WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, March 6, 2011

KEPUTUSAN PRK KERDAU DAN MERLIMAU

TEMERLOH: Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kemenangan bergaya padapilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau dengan majoriti 2, 724 undi. BN yang diwakili Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Krau berjaya memperolehi 5,060 undi sekaligus menewasakan calon PAS, Hassanuddin Salim yang mendapat 2,336undi.

Kekalahan ini merupakan kali kedua bagi Hassanuddin yang sebelum ini turutbertanding di kawasan yang sama pada pilihan raya umum ke-12. Pengumuman berkenaan dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Kerdau,Datuk Tarif Abdul Rahman di Dewan Tun Razak, Majlis Perbandaran Temerloh(MPT) di sini, Ahad.

Pada pilihan raya umum 2008, BN yang diwakili Allahyarham Datuk ZaharuddinAbu Kassim memenangi kerusi DUN Kerdau dengan majoriti 1,615 undi.

JASIN: Seperti yang dijangkakan, calon Barisan Nasional (BN), Roslan Ahmad berjaya menewaskan calon Pas, Yuhaizad Abdullah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Ahad dengan majoriti lebih besar.

Majoriti yang diperoleh Roslan 3,643.

Roslan, 44, memperoleh 5,962 sementara Yuhaizad sekadar menerima 2,319.
Pada Pilihan Raya Umum 2008 BN hanya memperoleh majoriti sebanyak 2,154 undi.
Pengurus Pilihan Raya DUN Merlimau, Roslan Eusoff ketika mengisytiharkan keputusan itu di Pusat Penjumlahan Undi, Politeknik Merlimau, di sini berkata, undi ditolak ialah 135.
Kerusi DUN Merlimau kosong ekoran kematian wakil rakyatnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan dari UMNO pada 20 Januari lalu.

sumber :mSTAR online

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

9 GENTA RASA:

Edy Zaidi said...

tahniah la BN

Citarasa Rinduan said...

tahniah BN..
dah terjangka dan dijangka...

alhamdullilah

Afida Anuar said...

Menang lagi...haihh

mie said...

jalankan kewajipan bila dah menang..
eheheee

gadisBunga said...

no komen. huhuhu~

Raji berkata said...

gahahaha aku ttaw ap nk cakap @@

NICK IRFAN said...

tahniah kpd BN! ko parti mana iman?>

Ariz Abdullah said...

memang suusah pembangkang nak menang kat melaka..kecuali DAP ..tu pon kat bandar yng majoriti cina...aku dari awal lagi dah leh agak yg BN akan menang kat merlimau tuh..

off topik : 6 bijik periuk besar rumah aku "diterbangkan" ke merlimau sempena PRK Merlimau..wat bisnes sewa beb...hehehe

sissyira said...

salam

erk.....melayu masih begitu...

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget