirahmati Allah SWT

Kakzakie said...

Itulah namanya kenduri keluarga cikgu. Dalam kepenatan ada keseronokan.

Soal majlis-majlis ilmu di kampung mana-mana pun sama semakin malap kerana golongan muda ramai dah berhijrah. Sedih kan....

sissyira said...

salam

kalau jom heboh ramai la y p tu...

Raji berkata said...

aah kalau kes cmtuh lebih baik dibanyakkan pengajian lepas solat ;D
baru meningkat jemaahnya..
hohoh habis pula duit surau nak sponsor penceramah tiap2 malam ;D

Sham said...

selamat bercuti la ye...hem bagus demo ni boleh jadi ketuo kampung ni...

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget